Saturday, July 31, 2010

Visa: Done

0 comments
yezza! alhamdulillah. aku happy sangat sebab visa dah settle. so meaning that everything dah settle, tunggu tiket flight je sekarang ni. syukur sangat.

mara's min requirement [cgpa, credit hours, toefl]
status: done

medical check up
status: done

housing di ISU
status: done

visa
status: done

flight ticket
status: still waiting


tik tok tik tok

"alamak, dah lambat"

aku memang rush gila pergi embassy hari khamis hari tu [29 julai 2010]. apa taknya, dah dekat pukul 8.50 am, waktu aku sepatutnya berada kat embassy tu. sampai kat depan pintu gate embassy US pukul 8.55 am, lewat 5 min. fuh. lega. nasib baik still ok, tak lewat sangat.


aku beratur. agak panjang. sempatlah aku berborak dengan sorang mak cik ni [dah 65 tahun katanya], dia kata anak dia ada kat US, nak buat visa pergi jenguk anaknya la kata dia. borak punya borak sampai la kat bilik scanning guard house embassy US. ok, aku memang no problem. boleh masuk. haha.

bila masuk bangunan embassy, aku di-scan sekali lagi, then baru dapat nombor giliran. nombor aku: 089. aku jumpa yaya [alif] dan kenger [azim] kat embassy gak. sempatlah jugak aku borak borak dengan dorang.

first, bila nombor aku dipanggil, aku bagi some documents yang dorang nak. for example, gambar visa, passport, I-20 etc. then aku duduk. kali kedua, aku dipanggil lagi untuk fingerprinting. then aku duduk. kali ketiga, aku dipanggil lagi untuk interview. oh, part ni memang aku gabra. cuak gila.

"alright, you are from Taylor's right?"

"yup"

"what are you gonna do in Iowa State University? i mean your major?"

"err...engineering"

"what engineering?"

"err...aeronautical"

"oh, aeronautical. it is all about airplane right?"

"yeah"

"so could you give me your college transcript and your sponsor letter?"

"there you go"

"good. okay, let me see. uh-huh, so you are under MARA huh?"

"yup"

"so i wanna ask you a question. MARA sent their students to Taylor's, Intec and Inti right? so why you go to Taylor's?"

"err...pardon" [aku tak focus masa tu. tengah cuak kot]

then dia cakap kuat kuat kat microphone. kuat kot. segan gila. siot betul.

"MARA sent their students to Taylor's, Intec and Inti right? so why you go to Taylors?"

"err...actually i decided to go to Taylor's"

"why?"

"because Taylor's is more better" [haha. grammar mistake. tengah cuak. main cakap je]

then dia terus bagi kad biru. erk! speechless aku. tiba tiba je dapat kad biru tu. 

"oh, thank you sir. thank you so much"

dia angguk je masa tu.

aku macam tergamam sekejap. aku ni lepas ke tak? tengok balik kad, macam lepas. so untuk dapat confirmation, aku tanya guard kat luar tu.

"dah boleh balik dah. esok pergi wisma mca, collect visa"

pergh, tergamam aku sekali lagi. aku lepas weh. alhamdulillah. syukur gila. bukan apa, ramai member member aku yang tak lepas lagi, walaupun nama dorang tak ada 'muhammad' etc, aku yang ada nama 'muhammad' dapat on the spot. alhamdulillah banyak banyak. memang syukur gila.

so, aku rasa ada tips untuk korang yang belum buat visa US dan akan buat. ini semua based on conclusion aku kenapa dapat on the spot. bukan nak bangga, bongkak, riak, takbur etc [nauzubillah, minta dijauhkan], tapi just nak share dengan korang supaya korang pun senang lepas and dapat on the spot. [tolong jangan percaya 100%, just my conclusion and assumption. tak semestinya betul]

1st - pastikan gambar visa ok, dalam keadaan senyum. rambut biar teratur, dan tak ada janggut dan misai. cukur semua sekali [terpulang kalau nak cukur tempat lain jugak]

2nd - masa datang ke embassy, pastikan pakaian yang dipakai sesuai dengan etika semasa berada kat pejabat. baju berkolar, berseluar panjang dan berkasut. [tak semestinya casual. baju t-shirt pun boleh]

3rd - still, korang kena cukur semua sekali, janggut, misai, jambang. rambut dalam keadaan teratur.

4th - bercakap dengan sopan santun setiap kali korang dipanggil ke kaunter. jangan cuba meninggikan suara masa korang sedang berurusan dengan pegawai embassy atau consul.

5th - masa interview, pastikan korang hanya menjawab soalan bila ditanya. jangan banyak bercakap dan berlebih lebihan semasa ditanya. focus pada soalan yang ditanya. [jangan jadi macam aku] jawab soalan pun biar make sense, jawapan yang tepat dan betul. bukan jawapan reka reka atau tak logik.

6th - masa korang kat embassy tu, banyak banyak la berdoa.

7th - sentiasa senyum dan ucap "thanks" bila korang sampai kat embassy and setiap kaunter, even korang kena check kat guard house embassy.


haha. aku rasa tu saja kot. kalau ada perubahan aku update kemudian. btw aku ucap congrats kepada sesiapa yang dah dapat visa and terus berdoa bagi yang tak dapat visa lagi. semoga korang banyak banyak bersabar. semua ada hikmah.

irfan: don't worry la. insyaAllah kau dapat dalam masa terdekat ni.

baik. harap tips yang aku bagi membantu korang. buat yang terbaik, dan jangan putus asa.

oh ya, minggu depan [1 ogos 2010 - 6 ogos 2010] adalah final exam week semester summer 2010 bagi ADP students. so aku nak ucap

"all the best and good luck to all ADPians. strive to get excellent results with flying colors this semester!"

DG: sigh. rindu gila dengan suasana final exam masa kat ADP Taylor's dulu. rasa nak duduk sekali dengan dorang je.

Tuesday, July 27, 2010

Inception

0 comments

well, aku dah pun tonton filem Inception. rating 4.5/5 [nothing is perfect, right?]. not bad huh. agak best jalan cerita filem ni. memang fantastic. serius. walaupun aku tak sure yang Cobb (Leonardo DiCaprio) masih dalam mimpi atau dah ada kat dunia nyata pada akhirnya [anyone nak share?], tapi setiap apa yang yang berlaku memang mensuspenkan. dan jalan cerita filem ni agak teratur. ya lah, 3 levels of dreams. as Yusuf (Dileep Rao) said, dreams within dreams is too unstable. tapi, cool! haha. speechless gak aku bila filem tu dah habis. rasa macam aku ni pulak yang ada dalam mimpi masa on the way balik rumah. haha.

whoever yang belum tengok filem best ni, sorry sebab aku bagitahu sikit jalan cerita filem, but jangan risau, korang akan still enjoy. trust me :)


oh, siapa siapa yang kaki download filem tu, dah boleh dah rasanya korang download. tak payah susah susah keluar tenaga dan duit. betul? haha.

DG: aku bukan kaki wayang, tapi memang nak sangat tengok filem ni. jangan misjudge aku. peace!

Monday, July 26, 2010

Apakah?

0 comments
haha. aku baru je habis kemas bilik, tu pun ada lagi saki baki barang yang belum dikemas. malas la pulak nak continue.

well, aku baru je dapat berita yang JPA students yang akan ke Iowa State University (ISU) dijangka fly 7 ogos 2010. wth? awal gila. mana adil macam ni. MARA, where are you? kenapa senyap je. pre departure pun tak buat lagi. aku pulak tak settle visa lagi ni. haih. hari khamis ni baru start interview visa, dah la nak dapat visa US pun susah. argh. apakah? tak sepatutnya berlaku macam ni.

aku bukan nak tuduh MARA bukan bukan, sumpah sana, maki sini, tapi imagine la, 13 ogos 2010 dah start orientation, less than one month kot. nasib baik winter clothes, luggage etc dah settle. sekarang ni tunggu pre departure MARA yang dijangka diadakan pada 9 ogos 2010, kat HQ MARA. sigh. apa boleh buat? doa banyak banyak je la.

DG: adoy, kenapa lah MARA suka buat benda last minute? budak JPA dah settle banyak benda awal awal dah. sigh.

Friday, July 23, 2010

Uhuk Uhuk~

0 comments
adoy, terbatuk batuk lak aku. haih. penat mengemas blog aku yang bersawang dan berhabuk ni. siap ada lipas berkeliaran lagi. akhirnya, dapat la jugak aku menghias hias sikit blog aku yang berhabuk dan bersawang ni.

oh, aku cuma nak kemas blog aku yang dah berhabuk ni je. nothing much. maybe entri terbaru akan diupdate dalam masa terdekat. harap dapat bersabar.

p/s: aku dalam proses menukar beberapa polisi dalam blog ni, yang rasa rasa tak relevan lagi mungkin akan diubah. jangan risau, polisi tu akan aku siarkan di ruangan sidebar dan tidak akan menyusahkan para pembaca :)

chill~