Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri

2 comments

Member 1: Helmi, Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

Member 2: Helmi, after coming back here, don't forget to bring some kuih raya.

Member 3: Eh Helmi, don't forget to give me angpau.


alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah nak menamatkan bulan yang penuh barakah ini yakni bulan ramadhan al-mubarak. rasanya sekejap saja kita berada di dalam bulan yang amat mulia ini, tak puas rasanya. apapun kita akan menyambut hari raya aidilfitri yang jatuh pada tanggal 1 oktober 2008 bersamaan 1 syawal 1429H. sungguh, memang saya rasa tidak puas berada di dalam bulan ramadhan. saya pun tak tahu mengapa.

di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf zahir dan batin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika saya pernah melukakan hati anda, menyinggung perasaan anda atau pernah terkasar bahasa, saya memang ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan dahulu dan sekarang. dan halalkan makan minum saya jika saya pernah terambil, termakan, terminum makanan dan minuman anda semua. marilah kita hidup dengan harmoni dengan melupakan segala kesalahan-kesalahan dahulu.

adakah anda semua berada di kampung sekarang? jika ya, jangan pula lupakan saya. kalau ada lemang, rendang, ketupat yang terlebih berilah pada saya. tak la, gurau-gurau je. anda semua tahu tak yang saya dan sahabat-sahabat ADP Taylors terpaksa skip kelas hari jumaat kerana ingin menyambut hari raya aidilfitri. memang tak patut sungguh program director kami. fullstop.

saya akan pulang ke kampung pada hari raya pertama. jadi malam esok insyaAllah saya akan join team takbir dari rumah ke rumah. wah, rindunya. harap-harap saya masih boleh dapat duit raya. ya, duit raya. saya memang rindukan duit raya. nanti anda semua juga berilah saya duit raya. saya memang nakkan duit raya. saya nak duit raya...!!!

akhir kata, saya sekali lagi ingin memohon ampun dan maaf andainya;


TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana mana
TERpekik kat telinga
TERhantuk dikepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena mena
TERmacam macam lagi
Yang kena mengena


diharapkan anda semua memaafkan saya. ingatlah, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangya dari diri saya sendiri. setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan dan kesilapan. dan ingat, jangan lupa beri saya duit raya. saya nak duit raya...!!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin



Sunday, September 21, 2008

Nak Puasa Ke Tak Nak?

0 comments
Tarikh: 17 September 2008
Lokasi: Terminal 1, Seremban

Masa: 1.00 pm


Muslim 1: Weyh, tolong pi beli air 100 plus kat kedai tu.

Muslim 2: Ha'ah la. Aku haus ni. Kau belikan la untuk aku.

Muslim 1: Apsal pulak aku yang kena beli. Nanti orang lain tau la yang aku tak puasa.

Muslim 2: La, kalau aku beli pun oran
g lain tau gak yang aku tak puasa.

Muslim 1: Rupa kau tak macam orang Melayu sangat. Diorang
mungkin ingat yang kau bukan Islam.

Muslim 2: Ye la. Aku pi beli sekarang.


[ini bukan dialog penulis, jadi penggunaan kata ganti diri 'aku' dan 'kau' terpaksa digunakan untuk memudahkan para pembaca]

cuba anda semua perhatikan semula dialog-dialog di atas. adakah mereka itu tergolong dalam golongan orang-orang yang bertakwa. tentunya tidak. mereka tidak bertakwa kepada Allah swt. sekali-kali tidak. Allah swt berfirman yang bermaksud:

cuba anda semua perhatikan semula ayat al-Quran di atas. Allah swt menerangkan kepada kita bahawa kita wajib berpuasa agar kita menjadi orang yang bertakwa. lihat. kita wajib berpuasa supaya kita menjadi orang yang bertakwa. jadi mereka yang tidak berpuasa [kecuali yang uzur] memang dilaknat oleh Allah swt kerana tidak melakukan suruhan yang telah diperintah oleh Allah swt. ingatlah al-Quran merupakan salah satu kitab yang mana jika kita sentiasa berpegang padanya nescaya kita tidak akan sesat selama-lamnya.

cuba anda semua muhasabah diri anda. adakah anda pernah meninggalkan puasa secara sengaja di bulan Ramadhan? ingatlah, Allah swt melaknat mereka-mereka yang tidak menunaikan perintah-Nya dan anda juga sedia maklum bahawa puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. rukun Islam ibarat sebuah rumah, jika kita tidak melakukan salah satu rukun-rukun tersebut, rumah tersebut akan cacat dan tidak teguh binaannya dan mungkin rumah tersebut akan roboh. jadi, cuba anda muhasabah diri anda semula dan bertaubatlah jika anda pernah melakukan kesalahan berat ini.

bagaimana pandangan anda tentang tazkirah ringkas tadi? saya cuma berlatih untuk menulis tazkirah seperti di atas, tambah-tambah lagi sekarang kita berada di dalam fasa ke-3 bulan Ramadhan : pembebasan dari api neraka. 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini juga terdapat malam yang dikenali sebagai malam Lailatul Qadr yang mana malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan. jadi rebutlah peluang tersebut dengan memperbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir ini.

p/s : ingat, puasa. jangan pula tidak puasa. semua dialog-dialog dan gambar-gambar di atas hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena-mengena dengan yang hidup dan yang sudah meninggal dunia.

Saturday, September 13, 2008

Katakan TAKNAK pada PLKN...!!!

4 comments
< AARRRGGGHHHH.... >


"Kenapa menjerit?"

"Arrgghh...saya terpilih sebagai peserta PLKN siri ke-6 tahun 2009,"

"Hahaha...padan muka,"

"Sampai hati kamu cakap saya macam itu. Sedih saya,"

"Alamak, emo pulak. Sorry la ek."

cuba anda semua beritahu saya, apa kebaikan PLKN? bagi saya perkataan PLKN saja membuatkan saya berasa amat meluat. benci. benci. benci. saya memang anti-PLKN.

PLKN memang menyusahkan. betul tak? saya memang tidak suka pada PLKN sebab saya tidak suka pada semua aktiviti-aktiviti PLKN. lebih baik belajar di Taylor's daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti tersebut.

saya katakan begitu sebab saya terpilih sebagai salah seorang peserta PLKN siri ke-6 2009. tahulah umur saya masih 17 tahun, tapi saya sedang belajar. saya sedang belajar. anda tentu faham perkataan tersebut, bukan? mengapa mereka memilih saya sebagai salah seorang peserta PLKN? adakah mereka tidak tahu yang saya sedang belajar? aahhh...mereka memang sengaja mengenakan saya. saya akan hantar surat permohonan pengecualian kepada ketua pengarah jabatan PLKN. harap-harap surat permohonan yang akan saya hantar nanti diterima. rakan-rakan semua, doakan saya. saya tak mahu pergi PLKN. please! jasa baik anda amat diperlukan sekarang, tambah-tambah lagi sekarang ini kita berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan berkat.

sekiranya anda merasakan PLKN memang hebat, beritahu saya. biar saya buktikan PLKN memang tidak hebat.

"anti-PLKN selamanya."


"katakan TAKNAK pada PLKN."