Friday, November 09, 2012

The Florida Trip 2011 Chapter 6 - Malayan Tigers in Houston


22 Disember 2011

hari ni kitorang cuba nak habiskan tiket City Pass yang kitorang beli semalamnya. patutnya ada 5 total tempat untuk kitorang lawati, tapi memandangkan kitorang kesuntukan masa, kitorang decide untuk melawat Houston Zoo sahaja. the rest adalah muzium art yang aku rasa pasti bosan dan memualkan untuk dilawati.



Houston Zoo


bergeraklah kitorang dari Motel 6 ke Houston Zoo pagi tu. pagi tu hujan renyai2, tapi the moment kitorang sampai, hujan dah berhenti dan kitorang dengan gembiranya pun masuklah ke perkarangan zoo tersebut. disebabkan kitorang ada City Pass, so just tunjuk je City Pass tu kat entrance zoo. plus, masa nak masuk tu, kitorang diberi tiket diskaun untuk Polar Express 4D Experience. tak sangka pulak, pagi tu kitorang memang pelawat terawal yang datang melawat zoo. biasalah kan, kitorang ni jalan jauh. so kena lah bergerak awal2 supaya dapat meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya seperti yang telah di rangka. cewahh.

banyak jugak haiwan2 di zoo ni. ternyata Houston Zoo bukanlah zoo yang biasa2, tapi zoo yang hebat juga. tapi masih tak dapat menandingi Omaha's Henry Doorly Zoo di Omaha, Nebraska. zoo tu lagi besar ok. sempatlah jugak kitorang tengok burung2, gajah, singa, cheetah dan bermacam2 jenis haiwan lagi. the best thing is, kitorang terserempak dengan "Malayan Tigers". pergh dengan rasa bangganya kitorang terus bergambar2 dengan harimau tu dan papan tanda harimau. bukan apa, harimau ni memang betul2 dari Malaysia dan bila pengunjung mat saleh lain lalu di kawasan tu, kitorang sempat lagi cakap "this tiger is from our country, Malaysia" dengan penuh rasa bangga hehe.. 

dah puas tengok harimau, kitorang pun bergerak ke theater untuk Polar Express 4D Experience. masa on the way ke theater, Irfan boleh pulak duk nyanyi "koolookamba" sebab ada satu kawasan ni menceritakan kacukan gorilla dengan apa entah dan akhirnya jadi seekor "koolookamba". nama nak lawak je haha.. tak lama tu, kitorang pun berehat2 sebentar di sebuah cafe di dalam zoo. sempatlah jugak aku makan aiskrim kat cafe tu sebelum kitorang menonton Polar Express 4D Experience. best la jugak tengok cerita Polar Express dalam bentuk 4D. siap berair2 bagai, dicucuk2 dalam theater tu lol.. dah puas tengok Polar Express 4D dan berjalan2 di zoo, masa untuk meninggalkan zoo dan meneruskan perjalanan. sebelum keluar, beli souvenir adalah perkara wajib dan kitorang pun singgah la kejap gift shop sebelum keluar.





destinasi seterusnya adalah New Orleans, LA. perjalanan dari Houston ke New Orleans memakan masa hampir 5 jam 50 minit. tapi, sebelum meninggalkan bandaraya Houston, kitorang singgah kejap CVS untuk membeli souvenir sebagai kenang2an. dan selepas itu, bergerak lah kereta Mazda 6 meninggalkan bandaraya Houston, bandaraya ke-empat terbesar di US.

masa on the way ke New Orleans, kitorang singgah kejap di satu kawasan rest area dengan tujuan untuk solat. tapi malangnya tandas rest area tu berkunci pulak. so kitorang pun tak dapat lah solat di rest area tu. last2 ended up bergambar2 je di rest area tu. aku ingat lagi the moment Irfan ambil tripod kamera hehe.. sorry Irfan. anggaplah tu kenangan manis kau semasa kat rest area tu. pengalaman tu. kepada para pembaca, maaflah kisah tu tak dapat disiarkan. aku sayang kawan2 aku :)

masa kitorang nak meneruskan perjalanan, aku pun tukar giliran memandu dengan Hanisah sebab dia second driver kan. aku memang dah penat dah time tu untuk drive. disebabkan kitorang tak dapat solat di rest area tersebut, jadi kitorang pun decided untuk cari tempat solat yang lain. Hanisah mula2 bawa kitorang ke stesen minyak untuk ambil wudhu' dan kitorang pun bergerak untuk cari tempat solat yang sesuai sebab kawasan stesen minyak tu tak sesuai untuk solat. akhirnya, kitorang berhenti di kawasan lapang betul2 dihadapan tasik untuk solat. alangkah indahnya pemandangan di kawasan tu. tambah2 lagi kitorang pulak nak solat, memang terasa kebesaran ciptaan Allah. kitorang pun solat berjemaah di kawasan tu.




kitorang pun meneruskan perjalanan. Hanisah masih lagi jadi driver sebab memang shift dia lagi waktu tu. malam pun menjelma. macam biasalah, dalam kereta memang berkaraoke lah kitorang sambil dengar lagu2 dari iPhone Irfan, takpun dari mp3 Hanisah. lagi best kalau dengar mp3 Dayah huhu.. jangan marah ye Dayah :p bila perjalanan kitorang tak jauh dari Baton Rouge, capital city untuk Louisiana, perut kitorang mula meragam. berkaraoke pulak perut masing2 mengikut rentak muzik yang didendangkan. so kitorang decide untuk berhenti rehat sekejap di rest area berdekatan.

kat rest area tu pulak, kitorang decide untuk masak. so kalau diikutkan, this is our first time memasak secara independent di rest area tu. memandangkan kitorang bawa semua peralatan seperti rice cooker, portable dapur, tong gas kecik dan makanan2 lain seperti sardin etc, so kitorang pun mulalah bergotong royong memasak malam tu. alhamdulillah cuaca masa tu tak sejuk sangat dan  tak hujan, memang okay sangatlah untuk masak. 2 tin sardin kitorang panaskan malam tu dan 2 cawan beras telah ditanak untuk kitorang berlima menjamah makanan malam dan tengah hari sekali rasanya. maklumlah, keluar je dari Houston, kitorang teruskan je perjalanan sebab taknak buang masa. juga kitorang panaskan beberapa ketul ayam goreng yang telah dibekalkan oleh Auntie Linda sebelum kitorang bertolak dari The Colony, TX.

boleh pulak masa nak main masak2 di rest area tu, ada sorang pakcik ni nak duk berborak pulak dengan kitorang. nasib baiklah ada Irfan, seorang pakar dalam bidang melayan orang huhu.. dia je lah yang banyak melayan pakcik tu. kalau ikut aku, aku memang malas nak layan. ye lah, aku driver ok. kena simpan tenaga bercakap supaya boleh digunakan masa drive nanti haha.. walaupun makanan tak seberapa, tapi kitorang dengan seleranya menjamah semua makanan yang ada sebab dah tak tahan dengan perut yang makin kuat berkaraoke. bila dah kenyang, masa untuk solat pulak sebab nanti senang, sampai2 motel je terus tidur tanpa fikir panjang.





selepas semuanya setel, kitorang sambung perjalanan ke New Orleans. kali ni aku pulak yang drive sebab Hanisah dah tak larat. maklumlah, dah kenyang. masing2 memang target nak tidur je dalam kereta nanti. tapi aku sebagai lelaki yang gagah, menyahut cabaran untuk drive kereta malam tu. aku pun drive kereta ke Motel 6 di New Orleans. alhamdulillah dapat jugak kitorang jumpa Motel 6 di New Orleans dan kitorang pun terus berehat di Motel 6.

bersambung...


next chapter: The Florida Trip 2011 Chapter 7 - 3 States in One Day
previous chapter: The Florida Trip 2011 Chapter 5 - Houston, The 4th Largest City

list of chapters:
3) The Florida Trip 2011 Chapter 3 - Oh No! Flat Tire
4) The Florida Trip 2011 Chapter 4 - Dallas and Its Uniqueness
5) The Florida Trip 2011 Chapter 5 - Houston, The 4th Largest City
6) The Florida Trip 2011 Chapter 6 - Malayan Tigers in Houston
7) The Florida Trip 2011 Chapter 7 - 3 States in One Day

0 comments: