Thursday, October 27, 2011

Jom Menari

0 comments

fuh.. lega sikit bila 3 paper dah habis. tinggal satu je lagi. alhamdulillah. tak sabar nak habiskan semua paper midterm aku untuk semester ni. serius, otak dah macam senget sikit minggu ni. memang malam esok aku nak buat tarian singa puas2. lagipun malam esok pun nak celebrate birthday my friend here in Ames, Iowa. aku suggest nak buat prank, tapi taktau nak buat prank apa. haha.. kejam en :)

malam lusa pulak ada Malaysian Cultural Night, dikendalikan oleh AMSISU (Association of Malaysian Students at Iowa State University). disebabkan last year tak pergi sebab penat balik dari tournament badminton, so this year memang tekad nak pergi. lagipun apa gunanya jadi Malaysian kalau tak support Malaysian Cultural Night, kan??

okay malas nak membebel panjang lebar. aku nak kena study for tomorrow's paper pulak. doakan aku :)

DG: alhamdulillah.. 3 done, 1 more to go :)

Sunday, October 23, 2011

Post via iPod

0 comments
hoho.. ni first post aku via ipod touch aku. dah lama dah aku cari app blogger kat app store. serius, selama ni memang tak ada pun app blogger ni, tapi tadi baru aku terdetik nak cari sekali lagi app blogger. fuh at last jumpa gak. hehe.. aku pun actually dah download app blogger kat phone android aku, tapi malas nak try. lol..

anyway, aku actually tengah bengong sekarang ni. ye la, duk study memanjang sejak pagi dan sekarang tengah malam. tension gila kot, sampai mengalir airmata. haha.. tapi takpa, insyaAllah Dia akan bantu aku. aku sangat2 yakin akan bantuan Dia. Dia Maha Pengasih dan Penyayang, masakan Dia tak tolong hambaNya yang meminta pertolongan.

okay nak lepak2 kejap sebelum sambung balik study. aku bertekad tak tidur malam ni. hoho.. harap2 aku sempat cover semua topik untuk 4 exam minggu ni. mohon doa korang. aku sangat2 risau dan cuak :\

DG: berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doamu (ayat Quran) :)

Thursday, October 20, 2011

Hey, It's New York City

0 comments
halo.. terasa sunyi je bila dah deactivate twitter dan facebook. biasanya time2 macam ni aku tweet something, takpun stalk orang kat facebook. haha.. kantoi! tapi takpa. aku cuba disiplinkan diri. next week ada 4 exam kot. kalau aku duk main twitter and facebook je, macam mana nak score. alhamdulillah, aku still ada blog dan aku still mampu untuk update blog aku. sedar tak sedar dah lebih 3 tahun dah umur blog aku ni. oh kenangan!!

anyway, aku taknak la cerita pasal blog aku kali ni. tak best la kan kalau cerita pasal blog sebab aku rasa dah banyak kali aku cerita pasal blog. so kali ni kita cerita pasal New York City. siapa2 yang tak tahu, alhamdulillah aku berjaya menjejakkan kaki aku di bandaraya metropolitan ke 8 terbesar di dunia ni dengan bilangan penduduk hampir 22 juta orang. well, nak jejak sesuatu tempat, kena la buat research sikit kan. baru je 2 bulan lepas aku ke sana. kalau korang biasa follow photo album aku kat US ni dalam facebook, mesti korang perasan gambar2 trip aku masa summer haritu. tapi sayang, gambar2 tu tak habis lagi sebab aku malas nak upload gambar2 seterusnya. actually bukan malas, tapi "malas". ada sebab musabab tertentu aku malas nak upload. dan gambar2 kat bawah ni pun aku rasa kali pertama aku tengok2 balik lepas 2 bulan aku ke trip :\

aku bukan taknak bercerita sepanjang perjalanan aku.. tapi macam ambil masa yang lama kalau nak cerita. so i guess tunjuk gambar pun dah cukup kot. ada pepatah menyebut: "a picture is worth a thousand words". so kalau sekadar tunjuk gambar2 pun dah banyak sangat info yang korang boleh dapat.

aku just nak bagi brief kat korang pasal gambar2 ni. ye la, at least korang tahu serba sikit pasal gambar2 tu. setiap susunan gambar dalam photo album ni adalah mengikut kronologi aku masa di New York tempoh hari, selama 4 hari 3 malam. sebab tu ada siang, then malam, then eh tetiba siang balik. so jangan confuse pulak bila tengok photo album ni. aku just nak bagi gambaran macam mana rupa New York. biasa kita tengok kat TV, takpun kat internet je. kali ni live melalui mata aku sendiri. oh ya, dalam album ni aku cuma masukkan 100 keping gambar je, tak muat masuk semua. total gambar yang aku snap kat New York City pun aku rasa cecah 500++. so faham2 la eh. aku pun baru first time guna slideshow picasa ni. so just nak cuba dan kalau tak best, aku boleh try benda lain pulak kalau nak share gambar.



so kalau korang dah puas tengok, terima kasih. kalau malas nak tengok, oh aku sangat2 tak kisah. lagipun siapa je nak baca blog aku. aku rasa aku buat ni pun macam syok sendiri. lol.. tapi at least aku ada blog, kau? haha.. no offence. just kidding, alright. hope korang enjoy.

btw.. doakan aku dapat buat yang terbaik for next week's exams. aku sangat2 terharu kalau korang memang mendoakan aku. insyaAllah, Allah akan balas jasa baik korang :)

DG: oh cuaknya exam next week :\

Deactivate

0 comments

bad news. aku baru je deactivate akaun twitter aku atas sebab tertentu. dan aku pun dah lama deactivate facebook aku. since aku dah deactivate both social networking account, so blog je la jadi tempat aku bersosial. haha.. lame! nah, semua ada hikmah. blog pun not bad. lagipun, twitter bagi tempoh 30 hari je sebelum semua tweet2 hilang. so untuk elak semua hilang, ada masanya nanti aku activate balik.

well blog ku, lepas ni banyak la update dari aku. so takda la lagi bersawang2 macam sebelum ni. lagipun, aku sekarang dalam usaha berjinak2 dengan DSLR. insyaAllah.. blog aku lepas ni banyak gambar2 je kot :)

DG: hope everything's gonna be fine. after all, there are reasons, better reasons behind all these. senyum.. :)

Wednesday, October 19, 2011

Benci!

0 comments

tajuk bukan main lagi kan. mesti korang fikir isi blog kali penuh dengan makian. well, sorta.. it depends on how you interpret my bad words on this post.

ada beberapa perkara aku nak bincangkan dalam post blog kali ini [ayat poyo, whatever]. kalau diikutkan memang aku nak maki je semua benda yang buat aku pressure lately. yes, pressure! aku tau korang pun pernah gak kena pressure kan, tapi agak2 pernah tak rasa pressure tahap moksha? haha.. kan term hinduism dah keluar. yup, pressure tahap moksha! sampai rasa2 dah tak tahan dah. rasa keliru, haru biru semua keluar. at the end, kalau tak mampu sangat sampai keluar airmata. fact tu boleh dikategori sebagai pressure tahap moksha. well, aku sendiri yang define term ni. so kalau nak ambik quotation tu, please cite sekali nama aku. thanks.

anyhow, aku rasa sangat2 pressure lately. pressure tahap moksha! dan semua pressure ni datang dari benci tadi. yes, benci! tak perlu kot aku define makna benci sebab i guess korang semua tahu apa maksud benci. as mentioned, pressure memang berkait rapat dengan benci, dibenci dan membenci. 2 perkataan berbeza, tapi still mempunyai sifat yang sama. jom aku explain lebih lagi.

agak2 kalau kita dibenci, kita akan dapat pressure tak? yup, tak dinafikan kita akan dapat pressure kalau kita dibenci. ye la, dibenci orang or in other word orang benci kita. i know somebody out there yang bencikan aku, yang meluat dengan aku. tapi patut ke kalau perasaan benci korang tu berkekalan sampai buat orang pressure dan sakit hati. kan lebih baik kalau tak membenci aku. apa la faedahnya membenci aku. aku tak nampak pun faedah2 tu. aku sangat2 pressure, pressure tahap moksha bila ada orang membenci aku. aku tak faham betul, kenapa korang boleh benci aku sedangkan aku cuba yang terbaik untuk jadi orang yang terbaik! serius, kenapa lately ni ramai gila orang benci aku, tak suka aku, sampai sanggup pentingkan diri sendiri dan tak fikir pun pasal perasaan orang lain. korang fikir aku ni bukan manusia, robot? suka2 hati nak mainkan perasaan orang. fikir2lah dulu sebelum korang buat camtu. aku sangat2 pressure ok. aku tak sanggup nak maki orang sebab itu bukan sifat semulajadi aku, tapi kalau dah tak tahan semua term2 pelik keluar.


next, membenci! tak dinafikan, bila kita pressure, semua benda kita benci. kerja2 kita buat, kawan2 kita, even hidup kita pun kita rasa benci sebab pressure tadi. dan ayat2 benci semua timbul,  "aku benci dengan homework ni. dah berkali2 buat, salah gak", "aku benci dengan hidup aku. kenapa dia bahagia, kenapa aku tak?" and so on. semua perasaan benci tadi timbul disebabkan pressure yang kita alami. aku sekarang memang sedang membenci sebab aku sedang mengalami pressure tahap moksha. sometimes ia buat aku jadi benci sangat2 dengan hidup aku sehingga menitis airmata. aku cuba nak overcome perasaan benci dan pressure tadi, tapi susah! benda dah berlaku depan mata, memang susah nak overcome. dan aku rasa agak lama dah aku alami semua benda ni, tapi tak ada sesiapa pun yang faham keadaan aku sebab aku rasa macam hampir semua orang pentingkan diri sendiri dan taknak fikir hidup orang lain. last2, mengalirkan airmata solusinya.

so kalau kita summarize kan apa yang aku sampaikan tadi, cartanya lebih berbentuk macam ni:

dibenci -> pressure -> membenci

itulah yang aku maksudkan dengan relationship between pressure dengan benci tadi. pressure takkan timbul kalau orang atau sesiapa membenci kita dan perasaan membenci takkan timbul kalau pressure tak ada. so untuk prevent semua ni, please sangat2 janganlah membenci orang lain yang boleh menyebabkan orang lain pressure. fikir2lah orang lain before buat something dan janganlah pentingkan diri sendiri kerana kelak sifat mementingkan diri sendiri akan memakan diri. serius! berhati2lah..

anyway, walaupun aku sangat2 pressure, Dia jugaklah tempat aku mengadu. mengalir airmata depan Dia bukan sesuatu yang rare dalam hidup aku. lagipun Dia tahu yang terbaik untuk aku dan aku redha segala2nya. aku memang yakin setiap kejadian ada hikmahnya, dan setiap hikmah ada manisnya :)

DG: term of the day, pressure tahap moksha!

Sunday, October 09, 2011

09 - 10 - 11

3 comments

whohoo.. post yang kedua untuk malam ni. aku pun tak tahu mimpi apa sampai aku post sebanyak ni [banyak ke?]. anyway.. aku saja nak post gak malam ni sebab tarikh hari ni sangat special dan best. haha.. bestkan. 9 -10 -11. ikut sequence kot..

tapi aku ada cerita lain nak disampaikan. lately ni memang aku busy gila2. what i mean gila2 tu aku study sampai jadi gila. you know, gila as in crazy. tak tahu apa nak jadi dengan aku. kerja belambak. pastu kena study lagi. sebabnya sem ni banyak gila subjek membaca dan aku memang jenis tak suka membaca. i love math anyway. sebab math boleh trial and error, membaca? apa yang kita baca, itulah yang kita kena terima dan tak boleh trial and error. okay merapu sikit..

bila aku imbas2 balik setiap post2 aku, memang tak dinafikan yang kebanyakan post2 aku berkisar pasal kehidupan aku. kenapa? sebab aku takde specific diary untuk cerita pasal aku. yes, i know, i am lame. but who cares? this is my blog, my life and get the hell out of here if you don't like me, hate me, disgust me or whatsoever. i hate you haters.. emo pulak. okay back to the topic. aku memang jenis suka tengok2 balik apa yang aku pernah tulis dulu, setiap kenangan2 dan memori2 yang pernah terpahat kat blog aku. ada yang best, ada yang tak best. ada yang buat aku gembira dan ketawa, ada yang buat aku sedih dan kecewa. tapi itulah pahit manis kehidupan. bak kata orang bittersweet. haha.. direct translation. kalau tak ada bittersweet dalam hidup kita, sumpah bosan. serius. 

anyhow, aku suka tulis2 pasal kehidupan aku sebab setiap orang ada kehidupan masing2 dan setiap kehidupan pasti ada keunikan tersendiri. because setiap orang unik. yes, undeniably, setiap orang dilahirkan unik. ada keunikan tersendiri. imagine kalau semua orang sama je dalam dunia, gila bosan. so that's why aku cuba portray kan life aku kat blog ni. haha.. yes, orang kata kalau buat camni boleh pecahkan segala bagai rahsia kita ada dan orang boleh sesuka hati judge kita. but who cares? i know orang bukan selalu pun visit blog aku, that's why aku tak kisah. hmph.. but judging me, in front of me, yang tu aku kisah. kalau kau tak suka aku, tak payah nak judge2 aku depan aku. pantang hidup aku! kalau nak mengumpat/gossip, tu kau punya pasal. siapa suruh pun, aku tak suruh. pastu tanggung la dosa tu sendiri.

okay.. memang macam post yang emo pulak malam ni. maybe sebab aku banyak tekanan kot lately. dan aku rasa menulis blog ni one of cara untuk melepaskan tekanan tadi. rasa lega pun ada bila aku tulis ni semua. patutnya topik asal nak cerita pasal pahit manis kehidupan aku dalam blog aku. okay, back to topic.

as mentioned earlier, aku jadikan blog aku macam diary aku. cuma aku tak letak "dear diary, bla bla..". and ianya jadi best bila kita imbas balik dan kenang balik masa2 silam kita. tak dinafikan, aku memang suka kenang balik apa yang berlaku. tapi ada consequencenya, sebab bila terkenang benda yang pahit, terasa sakit sangat nak telan. tapi bila terkenang benda yang manis, tersenyum sampai tak ingat dunia. at least kita boleh belajar dari kenangan2 tersebut. as we all know, kenangan dan memori tu sama macam sejarah. dan kalau kita nak improve diri kita, kita kenalah belajar sejarah tu. 

hidup ni penuh dengan onak dan duri. tapi walau apa pun kita kena juga tempuh walaupun ianya pahit. aku memang tak suka benda2 pahit dan semua orang nakkan benda2 manis. itu sudah semestinya. tapi kadang2 kita tak boleh elak benda2 yang pahit. nak taknak, kena tempuh gak. maybe aku mengalami sesuatu yang pahit sekarang, tapi aku yakin kehidupan yang lebih manis akan menggantikan kepahitan yang aku alami ni. lagipun aku ada Allah yang boleh jadi tempat aku mengadu. cuma bila tak dapat sesuatu yang instant tu la buat kita meronta2. tapi takpa, setiap kejadian ada hikmahnya dan aku memang sangat2 yakin hikmah tu lebih manis daripada apa yang kita sangka..

DG: oh luahan hati, kenapalah kat sini jugak kau luahkan. and kepada haters, get the hell out of here. i know somehow entah camne kau boleh tersesat kat sini.

Bilalah Aku Nak Jadi Femes

0 comments


hoho.. tajuk kemain lagi. aku saja je actually, takde niat pun nak jadi femes. tapi kalau ada rezeki, why not right? okay this is just a short post. aku just nak alert korang, yes korang yang membaca blog ni. aku ada edit sikit blog aku. aku baru je tambah butang tweet for twitter dan share for facebook, plus butang like for facebook gak. so kalau korang memang jenis suka share post2 orang kat social networking korang, at least aku buat something untuk memenuhi kehendak tu, walaupun aku tahu siapalah yang nak baca blog aku ni. i know, blog aku tak sehebat blog2 orang lain. but at least aku ada blog okay.. emo pulak.

well this is the screenshot. aku letak semua butang tu kat bawah supaya tak ganggu post aku. hehe..


okay, as mentioned earlier, post kali ni pendek je. just nak inform korang pasal butang2 tu. kalau korang nak tanya apa2 ke, pasal camne nak buat macam aku tu, boleh la contact2 aku. sorry, facebook dah takde, and aku aktif kat twitter. so nak tanya kat sini boleh, kat twitter pun boleh. no hal bro. gua memang cool je. hoho..

DG: aku tahu memang takde siapa pun nak tekan butang2 tu. i know..

Sunday, October 02, 2011

Friends

0 comments


lepas aku stalk blog kawan2 aku, terjumpa pulak satu quote ni pasal kawan.


sesekali jadilah kawan yang mendengar dari hanya bercerita. ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan  kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. jadilah kita kawannya itu. kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu... tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.


termenung sejenak bila aku membaca quote ni. yes, tak dinafikan aku ada ramai kawan disekeliling aku. ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang real friend, ada juga yang fake friend. ramai! tetapi tak semua orang boleh kita share perasaan kita. tak semua orang sanggup mendengar apa yang kita nak kongsikan. kebiasaannya real friend atau true friend saja yang sanggup mendengar segala luahan hati kawan2nya. aku tak rasa kita sanggup share perasaan kita dengan fake friend, orang yang depan kita baik, tapi dibelakang mengutuk kita, mengumpat kita etc.

jika kita ingin menjadi seorang kawan yang baik, jadilah seorang pendengar yang baik. real friend sanggup mendengar segala luahan hati kawan2nya. dia juga sanggup memahami perasaan kawan2nya, terutama ketika susah. tetapi janganlah jadi kawan seperti kata2 ini: "berkawan dengan kita apabila kita hidup senang, dan meninggalkan kita apabila kita hidup susah". kawan2 sebegitu bukan real friend. erti kata lain, fake friend dan mereka ni hanya menumpang kesenangan dan kegembiraan kita tatkala kita hidup senang, dan membuang kita tatkala kita hidup susah. berkawan biarlah bukan hanya pada masa2 tertentu. sebaliknya berkawan sepenuh masa, tak kira semasa waktu susah atau senang. itulah real friend yang sebenarnya.

apabila kita berkawan, eloklah kita selami kisah suka duka, pahit manis kehidupannya. mungkin dia nampak sentiasa ceria dan gembira, padahal dia sebenarnya terseksa jiwa dan raga. buang perasaan pentingkan diri dan sentiasa melebih2kan kawan2 kita. sebenarnya kawan2 kita inilah yang akan menjadi kekuatan kita ketika kita berasa sedih dan kecewa. tanpa mereka, kita mungkin akan sentiasa berada dalam kesusahan dan kekalutan. kalau ikut falsafah hidup aku pasal kawan, aku sanggup buat apa saja untuk kawan2 aku dan kadang2 aku melebih2kan kawan2 aku daripada diri aku sendiri, terutama kawan2 yang rapat dengan aku. aku tak kisah aku hidup merana, asalkan kawan2 aku hidup bahagia.

jadi, marilah kita menghargai dan mengenal erti persahabatan itu. bukan susah pun untuk menghargai persahabatan yang telah terjalin. jangan pula ketika dia masih hidup, kita melupakan dia dan apabila dia mati, kita mencari2 dia. ingat, kawan, sahabat dan teman adalah anugerah Tuhan paling berharga selepas ibubapa kita. kisah pahit manis, suka duka kita bersama kawan2 kita akan sentiasa terpahat di dalam memori kita. kita pun tahu, hidup di dunia ini hanya sementara. gunalah saki baki masa yang ada ini untuk menghargai dan menyayangi kawan2 kita agar kita semua sentiasa hidup ceria dan bahagia selama2nya :)

quote di ambil dari blog Irfan.

DG: aku sayang sangat kawan2 aku. tanpa mereka, siapalah kita..