Saturday, January 01, 2011

Inilah Nasib Sang Perantau

3 comments
"eh, bas pukul berapa bertolak?"

"pukul 12.35 am"

"eh, jom jom pergi Memorial Union tunggu bas"

"ha-ah, jom pergi MU. nanti terlepas bas lagi susah"

aku, azhar, megat, hanis, izzati, auni, hajar dan eton pun bertolak ke MU, singkatan Memorial Union. Memorial Union ni tempat lepak lepak budak budak universiti kitorang. ada Food Court, ada Great Hall, ada University Bookstore, even Memorial Union Hotel pun ada.

berbalik balik pada cerita tadi, kitorang berjalan kakilah ke MU. ceritanya nak ke Memorial Union sebab nak naik bas ekspress ke Saint Louis, Missouri. oh, apa yang bestnya Saint Louis ni? hmph.. sebenarnya ada Muktamar MISG dan IMSA 2010 di Saint Louis, Missouri. kitorang akan berkampung di Saint Louis selama 6 hari 5 malam.

jadi kitorang punya excitednya, pergilah ke MU seawal 12 am. sementara tunggu bas tu datang, kitorang main main snow, tangkap tangkap gambar, lari lari sana sini dalam snow.

tik tok tik tok

"eh mana bas ni? tak sampai sampai lagi ni. dah pukul 12.45 am"

"helmi, bas ni memang tak punctual eh?"

"haha.. entahlah. dulu masa aku pernah naik bas, ada je delay sampai sejam setengah"

"what?"

"takpe, kita tunggu je la dulu. nanti sampai la bas tu"

oh, kitorang tunggu la kat luar MU tu. sebabnya MU tutup waktu tengah malam macam tu.

tik tok tik tok

"eh dah pukul 2.00 am. mana bas ni tak sampai sampai"

"oh sejuknya. mengigil gigil aku"

"lamanya tunggu. apa ni bas tak sampai sampai?"

"ish, aku rasa service bas kat Malaysia better lagi. ni dah memang tak punctual habis"

oh, dan bermacam macam lagi rungutan yang kitorang bagi. dan akhirnya...

pukul 2.45 am, bas ke Des Moines yang sepatutnya tiba di MU pada pukul 12.35 am sampai di perkarangan MU. wth! lama gila kot kitorang tunggu. almost 2 and half hour tunggu kat luar MU yang suhunya -10 mungkin, di tambah lagi dengan snow yang agak lebat. sigh..

boleh pula bila nak bagi tiket kat driver bas

"where's your ticket?"

"there you go"

"alright, spell your last name backward"

wth! sempat lagi driver bas main main time tengah salji lebat dan sejuk ni. sigh..

by the way, masa kitorang tunggu bas selama 2 jam setengah tu, sempat lagi kitorang makan roti :D



auni, hajar, hanis, izzati, eton, azhar dan megat.

DG: sigh.. itulah pengalaman kitorang masa nak tunggu bas. inilah namanya pengorbanan, cabaran dan dugaan. alhamdulillah kitorang selamat sampai ke destinasi di Saint Louis 16 jam kemudian. tu termasuk transit di Des Moines dan lain lain tempat di Iowa dan Missouri. by the way, disebabkan ni post aku yang pertama untuk tahun 2011, jadi...

HAPPY NEW YEAR!

moga moga azam kita pada tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya, insyaAllah :D