Tuesday, September 29, 2009

Betul Ke Tok Batin Orang Asli Pernah Jadi Bintang Filem Hollywood?

0 comments


semalam, bersamaan 28 oktober, aku telah ke bangunan darul ehsan, shah alam bagi menguruskan hal ehwal lawatan khidmat masyarakat ke kampung orang asli bagi subjek sociology. hanya aku seorang saja yang menguruskan hal tersebut diatas sebab sebab tertentu. tak perlu kot maklumkan.

selama hampir 1 jam 15 minit aku menghabiskan masa di pejabat jabatan hal ehwal orang asli (jheoa) negeri selangor dan wilayah persekutuan bagi membincangkan perkara tersebut. ini merupakan kali pertama aku menguruskan hal ehwal sebegini dan pengalaman ini mengajar aku tentang erti kehidupan. seriously. banyak perkara yang aku tempuhi selama perjalanan aku menghadap pegawai pegawai di pejabat tersebut. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

aku memang ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada pegawai pegawai di pejabat jabatan hal ehwal orang asli (jheoa), terutama sekali kepada cik ayu dan encik jamil. tidak lupa juga kepada mrs singh, my sociology lecturer. thank you a lot miss. you always encouraging me. thanks to everyone.

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri 1430

4 comments

dikesempatan ini, aku dengan sukacitanya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau kalau aku pernah buat salah, tersinggung perasaan, terkasar bahasa, terambil barang tanpa kebenaran, terambil makanan & minuman tanpa izin, tersepak ke, terterajang ke, tersiku ke, tersekeh ke, terngumpat ke, terphysco ke, memang aku nak minta maaflah.

nanti kalau kamu ada buat open house ke, ajaklah datang ke rumah. dapatlah merapatkan silaturrahim. kalau ada duit raya lebih, pandai pandailah belanja orang, nani orang cop kita mat kedekut pula. so aku sebenarnya tak nak cakap panjang lebar, nanti ada pula yang terasa pula. so pandai pandailah jaga diri time raya ini, jangan putus jari, putus kaki, terkeluar biji mata sudahlah.

baiklah, sebelum berundur diri, aku nak ucap sekali lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

Monday, September 07, 2009

Flickr : Forum Kemerdekaan

0 comments


oh ya, tanggal 5 september 2009 yang lepas, aku telah menghadiri satu forum kemerdekaan yang dianjurkan oleh ISMA shah alam klang. forum ini telah diadakan di masjid negeri sultan salahuddin abdul aziz shah, shah alam. jadi aku ingin berkongsi beberapa gambar ketika menghadiri forum tersebut.

[Klik Sini]

[Klik Sini]