Tuesday, November 18, 2008

Berhibernate Sebentar

0 comments
kepada semua para pembaca blog ini,

dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan, saya akan berhibernate dalam tempoh beberapa minggu atas alasan saya akan menduduki final exam dalam tempoh kurang daripada 2 minggu. jadi, saya tidak akan post sebarang entri baru dalam tempoh terdekat ini sehingga habis final exam nanti.

sebarang pertanyaan, keluhan dan kritikan boleh dikemukakan pada ruangan 'Lets Talk Puas Puas'.

sekian.

Friday, November 14, 2008

Tertekan!!!

0 comments
...

...

...

tadi saya baru saja habis calculus mid-term exam.

memang-betul-betul-susah-sangat-sampai-pening-kepala-dan-nak-terkeluar-biji-mata.

saya cuma mampu bertawakal sahaja.

tapi saya akan tetap berusaha untuk test-test dan final exam yang akan datang. masih ada lagi peluang.

terus terang saya cakap, calculus II memang betul-betul susah, ditambah pula dengan lecturer yang memang suka sangat bagi soalan yang susah, yang tak pernah dijawab di dalam kelas dan soalan yang diberi tidak ada dalam buku teks. sungguh kecewa dan sedih.

"ayuh, helmi. bangkitlah kamu dari lena. berusahalah bersungguh-sungguh, moga kamu mendapat markah yang cemerlang untuk yang akan datang,"

...

...

saya tak nak cakap panjang. tengah tension. tapi saya akan post entri baru akan datang. tunggu saja.

Monday, November 03, 2008

Sehari di Cameron Highlands

5 comments
Tarikh: 2 November 2008
Hari: Ahad

...

...

...

5.15 pagi

bangun, cadang nak solat tahajjud, tengok handphone, tertidur balik tapi sekejap saja.

5.45 pagi

bangun, rasa menyesal, pergi mandi, kemudian solat subuh.

7.00 pagi

tunggu abang asyraf, tapi abang asyraf tak datang-datang lagi.

...

...

...

9.00 pagi

abang asyraf datang jemput saya. saya tak tanya sebab apa lambat sebab saya sentiasa berfikiran positif.

9.15 pagi

abang asyraf jemput sahabat-sahabat saya, haziq dan mubasyir di ridzuan condo, kemudian kami semua bertolak ke cameron highlands.

kami berbual-bual semasa dalam perjalanan. perjalanan yang memakan masa selama 3 jam setengah memang memenatkan. saya tak tidur sebab terlalu excited.

12.45 tengah hari

kami tiba di tanah rata, cameron highlands. kami berehat sebentar di sebuah taman di tanah rata sambil menikmati makanan yang dibawa oleh abang asyraf; nasi goreng dan ayam goreng. memang sedap. itulah lunch kami di cameron highlands.

makan sambil menghirup udara segar dan nyaman memang menyeronokkan, di tambah pula dengan kelibat kanak-kanak bermain di sekitar taman tersebut yang menyebabkan saya teringat akan kenangan-kenangan saya semasa berada di zaman kanak-kanak dahulu. memang terharu. alangkah seronoknya jika saya dapat kembali ke zaman kanak-kanak semula.

setelah menikmati makanan tersebut, kami ke ladang teh BOH yang terletak di brinchang, cameron highlands. pemandangan ladang teh tersebut memang mengasyikkan kami semua, cukup cantik dan indah. subahanAllah. ladang ini merupakan antara ladang teh yang terbesar di malaysia. kami sempat singgah sebentar di kilang teh BOH sambil membeli-belah teh yang tersedia di sebuah kedai teh milik syarikat BOH di situ.

ladang teh yang menghijau

pemandangan yang mengasyikkan

di hadapan main entrance BOH Tea Centre bersama haziq

kilang teh BOH yang antik dan unik

mesin menggilis daun teh

produk-produk teh BOH yang tersusun di kedai teh BOH
yang dijual dengan harga yang amat murah

sempat bergambar bersama produk teh BOH

sebelum meninggalkan kawasan itu, kami semua sempat bergambar di tengah-tengah ladang teh yang menghijau itu. memang cantik pemandangan di situ. serius. saya tak tipu. kami berlari-larian di celah-celah pepohon teh yang rendang itu sambil menghirup udara yang cukup segar dan nyaman di situ. memang seronok. jika kamu mahu datang ke cameron highlands, jangan lupa singgah di ladang teh BOH. kepada syarikat BOH, kamu perlu membayar saya sebab saya mempromote tempat kamu di blog saya.

berada di tengah-tengah pepohon teh

pepohon teh yang terbentang luas

angle baik punya

mubasyir di tengah-tengah anak sungai
sambil memegang kameranya

kemudian kami singgah sebentar di sebuah ladang strawberri. tapi, apa yang mendukacitakan kami ialah kami tidak masuk ke ladang tersebut disebabkan bayarannya yang agak mahal. saya cuma sempat membeli sepeket strawberri di situ.


selepas melawat ladang strawberri, kami semua membeli-belah di sebuah pasar di brinchang, cameron highlands. bagi saya, memang tak sah satu-satu lawatan atau percutian jika tidak membeli souvenir di tempat yang dilawati atau dikunjungi. jadi, saya sempat membeli sehelai T-shirt dan beberapa biji buah yang jarang saya jumpa atau memang tak pernah jumpa; buah madu dan buah cinta. tapi yang peliknya, abang asyraf, haziq dan mubasyir tidak membeli sebarang souvenir ketika berada di pasar ini. mungkin mereka sedang berjimat. mubasyir hanya membeli beberapa peket strawberri di pasar tersebut.

buah-buahan yang dijual di pasar tersebut

orang ramai sedang membeli-belah

5.00 petang


kami bertolak pulang ke subang jaya. saya terasa amat letih sehinggakan saya tertidur di dalam kereta. saya rasa, trip kali ini memang menyeronokkan terutama sekali ketika berada di ladang teh BOH. pemandangan yang cantik dan indah menyebabkan saya berasa amat gembira dan seronok. memang mengasyikkan. kenangan ketika berada di cameron highlands ini memang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila. saya memang berharap agar saya dapat pergi semula ke ladang teh ini sekali lagi.


hujan yang turun tidak henti-henti sepanjang perjalanan pulang menyebabkan saya terjaga dan tidak dapat tidur. abang asyraf memandu selaju-lajunya di highway dalam keadaan hujan yang lebat itu. mungkin dia mengejar masa. tapi saya hanya berdoa agar selamat sampai ke subang jaya dan hadir ke kelas pada hari ini serta menulis blog ini.


8.00 malam

kami selamat tiba di subang jaya. kami semua bersolat di sebuah stesen minyak petronas di subang jaya. kemudian kami ke ridzuan condo dan menikmati makan malam di sana, abang asyraf yang belanja.

9.00 malam

saya tiba di apartment saya. saya terasa amat letih dan penat tetapi tak boleh tidur awal sebab saya perlu siapkan chemistry project. inilah akibatnya menangguh-nangguhkan kerja.

12.00 tengah malam

saya berbaring di atas katil. sebelum melelapkan mata, saya berdoa agar kenangan seperti ini akan berulang di masa-masa yang akan datang, insyaAllah. dengan lafaz bismillah dan doa tidur, saya melelapkan mata.


kepada abang asyraf, terima kasih kerana membawa kami ke cameron highlands. saya tidak akan lupakan kenangan trip ini sampai bila-bila. kepada haziq dan mubasyir, terima kasih kerana volunteer menjadi photographer dan menghiburkan saya sepanjang trip yang penuh bermakna ini. memang saya dapat rasakan yang trip kali ini memang menyeronokkan. terima kasih, thank you dan syukran jazillan saya ucapkan pada semua.

Ayuh Mulakan Perlumbaan

2 comments

haziq,

mulai dari sekarang kita berlumba, entri blog siapa yang paling banyak. either blog saya ataupun blog kamu. kita lihat. tiada tarikh tutup tapi akan dinilai dari semasa ke semasa. tapi yang pastinya entri blog saya lebih banyak daripada entri blog kamu.

ayuh, mari kita mulakan perlumbaan. entri blog yang tertinggi dikira sebagai pemenang. ayuh, sahut cabaran ini!