Sunday, April 17, 2011

Kawan!

0 comments


uish, dah bersawang-sawang dah blog aku ni. hampir 2 bulan kot tak update. baik, mari kita bersihkan blog ni :)

sebenarnya, kebosanan melanda ketika belajar di library ni, so sambil mendengar lagu best ni, aku pun menulis entri ni. jom sama sama dengar lagu dan hayati entri pada kali ini :D




hmph.. aku sebenarnya just nak bincang pasal kawan hari ni.

sedihkan bila kawan yang kita selalu agung-agungkan, kawan yang selalu kita sebut-sebut, kawan yang selalu kita dampingi, kawan yang pernah buat kita ketawa dan senyum setiap hari, kawan tak putus-putus menolong dan beri nasihat, akhirnya cuba buat sesuatu yang kita kecewa dan terasa.

bagi aku kawan ni anugerah Tuhan yang berharga, selepas ibu ayah yang telah menjaga kita. tanpa kawan, hidup ini bagai tidak sempurna. serius, memang tak sempurna. ada cacat celanya dalam kehidupan jika kawan tidak menyinari dalam hidup kita.

kawan bagaikan permata, kawan bagaikan cahaya, kawan bagaikan pelita.

bayangkan kalau kita hidup keseorangan, tanpa ditemani oleh kawan kawan, tentunya hidup kita sunyi. tapi terus terang aku nak cakap, aku memang memilih dalam berkawan. bukan semua kawan kita adalah kawan kita yang sebenarnya, malah sesetengah daripada mereka adalah lawan kita. erti kata lain, kawan yang sebenarnya adalah kawan yang banyak menolong kita di dalam kesusahan, banyak membuatkan kita sentiasa gembira dan banyak memberi nasihat kepada kita jika kita melakukan kesalahan nyata. itu sebenarnya makna kawan dalam kamus hidup aku. dan sepatutnya menjadi makna kawan dalam kamus hidup kalian juga. kawan yang menjadi lawan adalah kawan yang tidak menyokong kita, suka perli kita, tidak suka cara hidup kita, melabel kita yang bukan bukan dan paling teruk membenci kita. mereka sebenarnya bukanlah kawan kita yang sebenarnya. percayalah dan fikirkanlah!

persoalannya, adakah kawan yang kita pilih itu yang sebelum ini banyak membuatkan kita gembira dan membantu kita, akhirnya membuatkan kita luka, akan menjadi kawan kita sampai akhirnya?

siapa kata manusia tak pernah dilukakan hatinya? bagi aku, setiap manusia pernah terluka dan terasa. tetapi, mengapa perlunya luka itu timbul? kan senang jika kawan kita tak melakukan sesuatu yang buat kita terasa. semuanya neutral. mengapa ianya harus berlaku? mengapa?


oh, sekadar itu sahaja. haha.. aku bukan emo. ini just random entry. tak ada kena mengena dengan orang yang sama ada hidup, ataupun yang telah meninggal dunia.

DG: tapi, siapa yang tergigit cili, dialah yang terasa pedasnya!