Sunday, March 29, 2009

Hidup Selama 18 Tahun. Bersyukurkah?

2 comments
alhamdulillah, saya amat amat bersyukur kepada Allah swt kerana dengan berkat dan rahmatNya, saya masih lagi bernyawa sehingga ke saat ini. hari ini genap 18 tahun saya hidup di muka bumi Allah yang indah dan menakjubkan ini. alhamdulillah.

saya sebenarnya tak mahu bercheritera panjang, bercheritera tentang kehidupan saya sejak lahir sehingga sekarang. itu semua buang masa saja. saya pasti, kalian semua tak mahu membacanya [kecuali ada request dari sesiapa]. tapi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka mereka yang memberi ucapan selamat hari lahir kepada saya. saya amatlah menghargai ucapan ucapan tersebut.

yang pertama sekali saya ucapkan infiniti terima kasih kepada kedua ibu bapa saya dan juga adik saya atas ucapan yang diberikan. sepatutnya saya balik minggu ini, menyambut hari kelahiran saya bersama family, tetapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan saya tak dapat balik. jadi mereka cuma memberi ucapan melalui sms saja. apapun saya tetap menghargainya.

kedua, jutaan terima kasih kepada semua sahabat sahabat, rakan rakan dan kawan kawan yang memberi ucapan, terutama nisa yang sanggup post satu entri hanya semata mata untuk mengucapkan selamat hari lahir tersebut. terima kasih banyak banyak. then, tak lupa juga pada rakan rakan yang mengucap ucapan selamat hari lahir di facebook dan friendster atau melalui ucapan mulut saja. terima kasih banyak banyak. syukran jazillan saya ucapkan.

baik! sebenarnya saya tak kisah pun kamu semua ingin ucapkan ucapan tersebut. tapi, saya lebih prefer untuk menyambut hari kelahiran saya mengikut kalender hijrah. kalau mengikut kalender hijrah, tarikh lahir saya jatuh pada 13 ramadhan 1411 bersamaan dengan hari jumaat pada pukul 5.00 petang. jadi, digalakkan sahabat sahabat, rakan rakan dan kawan kawan mengucapkan ucapan selamat hari lahir pada tarikh tersebut.

tapi, alhamdulillah kerana masih ada lagi insan yang masih menghargai insan yang lain di dalam dunia ini. alhamdulillah.

Saturday, March 28, 2009

Sambutan 60 Earth Hour

0 comments

sebelum saya mula bercheritera, saya nak maklumkan bahawa yang saya seorang pencinta alam, alam ciptaan Allah yang amat mengagumkan ini.

baik! baru tadi saya menyambut sambutan 60 earth hour yang dilangsungkan di dataran merdeka [jangan risau. sambutan ini tidaklah seperti sambutan countdown tahun baru dan sambutan countdown hari kemerdekaan]. sambutannya agak meriah, dihadiri ramai pengunjung yang berbilang kaum. tetapi pengunjung yang hadir tidaklah seramai pengunjung yang hadir ke konsert countdown tahun baru dan hari kemerdekaan [saya tak pernah pergi konsert, jadi jangan buat assumption apa apa].

sebelum countdown

program sambutan 60 earth hour ini disempurnakan oleh datuk bandar kuala lumpur, dato' ahmad fuad bin ismail. dan juga dihadiri oleh pengerusi wwf malaysia, datuk tengku zainal adlin bin tengku mansoor. countdown menutup lampu bermula pada pukul 8:29:45 malam. kami semua tertunggu tunggu untuk mengira countdown tersebut. tepat jam 8.30 malam, seluruh kuala lumpur bergelap, termasuk menara kuala lumpur dan klcc. ini merupakan kali pertama saya melihat kuala lumpur tidak bercahaya, seperti blackout. bangunan sultan abdul samad, menara dayabumi, menara bank rakyat dan menara dewan bandaraya kuala lumpur merupakan antara bangunan bangunan berdekatan dataran merdeka yang bergelap. agak teruja dengan kegelapan yang berlaku.

datuk bandar sedang merasmikan 60 earth hour

video
video countdown

selepas countdown. kuala lumpur bergelap selama 1 jam.

sementara menunggu sehingga pukul 9.30 malam, pengunjung disajikan dengan tarian kebudayaan, sajak sajak yang disampaikan oleh penyajak terkemuka di malaysia dan nyanyian berunsur alam sekitar oleh artis zainal abidin [seorang artis yang cintakan alam sekitar. lagu popularnya : hijau]. semua pengunjung asyik menonton kesemua persembahan tersebut.

tarian kebudayaan ketika sedang bergelap

count-up pula bermula pada pukul 9:29:45 malam. tepat jam 9.30 malam, seluruh kuala lumpur kembali bercahaya dan tidak bergelap lagi. lampu lampu yang menyinari bangunan bangunan di kuala lumpur kembali bersinar. memang menakjubkan. kuala lumpur yang digelar sebagai the city of light menjadi gelap, hanya untuk menyambut sambutan 60 earth hour yang dikelolakan oleh wwf sedunia.

video
video count-up

kuala lumpur kembali bercahaya

setelah tamat kesemua agenda, para pengunjung disajikan pula dengan juadah juadah yang agak enak. kami semua dapat makan free. apa lagi, balun lah kesemua makanan yang disajikan. dan kemudian saya pulang ke subang jaya.

makan free beb!

60 earth hour, satu sambutan yang sepatutnya diadakan setiap tahun bagi mengurangkan kejadian pemanasan global yang semakin teruk sejak akhir akhir ini. sekurang kurangnya, penduduk dunia prihatin dan sedar akan kejadian pemanasan global ini. saya sebagai salah seorang pencinta alam menyeru kepada para pembaca supaya sedar akan kejadian pemanasan global ini. jika kita tidak mengambil apa apa langkah untuk mengurangkan atau menghentikannya, ianya akan bertambah buruk dan kita akan sentiasa hidup dalam keadaan yang tidak tenang dan tenteram.

datuk bandar ditemu ramah oleh tv3

terima kasih kuala lumpur kerana menyahut seruan wwf sedunia untuk bergelap pada malam 28 mac 2009. untuk pengetahuan semua, kuala lumpur merupakan antara 3000 bandaraya yang menyahut seruan dan cabaran wwf sedunia.

Friday, March 27, 2009

Blog Terbaik

0 comments
baik! mulai hari ini saya mula memerhati blog blog yang tersenarai di dalam list blogosphere saya untuk menilai blog mana yang terbaik, mungkin dari segi penyampaian, layout dan sebagainya.

ini bukannya pertandingan. tapi just ingin menilai blog mana yang terbaik, pada pandangan sayalah. tiada hadiah yang akan diberi, mungkin untuk penilaian yang akan datang. tujuannya ialah supaya para blogger bergiat aktif dalam aktiviti berblogging ini. berikut adalah kategori kategori blog terbaik yang akan dinilai oleh saya sendiri:

~ blog terbaik keseluruhan
~ blog lelaki terbaik
~ blog perempuan terbaik
~ blog layout tercantik
~ blog penyampaian terbaik
~ blog berunsur keagamaan terbaik

*setakat ini saja. kategori kategori lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

kepada sesiapa yang ingin blognya tersenarai di ruangan blogosphere, kamu bolehlah tinggalkan url blog kamu di ruangan ulasan [atas kanan]. sekian, harap maklum.


Thursday, March 26, 2009

60 Earth Hour

0 comments
untuk entri pada kali ini, saya ingin mempromote kempen 60 earth hour yang akan dilangsungkan pada

TARIKH: 28 MAC 2009
HARI: SABTU
WAKTU: 8.30 - 9.30 PM

dengan ini saya sertakan sekali web banner, online badges dan sebuah video mengenai kempen ini.

VOTE EARTH






beberapa fakta yang ingin dikongsi mengenai kempen ini di malaysia dan di dunia:

  • terdapat lebih 23,000 individu, syarikat, sekolah dan badan badan pertubuhan yang menyertai kempen ini di malaysia.
  • lebih daripada 350 syarikat yang menyokong kempen ini.
  • lebih daripada 9 acara yang telah dirancang untuk menyambut earth hour. lawati earthhour.org/malaysia untuk maklumat lanjut.
  • 2140 buah bandaraya dan bandar di dunia menyokong untuk bergelap bagi memberi sokongan kepada kempen ini.
  • earth hour facebook group mempunyai lebih 35,000 ahli dan meningkat setiap hari.
  • klcc, dataran merdeka, menara kl dan putrajaya adalah tempat tempat yang pasti menyertai kempen earth hour ini.

ayuh, marilah bersama sama menyokong kempen ini demi mengurangkan masalah pemanasan global dan masalah pencemaran alam sekitar agar kita sentiasa hidup dalam keadaan yang sentiasa sihat, aman dan harmoni.




Tuesday, March 24, 2009

24 Mac : Permulaan Hidup Baru [Bahagian 1]

0 comments
ada apa dengan 24 mac? mungkin sebilangan para pembaca tertanya tanya, apakah yang dimaksudkan dengan permulaan hidup baru dan apa kaitannya dengan 24 mac?

sebenarnya, hidup baru saya selepas menamatkan pengajian di saser terchenta bermula pada tarikh ini. tanggal 24 mac 2008, saya mendaftarkan diri sebagai salah seorang pelajar taylor's university college yang terletak di subang jaya, selangor dan mengambil american degree transfer program. maknanya, genap setahun saya belajar di taylor's pada hari ini yakni 24 mac 2009. saya tidak menyangka bahawa sudah setahun saya menjadi pelajar taylor's and i'm proud to be taylorian.

bangunan american degree transfer program (adp)

program ijazah amerika


saya masih teringat lagi detik detik saya masuk ke taylor's dahulu. waktu orientasi, waktu saya berkenalan dengan rakan rakan baru. saya masih ingat bahawa semasa saya berada di semester pertama, saya merupakan satu satunya pelajar melayu di dalam kelas calculus 171 dan chemistry 105, yang lainnya terdiri daripada pelajar pelajar berbangsa cina dan india. pada waktu itu, saya mengalami cultural shock yang akhirnya saya dapat atasinya sedikit demi sedikit.

saya juga ditempatkan di sebuah rumah apartment yang diberi nama pangsapuri apartment, unit 301A. saya berkenalan dengan vilbert, lih jian, rashid, zohaib [pakistani], chee yong, pratheeb, nicholas, hazim, alief dan farouk di rumah ini. chee yong mula pindah masuk pada bulan mei, pratheeb pada bulan ogos [kalau tak silap], alief juga pada bulan ogos, farouk pada bulan november. inilah ahli ahli rumah 301A yang happening sehingga mereka menubuhkan satu group di dalam facebook. saya rasa amat gembira bertemu dengan mereka

rakan saya yang mula mula menegur saya ketika di dalam kelas bernama samuel. dia telah memperkenalkan saya kepada 2 orang rakannya yang lain, ian dan jia gen. hubungan kami berempat agak baik dan mereka melayan saya seperti rakan rakan yang lain padahal saya satu satunya budak melayu di dalam kelas. mereka banyak membantu saya dan saya tidak akan melupakan jasa mereka. kami makan bersama [makan di restoran yang halal] dan belajar bersama [biasa di library]. kadang kala saya ke rumah ian yang berdekatan dengan rumah saya untuk belajar subjek calculus. saya juga berkenalan dengan kuan yong, ye nearn, kien, darryl, chun yep, kok chuan, kwan dan yu xiang. bagi perempuan, saya juga dapat berkenalan dengan whit ni, mohana, vivienne, janice, jessica, fui wern dan moon. kami semua sekelas dan seintake. mereka baik dengan saya walaupun saya seorang saja pelajar melayu di dalam kelas. tidak lupa juga, saya berkenalan dengan shafiq [sekarang sudah keluar] dan athirah [juga sudah keluar]. kami sama sama kelas english.

setelah 5 bulan [semester pertama] berlalu, saya dipertemukan dengan pelajar pelajar melayu mara. sebelum saya bertemu dengan pelajar pelajar mara yang lain pada semester kedua, saya sudah bertemu dengan aizad terlebih dahulu semasa semester pertama lagi kerana dia merupakan schoolmate saya ketika berada di saser terchenta dahulu. kemudian, saya bertemu dengan haziq, irfan, mubasyir, faris, muaz, basit dan yang lain lain. mereka cukup baik dengan saya walaupun saya bukanlah pelajar tajaan penuh mara dan juga bukanlah pelajar yang hebat seperti mereka. tapi, saat saat saya bertemu dengan mereka masih segar dalam ingatan. saya juga bertemu dengan syamir dan hakim, sama intake dengan sahabat sahabat yang lain.

sebahagian pelajar scholars mara dan jpa

pada tahun 2009, saya berpindah dari pangsapuri apartment ke rumah sewa yang terletak di ss15, berdekatan dengan masjid darul ehsan subang jaya dan subang parade. saya berpindah dari pangsapuri apartment atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan dan tinggal bersama pelajar melayu mara sehinggalah ke hari ini.

ini merupakan sebahagian rentetan sejarah ketika saya mula mula masuk ke taylor's dahulu hingga sekarang. sebenarnya ada lagi yang ingin dikongsi, tapi akan diceriterakan pada entri yang seterusnya.

beberapa gambar kenangan

ketika sedang belajar di library bersama kalkulator grafik pertama

rumah pangsapuri bagai tempat pembuangan sampah

bersama rashid [sehari sebelum dia keluar dari taylors]

kenangan bersama iguana yang telah mati

ini saja rasanya gambar gambar yang dapat dikongsi. untuk bahagian seterusnya akan saya lampirkan lagi beberapa gambar untuk tatapan para pembaca.

Monday, March 23, 2009

Aku Di Hina!

2 comments
sejak kebelakangan ini, aku asyik tidak tenteram. duduk sedikit, terasa sakit. belajar sedikit, terasa sakit. makan sedikit, terasa sakit. aku pun tak tahu apa yang terjadi pada diri aku ini.

aku rasa macam ada tak kena dengan hidup aku sejak kebelakangan ini. aku cuba meneliti kembali apa yang aku telah aku lakukan, namun jawapannya masih samar samar dan belum kutemui solusinya. semakin hari semakin sakit [hipotesis menarik]. tapi, aku dapat menanganinya dengan tabah dan dengan penuh kesabaran.

sebenarnya hal ini melibatkan sahabat sahabat aku sendiri. aku rasa seperti aku dihina. ya, dihina! mereka seperti mempergunakan aku untuk kepentingan sendiri. aku dijadikan orang suruhan, kadang kadang. mereka langsung tidak menghargai aku dikala aku menolong mereka, dikala aku menghormati mereka. namun, aku tetap tabah. aku selalu memanjatkan doa kepadaNya supaya aku menjadi orang yang cukup sabar. sesungguhnya, Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar [1:153]. jadi, solusi untuk masalah yang aku hadapi ini ialah dengan memperbanyakkan bersabar.

kadang kala aku tak faham dengan sesetengah perwatakan orang. kadang kala ok, kadang kala sebaliknya. tidak stabil. mungkin hormonnya dijangkiti kulat berkaki lapan [pelik]. ataupun hormonnya dijangkiti virus yang tempang kakinya. tidak stabil. mungkin sebab itulah perwatakan sesetengah orang berubah rubah, mengikut masa dan tempat. disebabkan perubahan perwatakan itulah yang menyebabkan aku terkesima, terasa sakit. bukan sakit tubuh badan, bukan sakit hati tapi sakit emosi.

tapi yang pasti, aku dihina sejak akhir akhir ini oleh sahabat sendiri. memang tidak secara direct tetapi secara kiasan yang sukar untuk dilihat dengan mata kasar. tapi aku tetap tabah menghadapinya, walaupun terpaksa berdepan dengan masalah masalah lain. dengan kesabaran aku ini, aku yakin, aku percaya yang satu hari nanti aku akan dibalas dengan sesuatu perkara yang lebih baik lagi.

aku tahu entri kali ini penuh dengan repekan hati yang tidak ikhlas ini. apapun aku mohon maaf kepada semua para pembaca atas ketidak masyukan entri pada kali ini.