Saturday, November 10, 2012

The Florida Trip 2011 Chapter 8 - Tallahassee, The Calm City


24 Disember 2011


pagi tu aku dikejutkan oleh lampu dapur yang di nyalakan oleh Kak Syaliani. awal dia bangun pagi tu, pukul 5 pagi. ye lah, nak siapkan makanan sarapan pagi untuk tetamu, kenalah awal. subuh waktu tu pun tak masuk lagi, jadi aku pun paksa diri untuk sambung tidur. setelah beberapa jam, aku dan Irfan pun bangun dari tidur apabila dikejutkan oleh Abang Faedzal. kitorang pun semua bersiap2 dan menikmati sarapan pagi yang disediakan sendiri oleh Kak Syaliani. alhamdulillah rezeki kitorang pagi2 24 Disember di Tallahassee.


Abang Faedzal ajak kitorang untuk ke Flea Market pagi tu. katanya Flea Market ni best untuk beli barang2 terpakai yang murah untuk dijadikan souvenir apabila balik ke Malaysia nanti. bukan itu saja, barang2an baru jugak ada dijual dengan harga berpatutan dan affordable. untuk pengetahuan, Abang Faedzal memang dah nak tamat pengajian di Florida State University dan akan pulang ke Malaysia beberapa hari selepas kitorang singgah rumah dia. sebelum bergerak ke Flea Market, sempat jugak kitorang bergambar2 di halaman rumahnya bersama2 dia dan ahli keluarga.

sesampai je di Flea Market, kitorang pun pusing2 lah kawasan tu. not bad jugaklah Flea Market di Tallahassee sebab banyak pilihan dan agak besar. kalau kat Iowa di panggil Farmer's Market dan Farmer's Market di Iowa takde lah sebesar di Florida ni. ni maybe salah satu pengalaman baru yang kitorang timba. sempatlah jugak aku beli beberapa barang untuk dijadikan kenangan. Abang Faedzal pun kenal ramai orang di Flea Market kerana sikapnya yang peramah. aku agak kagum juga dengan kemesraan Abang Faedzal sehinggakan orang2 di Flea Market ramai menyambut baik Abang Faedzal.

dah puas berlegar2 di Flea Market, kitorang pun bergerak ke downtown Tallahassee. memang masa ni kitorang ikut je Abang Faedzal. ye lah, dia orang tempatan kan. Abang Faedzal bawa kitorang lalu di depan capitol state dan ke taman berdekatan. kitorang pun bergambar2 di taman tu bersama2 Abang Faedzal dan keluarga. lepas tu, kitorang ke Florida State University, universiti Abang Faedzal. kitorang pergi lah pulak bergambar di pintu gerbang universiti. macam2 gambar kitorang tangkap masa tu. then, masa untuk berpisah. masa ni lah kitorang bersalam2an dan mengucapkan selamat tinggal  sebab kitorang nak bergerak ke destinasi seterusnya, iaitu Panama City Beach.



dari Tallahassee ke Panama City Beach mengambil masa hampir 2 jam 15 minit perjalanan. kitorang bergerak ke PCB dalam waktu tengah hari camtu. plan asalnya tak pergi pun PCB. kalau diikutkan, plan asalnya kitorang terus dari Tallahassee ke Orlando, Florida. tapi disebabkan Abang Faedzal recommend kat kitorang untuk singgah ke PCB, so kitorang pun decide untuk ke PCB. so untuk ke PCB tu, kitorang kena patah balik 2 jam 15 minit ke arah east. semangat sungguh patah balik perjalanan sebabnya PCB ni dikatakan antara pantai yang tercantik di dunia.

apabila kitorang sampai di PCB, ternyata kata2 Abang Faedzal tepat sekali. memang pantainya sungguh cantik dan lawa. pasirnya sangat lembut dan halus. bila pijak je, rasa macam pijak snow pulak. dan pantainya sangat bersih. memang literally best untuk bersantai dan lepak2. tapi kitorang tak boleh duk lama2 sebab perjalanan dari PCB ke Orlando, FL memakan masa hampir 7 jam. so bila kitorang sampai di PCB, kitorang hanya sempat bergambar2 di pantai yang indah tu. kitorang pun sempat lagi tulis2 nama atas pasir. memang best sangat pantai tu, kalah Langkawi rasanya. insyaAllah ada rezeki, memang nak datang lagi :)



next destination adalah Orlando, FL. macam aku cakap sebelum ni, perjalanan dari PCB ke Orlando memakan masa hampir 7 jam. masa kitorang sampai di PCB memang dah waktu petang. so kitorang pun memang terpaksa bertolak seawal yang mungkin sebab kalau boleh nak elak dari sampai di Motel 6 Orlando yang telah direserve sebelum pukul 12 tengah malam. tak elok lah kan kita dah tempah motel, tapi kita datang lambat.

hampir 7 jam kemudian, sampai lah kitorang di Motel 6 Orlando. Motel 6 nya biasa2 je, macam Motel 6 yang lain2 pernah kitorang singgah. kan dah cakap sebelum ni, Motel 6 memang jadi motel rasmi untuk trip ni. kitorang pun check in motel dalam pukul 11 lebih malam tak silap. then apa lagi, cepat2 unload barang then masuk bilik masing2 then terus landing untuk tidur. penat kot drive sampai 7 jam tu walaupun bergilir2 memandu. bukan tu je, kitorang kena dapatkan rehat yang cukup untuk melawat Magic Kingdom Disney World keesokan harinya.

bersambung...


next chapter: The Florida Trip 2011 Chapter 9 - Dreams Come True at Disney's
previous chapter: The Florida Trip 2011 Chapter 7 - 3 States in One Day

list of chapters:
3) The Florida Trip 2011 Chapter 3 - Oh No! Flat Tire
4) The Florida Trip 2011 Chapter 4 - Dallas and Its Uniqueness
5) The Florida Trip 2011 Chapter 5 - Houston, The 4th Largest City
6) The Florida Trip 2011 Chapter 6 - Malayan Tigers in Houston
7) The Florida Trip 2011 Chapter 7 - 3 States in One Day
8) The Florida Trip 2011 Chapter 8 - Tallahassee, The Calm City
9) The Florida Trip 2011 Chapter 9 - Dreams Come True at Disney's

0 comments: