Wednesday, February 29, 2012

Kebahagianku

2 comments
kau nak tahu, kaulah kawan aku yang buat aku paling bahagia dan happy dalam dunia ni. bagi aku, kehadiran kau dalam hidup aku adalah suatu rahmat yang Allah bagi. sebab tu aku suka berhubung dengan kau sebab kau lah kawan  aku yang paling banyak buat aku tersenyum. that's why, bila kau kecewakan aku, aku terasa nikmat bahagia tu ditarik dan kesedihan menyelubungi diri. tapi aku redha dan sentiasa cuba menerima dengan hati terbuka. walaubagaimanapun, aku sangat2 bersyukur kerana persahabatan kita tetap terjalin walau apapun rintangan, dugaan dan cabaran yang menimpa. thanks for everything, my friend!

anyway, Happy 29th February!!! tahun ni adalah tahun lompat dan tahun lompat hanya berlaku setiap 4 tahun. so, next tahun lompat adalah 2016. enjoy puas2 hari ni. kesian jugak pada sesiapa yang sambut hari lahir pada 29th Februrary sebab hanya boleh sambut setiap 4 tahun. btw Magic Kingdom Disneyworld pun open 24 hours hari ni. so untunglah sesiapa yang pergi hari ni, boleh enjoy puas2. aku dulu enjoy kat Magic Kingdom 14 jam pun rasa nak tercabut kaki. haha..

check out my previous chapter of travelog: The Florida Trip 2011 Chapter 4 - Dallas and Its Uniqueness

Monday, February 27, 2012

The Florida Trip 2011 Chapter 4 - Dallas and Its Uniqueness

0 comments


20 Disember 2011


pagi tu aku bermalas2an sikit nak bangun. maklumlah, tidur kat rumah orang, mesti nak tidur puas2. walaupun aku dan Irfan hanya dapat tidur di atas sofa di ruang tamu, sebab kitorang kan anak bujang, tapi kitorang tak kisah dan still rasa tidur atas sofa di rumah Aunty Linda adalah suatu rahmat. pagi tu, sedang kitorang bermalas2an kat atas sofa, Haris anak bongsu Aunty Linda bermain2 dengan kitorang. comel kot si Haris ni. rasa nak cubit2 je pipi dia. sempat lah jugak aku dan Irfan bergambar2 dengan Haris dalam keadaan tak mandi lagi. haha..

alhamdulillah, rezeki kitorang dapat breakfast sedap2 pagi tu di rumah Aunty Linda. Aunty Linda sediakan nasi lemak, sushi dan roti untuk kitorang. umph.. memang kenyang lah makan makanan sesedap macam tu. sempatlah jugak aku layan Power Rangers pagi tu sebab Haris suka tengok Power Rangers. so bila perut dah kenyang dan badan dah bertenaga, masa untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Dallas, Texas. Dallas adalah bandaraya ke-9 terbesar di US. pada mulanya kitorang nak terus bergerak ke Dallas dan bermalam di sana, gara2 segan dengan Aunty Linda. tapi Aunty Linda pelawa kitorang untuk bermalam lagi di rumahnya. itulah di namakan rezeki kan.. alhamdulillah, save duit penginapan kitorang malam tu.

so dalam pukul 11 pagi kitorang bertolak ke Dallas. kalau diikutkan, dekat je dari The Colony ke Dallas, hanya memakan masa selama 40 minit. dalam perjalanan, sempatlah jugak menikmati pemandangan. cantik jugak rupanya bandaraya Dallas ni. walaupun haritu tak sesibuk mana, mungkin ramai sudah mula bercuti untuk hari Krismas, tapi tetap tenang. aku tak sangka rupanya Texas adalah negeri dan tempat yang best untuk tinggal. tak sejuk sangat, dan tak panas sangat. no wonder lah kat Texas sahaja ada 3 bandaraya top 10 terbesar di US iaitu Dallas, Houston dan San Antonio, sebabnya keadaan cuaca dan suasana yang aman dan tenang.

tempat pertama yang kitorang singgah pagi tu di Dallas adalah Sixth Floor Museum. kitorang pun parkinglah kat tempat parking Sixth Floor Museum tu dengan bayaran $6 per day. tapi kitorang tak jadi masuk museum sebab kena bayar. kalau boleh, kitorang nak masuk tempat yang free. kalau setakat museum dan kena bayar, macam bazir je (?) sebelum kitorang parking, kitorang ternampak tren lawa warna kuning putih. takde lah lawa, tapi macam teruja bila nampak tren macam tu. ye lah, kat Iowa mana ada tren2 macam tu, even kat Des Moines sekali pun. plus, tren tu pulak share rel dengan jalan raya, nampak macam tram pun ada. so disebabkan kitorang taknak masuk museum, kitorang pun mulalah berjalan2 disekitar kawasan tu dan mencari stesen tren yang terdekat.



bandaraya Dallas, TX


kawasan tren yang kitorang cari tu adalah kawasan Downtown Dallas. kat situ agak ramai jugak orang. dan seperti yang diduga, mak tam dan pak tam ramai berkeliaran di kawasan tu. maklumlah, memang biasa mak tam dan pak tam tinggal kat bandar2 besar. akhirnya, setelah puas mencari2, jumpa jugak stesen tren tu. kitorang pun cubalah untuk mencari info pasal tren tu. sedang mencari2, boleh pulak terjumpa sorang budak Taylor. tak ingat nama, tapi pernah sekelas dengan dia. dia cuba2 gak tolong kitorang cari info, tapi disebabkan dia nak cepat, dia cuma tunjuk2 sikit je.

apabila kitorang berada di stesen tren, kitorang cuba meneliti peta yang tertera. at first, kitorang menyangkakan tempat kitorang nak naik tren tu adalah bukan Downtown Dallas, then kitorang pun cuba lah cari kat mana Downtown yang sebenar.  ada satu tempat ni, namanya Downtown Garland dan kitorang menyangkakan itulah Downtown sebenar. kitorang pun belilah tiket tren dengan harga $4 per day. bajet beli per day lah kan sebab boleh pusing2 satu Dallas. so bila tren sampai, kitorang pun naik. not badlah jugak tren kat Dallas ni. Irfan kata tren kat Dallas macam kat Denver, Colorado. well, aku tak pernah sampai lagi Colorado, maybe aku boleh imagine je lah macam mana rasanya.



tren di bandaraya Dallas. lawa kan?


so disebabkan sangkaan kitorang yang salah tu, kitorang hanya naik tren hanya untuk suka2, saja nak merasa macam mana naik tren di Dallas. sistem tren kat Dallas tak sama macam kat Malaysia sebabnya tren kat sini tak ada langsung pagar. so kalau orang nak naik tren sesuka hati tanpa tiket pun boleh. tapi disebabkan kitorang jujur dan taknak ditangkap, kitorang beli je tiket. tren kitorang tu sampai ke Downtown Garland dan berpatah balik ke tempat kitorang naik tadi. bagi kitorang, takdelah sia2 pun bayar dan naik tren tu sebab setiap detik kitorang melihat ciptaan Tuhan sekeliling, ada rahmatnya.

dah sampai semula ke Downtown, kitorang mulalah berjalan2 di sekitarnya. singgah di CVS adalah perkara wajib bagi kitorang semua, sebabnya nak beli souvenir, specifically key chain dan magnet. sambil menikmati pemandangan di Downtown, kitorang bergambar di kawasan park di situ. yang bestnya, ada replika sebuah rumah kayu di kawasan park tu dan rupanya agak unik. aku ni pun kaki seni, semua benda yang pelik sikit semua nak declare unik. tak lama tu, kitorang sempat singgah di John F. Kennedy Memorial Plaza. John F. Kennedy adalah salah seorang President US dan beliau mati ditembak di Dallas. so sebab itu adanya memorial untuknya.



bersiar2 di kawasan Downtown Dallas


kitorang pun jugak sempat singgah Old Red Museum, salah sebuah bagunan yang unik di tengah2 kota Dallas. bangunannya berwarna merah dan sangat cantik. kitorang tak masuk exactly ke dalam Old Red Museum sebabnya kena bayar. tapi kitorang dibenarkan berlegar2 di kawasan tingkat bawah bangunan tersebut. kitorang jugak sempat berkenalan dan berborak dengan seorang mak cik dari Filipina bernama Iowa. unik sungguh namanya. dan dia seorang peminat batik, siap minta lagi emel2 kitorang supaya nanti bila kitorang balik ke Malaysia, bolehlah kirim batik untuk dia. err.. okay..



di kawasan Old Red Museum dan sekitarnya


dah puas berjalan2, it is time untuk pulang. disebabkan kitorang bermalam lagi di rumah Aunty Linda, so kitorang pun balik awal petang tu sekitar jam 6 petang. lagipun, rasanya dah banyak dah tempat kitorang singgah dan gambar2 kitorang tangkap. so memang patut pun kitorang pulang awal. well, to be frankly, aku suka kan Dallas. bandaraya yang agak cantik dan suasana yang tip top. kalau ada rezeki lagi memang nak singgah lagi. sesampai kitorang kat rumah Aunty Linda, macam biasa Aunty Linda sediakan makan malam kitorang. kitorang segan sebenarnya, tapi bak kata orang, rezeki jangan ditolak. so kitorang pun menikmati makan malam. dah kenyang, kitorang layan jap drama Tentang Dhia dan tidur.


bersambung...


next chapter: The Florida Trip 2011 Chapter 5 - Houston, The 4th Largest City
previous chapter: The Florida Trip 2011 Chapter 3 - Oh No! Flat Tire


list of chapters:
3) The Florida Trip 2011 Chapter 3 - Oh No! Flat Tire
4) The Florida Trip 2011 Chapter 4 - Dallas and Its Uniqueness

100th Post

0 comments
yahoo... haha over sikit. of course la over sebab post kali ni adalah post yang ke-100. setelah hampir 3 tahun aku berjinak2 dengan blog, akhirnya tercapai jugak menulis entri sebanyak ini. so takde apa pun nak cakap. just nak post entri ke-100 hehe... cheese :D

100th POST!!!


check out my previous chapter of travelog: The Florida Trip 2011 Chapter 3 - Oh No! Flat Tire

Saturday, February 25, 2012

Hiyarghhh

0 comments
it is time for me untuk buat rombakan personaliti dan hati. aku ni banyak sangat masalah, tapi kebanyakan masalah tu boleh je aku take it easy. aku je yang suka fikir dalam2 sampai diri sendiri tak terjaga. bak kata my friend, just let it go and take it easy. cuma aku je taknak ikut nasihat dia. suka sangat pendam, lepas tu jiwa tak tenteram. bila tak tenteram, mula la buat hal. haha.. typical me.

harap2 aku mampu untuk berubah dan memulakan rombakan diri. maklumlah, setiap manusia kena reflect dan muhasabah diri balik dengan apa yang telah dilakukan. sebabnya bukan semua perkara akan kekal, right? maksud aku, setiap manusia makin membesar dan pemikiran makin berubah. bila makin besar, sepatutnya aku jadi makin matang. cuma aku je susah nak jadi matang, still bajet aku masih muda sebabnya aku kan dikira budak lompat. dalam rumah aku ni, aku lah yang paling muda. hehe.. jadi, sepatutnya aku pun patut berubah mengikut rentak masa aku sekarang dan muhasabah diri balik. bukannya duk berada ditakuk yang lama. aku sangat2 berharap niat aku untuk berubah ni menjadi kenyataan, insyaAllah.

p/s: dah lama gila tak borak2 dengan tariq. thanks for spending time chatting with me :)

DG: jom kita berubah! taknak berubah sorang2 hehe..

The Florida Trip 2011 Chapter 3 - Oh No! Flat Tire

0 comments


19 Disember 2011


pagi tu aku bangun awal. literally awal. pukul 4 aku terjaga. ugh.. kenapa aku terjaga seawal tu pun aku tak tahu. maybe sebab terlalu penat, or maybe sebab tak selesa tidur kat Motel 6 tu, aku pun tak tahu. yang aku tahu, aku terjaga pukul 4 pagi. alhamdulillah, aku pun terus bersiap2 awal pagi tu. lepas bersiap2, aku pun kejut Irfan. ye lah, bilik air satu je, takkan nak berebut pulak.

pagi tu hujan renyai2. sejuk. nak taknak, perjalanan mesti diteruskan. syukur jugak sebab kitorang tak ditangkap sebab check-in motel illegally dan maksud aku illegally, bukan tak bayar, tapi tak ikut bilangan penginap yang ditetapkan. sebabnya kalau penginap ramai dari seorang, kitorang kena bayar lebih walhal kitorang nak berjimat. huhu..

anyhow, kitorang berlima pun bertolak dari Motel 6, Wichita dalam pukul 9 pagi dan meneruskan perjalanan kitorang ke Oklahoma City, Oklahoma. Oklahoma adalah next negeri kitorang akan jejaki dan terletak di bawah negeri Kansas. macam biasa, perjalanan kitorang smooth je the moment kitorang keluar dari Wichita. aku pun drive kereta sambil dengar lagu, yang lain2 pun turut enjoy dalam kereta sambil menikmati suasana hujan di bumi Kansas itu. nak dijadikan cerita, selepas 20 minit keluar dari Wichita, tetiba aku terasa something yang tak kena dengan tayar belakang kereta. Hanisah pun kata dia terasa jugak sebab tayar tu memang terletak kat bahagian dia duduk.

okay, aku dengan cool nya bagi signal dan berhenti di tepi highway. aku keluar, dan cek keadaan tayar. nampak okay je, macam tak ada apa2 yang berlaku. aku pun masuk balik dalam kereta. pastu ada pulak lori dari mana entah duk belakang kereta kitorang, then driver dia keluar dan tanya aku ada masalah ke apa. aku cakap tak ada, semua okay. so dengan hati lega, aku pun meneruskan perjalanan.

tak sampai 5 min bergerak, tetiba.. *pom* ugh.. i knew this would happen. skrin kat depan aku bagitau low pressure and of course tayar lah yang low pressure, takkan lah seat tempat aku duduk kot. aku pun dengan cool nya, sekali lagi memberhentikan kereta di tepi highway. dan memang nasib kitorang, tayar belakang memang dah kempis, memang macam pisang yang sudah dilenyek. kitorang pun apa lagi, melalak la kat tepi highway tu. aku duk tertanya, "mana lori tadi? mana lori tadi?" dengan harapan driver lori tadi nampak apa yang berlaku dan membantu kitorang berlima. tapi hanya tinggal harapan.

aku teringat apa manager Hertz kat Ames bagitau yang kalau ada apa2 kecemasan berlaku, call nombor sekian2 yang tertera kat pamphlet resit Hertz. okay, aku pun call nombor tu. alhamdulillah, Hertz sedia memberi bantuan dengan menghantar mekanik ke lokasi kitorang ni tapi dengan syarat sanggup membayar charge lebih yang dikenakan. tapi kitorang tak kisah, asalkan boleh bergerak. takkan nak duk situ je sampai bila2 haha..

sementara menunggu bantuan, macam biasalah kitorang pun bergambar kat tepi highway tu. cuak pun cuak gak sebab lori2 besar banyak lalu kat kawasan tu. but kitorang act cool je, macam nothing happen. ye lah, sampai sempat bergambar pulak. tambah2 lagi Irfan keluarkan tripod. hamboi.. macam ber picnic pulak kat tepi highway tu, siap posing2 depan kereta Sonata tu.

kurang dari 60 minit, bantuan pun tiba. macam biasa, dia tukar tayar everything. alhamdulillah, semuanya setel dan masa call Hertz tadi, dia cakap kitorang boleh tukar kereta sebab spare tire yang baru ditukar tak tahan lama.  operator Hertz kata, better tukar kat Wichita sebab dekat lagi. kalau sanggup nak tempuh lagi 100 miles ke Oklahoma City, silap2 kena panggil mekanik sekali lagi sebab spare tire pulak meletup, pastu bergerak ke Hertz tanpa tayar belakang haha..


tayar meletup memang pengalaman tak dapat dilupakan


okay kitorang pun bergerak ke Hertz berdekatan di Wichita. kitorang decided untuk ke Hertz branch di Wichita Airport. maklumlah, kat airport biasanya banyak kereta dan banyak pilihan. so kitorang pun bergerak ke airport. sesampai je kat branch Hertz tu, aku kena isi borang semua and then dorang bagi kereta baru. alhamdulillah, kitorang dapat Mazda 6. heh! not bad kot Mazda 6 ni. dan banyak feedback baik dapat dari ahli kereta lain. antaranya: tempat duduk belakang selesa dan bonet kereta yang lebih besar. syukur, ada hikmahnya kejadian tayar meletup tadi. alah, lagipun ada orang tu memang minta sangat2 pergi Hertz untuk tukar kereta lain dan tup tup termakbul pulak kan. hmph..

kitorang pun meneruskan perjalanan ke Oklahoma City. dan of course, masa perjalanan kitorang lari disebabkan kes tayar meletup tu. tapi takpe, ada hikmahnya. kitorang lewat 4 jam dari masa yang ditetapkan di dalam proposal trip kitorang. dalam perjalanan, sempat kitorang singgah Subway kejap di mana entah, tapi still dalam perjalanan ke Oklahoma City. tu kira lunch kitorang kot, sebab sepatutnya lunch di Oklahoma City, tapi dah masa lari. so terpaksalah berhenti jugak makan, kalau tak kebulur.


singgah sebentar di Subway

sesampai je kitorang di Oklahoma City, first place kitorang singgah adalah Hertz branch. tujuannya adalah untuk tambah driver. ye lah, setakat ni driver sorang je. so takkan lah aku kena drive sampai habis trip. memang tak jadi orang lah aku balik nanti sebab dah jadi sotong. so bincang punya bincang, Hanisah akan jadi driver 2nd driver. actually tak bincang mana pun sebab Hanisah ambil lesen sebelum trip semata2 untuk tambah bilangan driver. patutnya aku pun nak Irfan jadi 3rd driver, tapi disebabkan Irfan takde lesen lagi, so ada rukhsah di situ.


tambah driver di Hertz Oklahoma City, OK

setelah selesai menambah driver baru, kitorang pun cari shopping mall di Oklahoma City. disebabkan kitorang tak solat lagi, kitorang rasa shopping mall adalah salah satu tempat terbaik untuk solat. plus, kitorang nak cari souvenir. so kitorang pun singgah lah kat satu mall ni. nama tak ingat, tapi agak besar dan meriah sebab orang ramai nak shopping untuk Christmas. kitorang dengan kepenatan tu, terpaksa bersusah payah mencari tempat solat yang sesuai dan strategik. berpusing2 kitorang satu mall tu dan akhirnya, dapat lah kitorang solat dalam office pekerja setelah minta permission. alhamdulillah. selesai solat, kitorang start mencari souvenir. ingat, sou-ve-nir. sebutan kena betul. American ni susah betul nak faham slang kita. ughh..


puas cari tempat solat kat shopping mall di Oklahoma City, OK

malangnya tak ada souvenir kat mall tu. terpaksalah kitorang keluar dari mall tu dan terus ke Walmart. biasanya kat Walmart ada jual souvenir. alhamdulillah, dapatlah jugak jumpa souvenir walaupun souvenir tu bukan fridge magnet tapi topi Oklahoma University. aku memang pengumpul fridge magnet dan fridge rumah aku penuh dengan magnet2 yang pernah aku singgah kat US ni.

waktu tu, jam menunjukkan pukul 7 malam. sepatutnya kitorang bertolak lebih awal untuk ke destinasi seterusnya iaitu The Colony, Texas. Texas adalah negeri ketiga untuk hari tu. kalau ikutkan, kitorang dah janji dengan Aunty Linda, kawan makcik Irfan untuk sampai di rumahnya dalam pukul 9. so tanpa buang masa, kitorang terus bergerak ke The Colony setelah hajat souvenir tertunai. kali ni aku decide untuk bagi Hanisah peluang pulak untuk drive. tapi disebabkan dia tak berani drive dalam bandar besar, so aku drive dulu sampai keluar dari Oklahoma City. bila dah keluar dari city, Hanisah pulak yang mengambil alih tempat aku. dan itulah first time aku dapat tidur dalam kereta. ahh.. serius best gila. tambah2 lagi tidur kat belakang, memang tak ingat dunia aku tidur. bangun2 je, dah sampai di The Colony dan perjalanan dari Oklahoma City ke The Colony memakan masa 3 jam lebih.

syukur, rumah Aunty Linda takde lah susah mana nak cari sebab ada gps. haha.. dan sesampai je kitorang kat rumah dia, dia dan suami sambut baik ketibaan kitorang. tak cukup dengan tu, kitorang di hidangkan masakan dinner yang istimewa. alhamdulillah, kitorang berlima makan dengan hati gembira walaupun penat. maklumlah kan, 3 state dalam satu hari. bila dah kenyang, masa untuk berehat pulak dan kitorang berlima tidur nyenyak malam tu.

bersambung...

Thursday, February 16, 2012

Life Goes On

0 comments

i admit that i was kinda in sober a past few weeks. thankfully, now i feel like my sober is slowly fade and i can smile again. yes, life is too short be unhappy and i always tried to smile whenever i feel sad and lonely. nah, Allah is always by my side and i know He will always make me smile again. thank you Allah. without You, i am nothing :)

and life must go on...

Monday, February 13, 2012

The Florida Trip 2011 Chapter 2 - Meet The Kansas State

0 comments

18 Disember 2011


pagi ni aku tak bangun awal sangat. dalam pukul 8 pagi rasanya. penat kot, drive almost 7 jam malam tu. so pagi tu macam biasalah, aku dan Irfan bersiap2 untuk ke rumah Fatin, ambil Hanisah, Ijan dan Dayah sebelum memulakan perjalanan ke Kansas. kitorang pun masukkan beg2 dan barang2 ke dalam kereta.

fyi, masa kat Iowa City lagi bonet hampir penuh dengan barang2 aku, Hanisah, Ijan dan Dayah. Hanisah cakap memang tak dapat lah masukkan barang2 Irfan, maybe Irfan sehelai sepinggang je lah pergi trip ni. dan pagi tu, Irfan cepat2 masukkan beg dia dalam kereta supaya ada tempat untuk dia. haha.. pagi tu memang tak sarapan apa2 pun kat rumah Irfan, sebab Abang Zaki ajak kitorang makan nasi lemak. sebelum bergerak, sempatlah jugak aku jumpa Abdul Rahman, kawan masa kat Taylor dulu.

okay, kitorang pun jemput Hanisah, Ijan dan Dayah kat rumah Fatin. alhamdulillah, semua barang boleh dimasukkan ke dalam bonet kereta, hasil susunan orang perempuan. maklumlah, perempuan bagus bab2 menyusun. aku pun bagus je actually, tapi lebih suka serah kepada yang pakar. kami pun bertolak ke rumah Abang Zaki.

kitorang berlima bersarapan di rumah Abang Zaki pagi tu. sarapan nasi lemak kot. ugh.. rindu sangat2 makan nasi lemak masa sarapan. oh tak sabarnya nak balik Summer ni. aku tak sure lah Kak Nadiah ataupun Abang Zaki yang buat nasi lemak tu, tapi memang marvelous. sedap.. aku bertambah2 kot makan pagi tu. nanti bila datang Lincoln lagi, nak nasi lemak lagi :)



di rumah Abang Zaki


sebelum bertolak ke Kansas, negeri bawah Nebraska, kitorang singgah Walmart dan Oriental Market kejap. yelah, trip ni kan almost 3 minggu, mestilah stok makanan dan kelengkapan semua cukup. kitorang beli beras, roti, jem, sardin, maggi dan tuna helper. maklumlah, trip ni mengajar kita berjimat, so makanannya pun jimat2 lah jugak. aku memang sangat2 tak kisah sebab aku makan apa saja. korang campak lah aku kat mana2 pun dalam ceruk dunia ni, insyaAllah boleh survive.



membeli belah di Walmart dan Oriental Market


bila semua urusan makanan dah selesai, kami pun bertolaklah ke Kansas. destinasi seterusnya ialah Manhattan, Kansas. perjalanan memakan masa selama 2 jam kalau tak silap. alah, setakat 2 jam kat US ni, nothing kot. sebab US ni besar, mind set kita pun memang cakap 2 jam tu dekat je. so takat drive 2 jam tu la, macam cungkil gigi je :P

hampir pukul 3 petang kitorang pun sampai di Manhattan. kitorang ke Manhattan sebab nak singgah rumah Abang Nik. Abang Nik ni dulu aku pernah jumpa masa kat rumah Pengarah MARA Washington masa trip ke New York dulu.  mula2 kitorang pun followlah gps ni ke rumah Abang Nik. entah kemana2 dia bawa sampai masuk rumah orang, lepas tu expect kitorang masuk semak samun. nak je aku tonyoh2 muka gps ni. pastu terpaksa gak guna khidmat gps phone Hanisah. dia punya phone power, tak macam phone aku :( so bila dah dekat kawasan rumah Abang Nik tu, boleh pulak masa tu Abang Nik sedang buang sampah dan nampak kereta kitorang. alhamdulillah, akhirnya sampai jugak di rumah Abang Nik setelah berpusing2 dekat dengan campus Kansas State University tu.

kitorang pun dijemput ke rumah dia. isteri dia pun ada kat rumah. rumah dia not bad lah, cuma yang pelik sikit sebab bilik air dalam bilik tidur. so kitorang sebagai tetamu ni, kalau nak ke bilik air, kena masuk bilik tidur dulu. ish cerita pasal rumah orang pulak. tukar topik. kitorang pun dihidangkan dengan makanan yang sedap2. nasi minyak, ayam masak rosemary, sambal belacan, salad.. umph.. sedap kot. tambah2 lagi waktu tu memang kitorang semua tengah lapar. maklumlah kan, sarapan nasi lemak waktu pagi. lunch pulak belum lagi. so apa lagi, kitorang pun makanlah.

lepas dah kenyang2 tu, boleh pulak lagi dorang bagi bekal untuk kitorang. umph.. ini rezeki namanya dan rezeki tak boleh ditolak. lepas makan, kitorang pun solat jama' Zohor dan Asar. senang solat kat rumah dia, tak payah nak fikir2 solat tempat lain kan. dah puas lepak rumah dia, kitorang pun di bawa berjalan2 ke Kansas State University dan Downtown Manhattan. sempatlah kitorang bergambar kat pintu masuk Kansas State University dan bershopping souvenir kat Downtown Manhattan.



ketika berada di Manhattan, KS bersama Abang Nik dan isteri


setelah puas menikmati bandar kecil Manhattan, kitorang pun mengucapkan selamat tinggal kepada Abang Nik dan isteri, dan meneruskan perjalanan ke Wichita, Kansas. Wichita adalah destinasi terakhir untuk hari ini. perjalanan mengambil masa selama hampir 3 jam dari Manhattan ke Wichita. sebelum kitorang cari Motel 6 sebagai tempat penginapan kitorang, kitorang sempat singgah Downtown Wichita. not bad lah jugak Downtown Wichita ni. lagipun, Wichita adalah city terbesar di negeri Kansas. so what do you expect, right?

kitorang pun sempat singgah tempat yang diberi nama "Keeper of The Plains".  menarik jugak tempat tu sebab ada jambatan berlampu dan ada patung besar. sebelum ni pernah je aku survey tempat tu dan kalau tak silap, tempat tu ada kaitan mengenai native American kat US ni. kitorang pun bergambarlah kat situ. kata ada kamera canggih milik Irfan, so kita kena lah guna khidmat kamera dan photographer sepenuhnya.



Wichita, KS pada waktu malam + "Keeper of The Plains"


dah puas berlegar2 kat tempat tu, kitorang pun mula mencari Motel 6 di Wichita. alhamdulillah, jumpa jugak Motel 6 kat Wichita ni dan Motel 6 di Wichita adalah Motel 6 yang pertama untuk trip kitorang ni. best jugak Motel 6 ni sebab ada wifi. so sebelum tidur bolehlah ber wifi kan..


bersambung...


next chapter: The Florida Trip 2011 Chapter 3 - Oh No! Flat Tire
previous chapter: The Florida Trip 2011 Chapter 1 - Let's Begin The Journey


list of chapters:
1) The Florida Trip 2011 Chapter 1 - Let's Begin The Journey
2) The Florida Trip 2011 Chapter 2 - Meet The Kansas State
3) The Florida Trip 2011 Chapter 3 - Oh No! Flat Tire
4) The Florida Trip 2011 Chapter 4 - Dallas and Its Uniqueness

Friday, February 10, 2012

The Florida Trip 2011 Chapter 1 - Let's Begin The Journey

0 comments

17 Disember 2011

pagi 17 Disember 2011 adalah pagi yang cukup menggembirakan. pagi2 lagi aku sambung packing barang2 aku. malam tu dah packing dah, tapi ada lagi barang tertinggal. maklumlah, trip ni bukan sekejap, lama kot. almost 3 weeks kot. mula2 nak bawa beg kecik je sebab bajet nanti boleh basuh baju dan boleh jimat bawa baju, last2 beg besar gak aku bawa. takpalah, asalkan baju cukup dan toiletries lengkap.

tapi agak kelam kabut jugak pagi tu sebab aku suka packing lambat2, taknak rush la katakan. tengok2 dah dekat pukul 11 pagi. janji dengan Asri, kawan aku major Computer Science ni nak ambil kereta kat Hertz pukul 11 pagi tu, so cepat2 la aku bersiap2 untuk ke Hertz.

pastu aku pun pergi lah ke Hertz naik kereta dia. mujurlah dia ada kereta dan free pagi2 cuti tu, kalau tak susah gak nak cari orang. bila aku sampai kat Hertz, aku pun jumpa manager Hertz. dia cakap ada dua choice kereta untuk full size car: Hyundai Sonata dan Toyota Camry. ugh.. aku paling tak suka buat decision camni. kalau buat decision, mesti nak fikir orang lain gak, takut orang lain tak puas hati. aku pun keluarlah ke tempat parking kereta Hertz, nak tengok macam mana rupa dua kereta tu. manager tu cakap, kalau nak selesa pilih Camry. kalau nak jimat minyak, pilih Sonata. fikir punya fikir, last2 aku decide nak call Irfan. Irfan mula2 cakap dia pun tak tahu nak pilih mana, tapi ikut gerak hati aku nak pilih Sonata since aku pernah pakai Camry sebelum ni, so saje lah nak try pakai kereta lain pulak. lagipun, kalau pilih Sonata dapat jimat minyak. jimat minyak, jimat duit. then, lepas aku cakap aku maybe nak ambik Sonata, Irfan pun agree je lah. lol.. last2, aku pilih Sonata sebagai kereta rasmi trip. aku pun singgah lah ke rumah kejap, masukkan barang ke dalam kereta dan bergerak.

gps dah siap pasang awal2 lagi bila dah sampai rumah. no problem lah dengan gps. kata Garmin, semuanya bagus. okay, perjalanan pun bermula. aku mula bergerak ke rumah Hanisah, Ijan dan Dayah di Iowa City tepat pukul 1 petang. Irfan pun ada pesan, sebelum gerak mesej dia. okay, done! perjalanan dari Ames ke Iowa City makan masa 2 jam 30 minit. boleh tahan gak aku bawa masa tu. mata memang dah luyu je, tapi aku kuatkan semangat untuk meneruskan perjalanan. tambah lagi cuak bila nampak 3-4 kes accident sepanjang perjalanan ke Iowa City. tak cukup dengan kes accident, kawasan yang aku lalu tu kawasan rusa melintas. lagi la kena berhati2. 

sesampai je kat apartment dorang, aku lepak solat dan jamah sikit kat rumah Hafiz, Faris etc., then baru bergerak ke Lincoln, Nebraska. terima kasih gak la kat Dayah sebab sediakan lunch untuk aku. memang kebulur kot masa tu. tapi sebelum tu singgah kejap rumah Kak Shidah, nak ambil dapur. lepas dah setel dengan dapur dan jumpa Hana, barulah kitorang bergerak. perjalanan ni yang lama sikit. ugh.. penat kot drive waktu tu. dahlah Hanisah tak boleh drive lagi. kalau tak, dari Iowa City sampai Lincoln tu aku minta dia drive hehe.. perjalanan makan masa 5 jam pulak waktu ni. janji dengan Irfan nak sampai pukul 9 malam, last2 sampai pukul 10 malam. masa pukul 9 tu, Irfan duk call time aku drive. bahaya gak la.


sesi memasukkan beg ke dalam bonet kereta di Iowa City

apapun, kitorang selamat sampai di rumah Irfan. check in Facebook tu wajib, so aku pun check in kat rumah dia. tambah lagi best bila sampai2 je kat rumah dia, terhidang pulak meehun sup yang telah di request sejak sebelum ke Lincoln lagi. memang best lah kitorang berempat makan supper waktu tu. Irfan, serius sedap meehun tu.

dah kenyang, aku hantar Hanisah, Ijan dan Dayah ke rumah Fatin. perempuan kenalah duduk sekali dengan perempuan kan. takkan lah duduk sekali kat rumah Irfan. dan berakhirlah perjalanan aku untuk hari pertama trip.

bersambung...

next chapter: The Florida Trip 2011 Chapter 2 - Meet The Kansas State


list of chapters:
1) The Florida Trip 2011 Chapter 1 - Let's Begin The Journey
2) The Florida Trip 2011 Chapter 2 - Meet The Kansas State
3) The Florida Trip 2011 Chapter 3 - Oh No! Flat Tire
4) The Florida Trip 2011 Chapter 4 - Dallas and Its Uniqueness

Thursday, February 09, 2012

The Florida Trip 2011

4 comments
setelah hampir sebulan lebih dari tarikh pulang dari trip ke Florida, barulah aku ada mood nak post video ni. video ni adalah video overall trip kami ke Florida tempoh hari. insyaAllah kalau ada rezeki, aku akan cuba post beberapa entri mengenai trip ni. lebih kurang macam diari lah, macam blog hanisah buat. hehe.. sorry la hanisah, terfikir nak buat jugak catatan macam blog kau.
*kalau nak hayati video ni, korang boleh pause lagu background kat atas korang :)


fyi, ramai yang cakap video ni best. memang lepas edit video ni, aku pun teruja gak la sebab memang video ni nampak best. maybe sebab cara aku susun potongan2 video yang aku buat ni kot. takpun lagu background tu sendiri yang best. takpun sebab watak irfan yang ceria tu yang buat video ni best. hmm.. entahlah, aku pun tak tahu nak komen apa.

apapun, video ini diedit oleh aku sendiri, pakai Sony Vegas Pro 10.0. setiap potongan2 video dalam video ini adalah hasil rakaman dari handycam aku. HD kot. nak gak bagitau tu. tak lupa juga, pilihan lagu video ini adalah pilihan lagu daripada irfan sendiri. dia peminat Yuna. so no wonder la kalau lagu pun lagu Yuna. apapun, lagu ni memang sangat sesuai dengan video trip kita ni. love it!

so aku pun dah terang sikit sebanyak latar belakang pasal video. insyaAllah ada masa lapang lagi, aku akan cuba buat video trip yang kedua pulak, kalau ada masa lapang lah :D

DG: ugh.. serius aku rindu gila dengan trip ni. hanya tinggal kenangan..