Saturday, November 10, 2012

The Florida Trip 2011 Chapter 7 - 3 States in One Day


23 Disember 2011


bangun pagi terus pergi mandi walaupun rasa berat sangat sebab dah travel jauh. rasa macam nak rehat lama lagi je. tapi apakan daya, kena jugak ikut masa yang ditetapkan. tapi last2 memang tak ikut masa jugak.

pagi tu kitorang check out Motel 6 dan bertolak ke WWII Museum di tengah2 bandaraya New Orleans. WWII Museum adalah destinasi pertama kitorang di New Orleans sebab itu adalah attraction paling utama di bandaraya ini. kitorang pun parking kereta berdekatan dan berjalan kaki ke muzium tu. mula2 kitorang ingat muzium ni tutup sebab salah satu bangunan muzium tu sedang dalam renovation. tapi rupa2nya bangunan yang tutup adalah cebisan dari bangunan keseluruhan muzium. bangunan utama yang lebih besar terletak diseberang jalan. tak sangka la pulak kitorang tak perasan bangunan besar tu padahal kitorang lalu di sebelahnya sebelum tu lol..


WWII Museum

mula2 kitorang nak masuk muzium, tapi bila tengok bayaran yang agak mahal dan rasa tak berbaloi membayar kalau sekadar melawat muzium, so kitorang just decided untuk menonton tayangan yang bertajuk "Beyond All Boundaries" dalam bentuk 4D di muzium tersebut. aku tak ingat berapa harga tiket, tapi bagi aku still mahal. sementara menunggu waktu tayangan tersebut, kitorang pun beratur untuk masuk ke dalam theater. nasib baik oklah jugak tayangan yang disajikan, siap berasap2 dewan jadinya. at least ada lah jugak aku belajar serba serbi mengenai Perang Dunia Kedua. walaupun sejarah bukanlah subjek kegemaran, tapi mengambil tahu perihal sejarah dunia seperti Perang Dunia memang menarik minat aku jugak. sebelum kitorang beredar, kitorang sempat membeli souvenir di gift shop muzium tu.

bila kitorang keluar dari bangunan muzium, kitorang pun berlegar2 di kawasan sekeliling muzium dan ternampak tugu menarik di tengah2 bulatan tak jauh dari bangunan muzium. aku tak ingat tujuan sebenar tugu ni dibina, tapi rasa2 ada kaitan dengan orang yang membuka bandaraya New Orleans ni sebabnya kat atas tugu tu ada replika patung seseorang. tapi kitorang tak ambil kisah pun. asal dapat bergambar, jadilah haha..

kitorang pun approach la tugu ni dan cubalah memanjat tangga2 yang agak tinggi di kawasan tugu tersebut. aku tak sure samada kitorang boleh panjat ke tidak, tapi kitorang redah je tanpa rasa segan silu walaupun tugu tu terletak betul2 di tengah2 bulatan besar dan semestinya ramai orang akan memerhatikan kitorang. Hanisah agak gayat dengan tempat2 tinggi, tapi sebab excited, memang redah je la. Dayah pulak dengan penuh semangat cuba memanjat tangga2 tu dan akhirnya berjaya jugak sampai di tingkat paling atas. Ijan memang takde masalah langsung untuk panjat tangga tu. apalagi, kitorang pun berposing2 dan bergambar2 di kawasan tugu tu. semangat sungguh kitorang berposing. macam2 gaya kitorang buat hehe..

tak lama tu, kitorang ternampak tram yang lalu di kawasan bulatan tu. kitorang teringin la jugak nak naik. saja nak merasa naik tram yang agak unik tu. rasa2 bandar2 lain susah nak jumpa tram yang unik tu. tapi disebabkan kitorang tak tahu nak naik macam mana, kitorang pun batalkan hasrat kitorang. lepas tu kitorang pergi bergambar pulak dengan tulisan besar WWII Museum di luar bangunan. mula2 tangkap gambar ramai2 pakai kamera "camwhore" Hanisah, pastu tangkap sorang2 pakai kamera DSLR Irfan pulak.



dah puas berjalan2 di New Orleans, tibalah masanya meninggalkan bandaraya lawa tu. tapi sebelum bertolak, kitorang cari dulu CVS berdekatan untuk beli souvenir. puas duk pusing2 bandaraya tu sebab CVS berdekatan betul2 terletak di kawasan downtown bandar dan susah nak cari parking. last2 kitorang terpaksa cari CVS lain yang agak jauh dari downtown. at least kitorang dapatlah jugak menikmati pemandangan bandaraya New Orleans ni. memang tak dinafikan, bandaraya ni amat cantik dan menarik. bangunan2nya kebanyakan bangunan2 unik dan antik. tapi memang agak ramai golongan warga emas yang menetap di bandaraya ni. cuaca yang tak berapa sejuk semasa winter menyebabkan rasa macam nak tinggal je di New Orleans.

apabila kitorang dah beli segala souvenir di CVS New Orleans, masa untuk bergerak ke Mobile, Alabama. Mobile ni bukanlah city besar macam Houston atau New Orleans, tapi just city yang terkenal dengan kapal perang besar. so disebabkan Mobile jugak lah dekat dengan New Orleans, kitorang decide untuk singgah Mobile instead of singgah capital city or bandaraya besar di Alabama yang agak jauh dari New Orleans. perjalanan ke Mobile, AL memakan masa selama hampir 2 jam 20 minit dan kitorang pun tiba di Mobile, AL dalam waktu petang.

sesampai je kitorang di Mobile, puas lah duk cari jalan masuk ke Muzium Kapal Perang walaupun kitorang menggunakan GPS sebab jalannya agak pelik dan berlingkar2. tak pasal2 terpaksa buat u-turn berkali2 sebab salah masuk simpang. akhirnya dapat lah jugak masuk ke perkarangan muzium.

mula2 kitorang nak masuk ke dalam muzium which is sebuah kapal perang yang agak besar. tapi bayaran masuk agak mahal dan waktu yang tak sesuai juga menjadi faktor kenapa kitorang tak jadi masuk. maklumlah, waktu tu dah lewat petang dan lagi 2 jam lagi nak tutup. rasa2 tak sempat kot nak pusing satu kapal dalam masa yang singkat tu.

jadi kitorang pun just bergambar2 lah di kawasan persekitaran kapal perang tu. best jugak lah sebab banyak jentera2 tentera seperti kereta kebal, kapal terbang tentera etc. yang di pamerkan di kawasan tu. tambah2 lagi kawasan tu terletak di tepi laut dan kitorang dapat merasai tiupan angin di tepi laut yang agak nyaman. sempat lah jugak bergambar di tepi laut berdekatan dengan kapal perang tu tadi. kitorang pun jugak sempat menjamah makan malam di situ sebelum meneruskan perjalanan. kitorang hanya makan indo mee je waktu tu beramai2.




aku masih ingat lagi, waktu tu lah Hanisah jatuhkan iPhone Irfan sampai pecah bahagian belakang iPhone. fuhh iPhone kot. siapa tak sayang. tapi nak buat macam mana, dah ditakdirkan pecah. redha je la. takpa Irfan, at least kau dapat iPhone yang baru lepas habis trip. lepas makan2, Irfan sempat lah jugak belajar2 sikit drive kereta di kawasan muzium tu sebab kawasan parking yang sangat lapang memang senang la nak test drive. alhamdulillah, first time Irfan try drive kereta dan aku sangat impress dengan Irfan waktu tu. tahniah2.

dah puas test drive, waktu untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya which is Tallahassee, Florida. Tallahassee adalah destinasi terakhir bagi kitorang untuk hari tu. dah 2 states dah kitorang berjalan, dan Florida bakal menjadi states yang ketiga untuk kitorang hari tu. dan Florida juga merupakan state utama untuk trip winter break kali ni.

perjalanan dari Mobile, AL ke Tallahassee, FL mengambil masa hampir 4 jam. destinasi utama di Tallahassee adalah rumah Abang Faedzal dan keluarga. alhamdulillah, dapat lah jugak kitorang contact Abang Faedzal walaupun kitorang sikit pun tak kenal dorang. thanks to Irfan sebab ambil effort untuk contact Abang Faedzal.

sesampai je kitorang di rumah Abang Faedzal di Tallahassee yang mana masa tu dia belajar di Florida State University, kitorang di sambut baik oleh dia dan isteri, Kak Syaliani. kitorang pun dijemput masuk dan kitorang pun berkenal2an lah dengan dorang serta anak2 dorang. alhamdulillah, dapat juga kitorang berkenalan dengan keluarga baru di Tallahassee ni.

macam2 kitorang borak2 dengan dorang. ingat dah habis dah lepas dorang jemput makan, rupa2nya aku dan Irfan terpaksa melayan lagi perbualan Abang Faedzal sampai pukul 2 pagi. semangat sungguh Abang Faedzal berborak dengan kitorang padahal kitorang dah luyu je sebab penat. tapi takpa jugak sebab kitorang ni special, the first and the last tetamu yang bermalam di rumah dorang. syukur jugak sebab dapat title special tu hehe.. malam tu kitorang pun bermalam lah di rumah Abang Faedzal. yang laki2 tidur di ruang tamu, manakala yang perempuan tidur di bilik tingkat atas. beradu lah kitorang malam tu dengan nyenyaknya.

bersambung...


next chapter: The Florida Trip 2011 Chapter 8 - Tallahassee, The Calm City
previous chapter: The Florida Trip 2011 Chapter 6 - Malayan Tigers in Houston

list of chapters:
3) The Florida Trip 2011 Chapter 3 - Oh No! Flat Tire
4) The Florida Trip 2011 Chapter 4 - Dallas and Its Uniqueness
5) The Florida Trip 2011 Chapter 5 - Houston, The 4th Largest City
6) The Florida Trip 2011 Chapter 6 - Malayan Tigers in Houston
7) The Florida Trip 2011 Chapter 7 - 3 States in One Day
8) The Florida Trip 2011 Chapter 8 - Tallahassee, The Calm City

0 comments: