Wednesday, December 31, 2008

Tahun 2009?

0 comments
alhamdulillah, kita telah pun berada di dalam tahun 2009. semoga azam baru kita untuk tahun 2009 dan juga tahun 1430H ini akan terlaksana dengan jayanya.

ini sahaja refleksi yang saya dapat ingat. saya amat berharap agar tahun 2009 dan tahun 1430H ini lebih bermakna dan lebih baik daripada tahun tahun sebelumnya.


mungkin orang lain sedang sibuk dan bersiap sedia pada malam tahun baru untuk menyambut tahun baru 2009, tapi saya sekeluarga merapatkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan di eye on malaysia pada malam tersebut.



sekadar perkongsian. kita sepatutnya berasa simpati terhadap saudara saudara kita yang ditembak, dibom, disembelih dan sebagainya di bumi palestin. ayuh, bersama samalah kita berdoa agar mereka sentiasa mendapat rahmat dan berkat daripada Allah dan berjaya menentang dan memerdekakan negara mereka daripada anjing zionis yang sememangnya kejam dan tidak berperikemanusiaan.


hidup palestin!

kita sememangnya perlulah mengambil berat tentang saudara saudara kita di bumi palestin ini kerana mereka juga merupakan saudara saudara seislam kita juga. Rasulullah saw pernah bersabda:


barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang hal ehwal umat Islam maka dia bukanlah dari umatku.


maka, renung renungkanlah hadis di atas. akhir kalam, pastikan azam baru kita untuk tahun 2009 dan tahun 1430H ini akan terlaksana dengan jayanya dan mari bersama sama mendoakan kejayaan saudara kita di bumi palestin menentang penjajah yahudi yang zalim dan kejam. rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan


SELAMAT TAHUN BARU 2009


Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

2 comments

saya cuma mahu mengucapkan salam maal hijrah dan selamat tahun baru 1430H kepada semua pembaca blog ini serta kepada seluruh umat Islam di dunia ini. semoga hidup kita pada tahun 1430H ini sentiasa diberkati dan dirahmatiNya dan semoga tahun 1430H ini juga kita menjadi lebih baik daripada tahun tahun sebelumnya, amin. pastikan azam kita untuk tahun baru ini lebih bermakna dan lebih baik daripada azam kita pada tahun tahun sebelumnya. akhir kata, bersama samalah kita berubah menjadi lebih baik pada tahun 1430H ini supaya kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.

SALAM MAAL HIJRAH


Apa Ini?

2 comments
...

...

hurm hurm hurm

saya sebenarnya mahu berkongsi beberapa gambar yang saya rasa pelik-tapi-benar dan lucu-tapi-tak-terkeluar-bebola-mata ketika saya berada di alor star, kedah tempoh hari.

baik, mari kita lihat gambar pertama ini.


cuba kamu perhatikan betul betul gambar ini. apakah? adakah ini sebuah ambulans atau sebuah lori? agak pelik bukan. pasti para pesakit takut untuk menaiki ambulans ini.

gambar kedua


masa mula mula terlihat tulisan yang terpampang ini, saya tergelak keseorangan. saya mula berfikir, adakah orang akan datang ke 'klinik' ini? tukang gigi? agak lucu juga. sepatutnya klinik gigi bukan? mesti orang tidak mahu datang ke klinik gigi ini. bunyinya agak menakutkan. biasanya perkataan 'tukang' ini berkaitan dengan pertukangan yang melibatkan alatan alatan seperti gergaji, pahat dan tukul.

tidak mengapa. biarkan saja.

gambar ketiga.


ketika saya lihat perkataan yang terpampang ini juga saya tergelak keseorangan, ibarat orang gila. cuba kamu baca betul betul. everybody tukang jahit? ops, maaf. saya tidak mahu menjadi tukang jahit. saya mahu menjadi seorang engineer, bukan tukang jahit.

baik, ini saja gambar gambar yang saya sempat tunjukkan. bagi saya, gambar gambar ini agak pelik-tapi-benar dan lucu-tapi-tak-terkeluar-bebola-mata. tapi apa pula bagi kamu?

ini saja entri untuk hari ini. sekian.

Friday, December 26, 2008

Buatmu Yang Bernama Sahabat

0 comments
Buatmu Yang Bernama Sahabat

sahabat,
kau pengisi kesunyiaanku,
kau pendorong kejayaanku,
kau penyelesai masalahku,
kau sukar ku cari ganti,
walau sejuta kau yang satu,
yang sanggup berkongsi segalanya,
suka duka, pahit manis kita bersama,
masihkah kau ingat?

sahabat,
biar bintang hilang wananya,
biar bulan hilang serinya,
biar pelangi hilang coraknya,
jangan kita hilang hubungan,
hubungan yang terjalin atas dasar ukhwah,
yang terjalin secara rela,
bukan untuk seketika,
bukan juga sementara,
tapi untuk
selamanya...


SALAM UKHUWAH



sajak ini dituju khas kepada semua sahabat sahabatku yang mengenali diriku ini. semoga hubungan ukhuwah yang terjalin berkekalan selama lamanya. ingatlah, kita bersahabat biarlah kerana Allah. Nabi saw pernah bersabda:


dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:


ada 7 golongan yang dilindungi oleh Allah di bawah naunganNya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya, iaitu: pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dengan ibadah kepada Allah, seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid, dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik tapi ia mengatakan: aku takut kepada Allah, seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahsiakannya sampai tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah dalam kesendirian, lalu menitiskan air matanya.

[hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

kepada sahabat sahabatku sekalian, renung renungkanlah hadis sahih di atas. akhir kata, semoga ukhuwah antara kita terjalin erat kerana Allah untuk selama lamanya.


p/s: petikan sajak daripada blog saudara fakhrul

Tuesday, December 23, 2008

Ana Uhibbu Ukhuwah Fillah

0 comments

di sini saya cuma mahu memaklumkan bahawa saya mungkin tidak akan menyambung lagi kisah pengembaraan saya ketika berada di alor star, kedah tempoh hari atas sebab sebab tertentu yang mungkin tidak boleh disiarkan di dalam blog ini.

kepada mereka mereka yang mengikuti pengembaraan tersebut, saya sebagai penulis ingin memohon maaf atas masalah yang berlaku.

sebelum saya mengundurkan diri, cuba kamu renung renungkan ayat bahasa arab ini:

Ana Uhibbu Ukhuwah Fillah, Lakin Ana Karahal Ukhuwah Fill ZAKIUN Wa Fill MAZHARUN

maaf, ayat ini ditranslate bulat bulat oleh penulis dan kemungkinan terdapat kesalahan pada ayat ini. tetapi ayat ini memberi makna tersirat yang cukup mendalam. kepada sesiapa yang hebat dalam bahasa arab, cuba kamu translate ayat di atas dan renung renungkanlah maksud tersiratnya.

jika terdapat kesalahan yang nyata pada ayat di atas, kamu boleh memperbetulkannya di ruangan ulasan.

p/s: sekali lagi, saya memohon maaf kepada sesiapa yang mengikuti kisah pengembaraan saya ketika berada di alor star, kedah kerana saya mungkin tidak akan meneruskan lagi kisah pengembaraan tersebut di dalam blog ini. sekian.

Wednesday, December 17, 2008

Pengalaman Mengajar Saya Erti Kehidupan [Bahagian 2]

0 comments
setelah berehat sebentar dan mengenangkan kembali riwayat hidup iguanaku [lihat entri sebelum ini], saya mahu meneruskan pengembaraan saya ketika berada di alor star, kedah.

Tarikh: 11 Disember 2008
Hari: Khamis


...

...

8.00 pagi

kami sekarang masih berada di dalam tren. walaupun masih berada di dalam tren, kami telah pun berada di dalam negeri kedah. dan saya sempat merakam keadaan di dalam ketika tren masih bergerak lagi.

video

8.10 pagi

akhirnya kami sampai juga di stesen ktm alor star. memang terasa amat penat. apa tidaknya, 12 jam berada di dalam tren.

video

beginilah rupa dan panjangnya tren yang kami naiki ini. pada waktu ini kami telah pun turun dari tren tersebut dan berada di stesen ktm alor star, kedah. kemudian, kami ke bank untuk mengeluarkan wang perbelanjaan kami ketika berada di alor star. setelah selesai urusan wang perbelanjaan, kami ke gerai makan berdekatan untuk menikmati hidangan sarapan kami.


video

kami hanya berjalan kaki sahaja ke setiap tempat tempat yang kami tuju ini. menu hidangan sarapan saya pada pagi ini ialah nasi goreng dan milo panas. mmm...agak sedap.


ini hidangan sarapan kami

setelah selesai menikmati hidangan sarapan kami pada pagi ini, kami ke pusat penerangan pelancongan negeri kedah yang terletak dalam kawasan bandaraya alor star dan tidak jauh dari tempat kami makan tadi. di sana kami cuba mendapatkan peta alor star dan juga beberapa pamphlet yang berkaitan dengan pelancongan samada di negeri kedah sendiri mahupun di seluruh malaysia.

inilah pusat penerangan pelancongan negeri kedah

berehat sebentar di pusat penerangan pelancongan

9.30 pagi


kami ke hotel yang telah pun ditempah oleh kami iaitu hotel samila. agak berpatutan juga harganya. sebenarnya terdapat dua jenis bilik di hotel ini iaitu bilik deluxe dan bilik premier yang mana bilik premier lagi mahal harganya disebabkan bilik premier lebih selesa daripada bilik deluxe. jadi kami memilih bilik premier kerana inginkan keselesaan, bukan yang murah tapi kurang selesa. kami check-in dalam pukul 10.00 pagi dan merehatkan diri di dalam bilik 401, nombor bilik kami di hotel samila, alor star.

hotel samila

bilik 401

katil kami di dalam bilik 401

walaupun hotel ini hanya 3 bintang saja, tapi cool juga. lihat.


masuk guna kad. bukan teruja-sampai-terkeluar-biji-mata,
tapi nampak cool lah kalau hotel 3 bintang guna kad macam ini.

kebiasaan hotel 3 bintang guna kunci, even sesetengah hotel 5 bintang yang pernah saya jejaki juga menggunakan kunci untuk masuk ke dalam bilik. dan hotel ini berusia 19 tahun, masakan hotel yang agak lanjut usianya menggunakan kad seperti ini. tidak mengapa dan saya tahu, kamu pasti kata : "dunia dah maju".

2.00 petang

kami memulakan perjalanan kami di alor star pada petang ini. mula mula kami ke menara alor star yang terletak bersebelahan hotel kami. tapi tidak masuk dahulu kerana tidak lunch lagi. jadi kami pun mencari cari restoran berdekatan untuk mengisi perut kami yang kosong ini. pusing dan pusing, akhirnya kami buat keputusan untuk makan di kafeteria di wisma persekutuan, bersebelahan dengan hotel kami.

sebaik sahaja selesai makan tengah hari di kafeteria tersebut, kami ke menara alor star semula. apabila kami tiba di kaunter tiket, kami dapati harga tiket bagi dewasa ialah sebanyak RM 6 manakala harga tiket bagi pelajar yang membawa ID card hanya RM 4. disebabkan kami berdua membawa ID card, jadi niat kami untuk masuk ke menara tersebut terpaksa ditangguhkan dan kami bercadang untuk ke menara tersebut semula pada malam ini kerana menara tersebut ditutup untuk orang ramai tepat jam 10.00 malam.

tapi kami sempat mengambil beberapa gambar di sekitar menara ini dan merakam kawasan sekitar menara alor star ini.

video

menara alor star ini terletak di dalam kawasan dataran bunga raya. dataran bunga raya adalah sebuah taman yang meliputi seluruh kawasan menara alor star.

inilah menara alor star.

saya bersama replika menara alor star

disebabkan kami terpaksa tangguh dahulu untuk masuk dan naik menara alor star, jadi kami ke tempat tempat menarik atau tempat tempat pelancongan di sekitar alor star seperti mahkamah [sekarang menjadi galeria sultan abdul halim mu'adzam shah], balai nobat, menara jam, balai besar dan muzium diraja kedah. kesemua tempat tempat menarik ini berdekatan antara satu sama lain dan amat dekat dengan hotel kami.

haih! haziq ambil gambar saya senget

balai nobat

menara jam

saya di hadapan balai besar

muzium diraja kedah

saya bersama meriam yang terdapat di halaman muzium



7.00 malam

setelah bersiap siap, kami ke masjid zahir. masjid zahir merupakan masjid negeri kedah dan juga masjid diraja kedah. kami menunaikan solat maghrib dan solat isyak secara berjamaah serta membaca surah yaasin beramai ramai.


masjid zahir

selepas selesai semua agenda di masjid zahir, kami mencari cari restoran di sekitar bandaraya alor star. setelah bertanya orang di mana restoran yang sedap-lazat-enak makanannya, akhirnya kami makan di sebuah restoran, agak jauh dari hotel kami. pada malam itu, menu makan malam kami ialah nasi kandar. orang utara saja yang pandai buat nasi kandar ini. nasi kandarnya juga agak sedap-lazat-enak.


nasi kandar dan sirap bandung

kami balik ke hotel setelah selesai makan malam. di sini saya selitkan beberapa gambar bandaraya kedah pada waktu malam.


menara alor star pada waktu malam [dari jauh]

balai besar

hotel samila terletak berdekatan dengan menara alor star

kami pun tiba di hotel samila. malam itu kami berehat di hotel. plan kami untuk ke menara alor star terbantut kerana kesuntukan masa. jadi kami cadang untuk pergi ke menara tersebut esok saja.

12.00 tengah malam

akhirnya kami melelapkan mata pada saat ini.

...

...

bersambung...



p/s 1: kisah pengembaraan ini akan bersambung pada entri entri selanjutnya.
p/s 2: segala kisah pengembaraan yang diceritakan adalah kisah benar dan bukannya rekaan semata mata.

p/s 3: kalau kamu perasan, gambar gambar balai nobat dan balai besar ada di dalam buku teks sejarah.

Akhirnya Tamatlah Riwayat Raksasa Hijauku

2 comments

saya baru saja tanam binatang peliharaanku ini di hadapan rumah. agak sedih juga bila mengenangkan semula riwayat hidupnya. saya telah menjaganya dengan sebaik baiknya, tapi dengan takdir Allah dia menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

spesis binatang ini dipanggil sebagai green iguana yang kebanyakannya boleh ditemui di amerika latin. saya memang betul betul berusaha untuk membelanya dan menjaganya dengan penuh kasih sayang, walaupun ianya hanya makhluk Allah yang biasa.

:: cerita lama ::


"aku tengok binatang tu macam nak mati je. tak ada sapa sapa ke nak jaga,"

"tu la pasal. si joe tu tinggalkan camtu je. dah sekarang, tak ada sapa sapa nak jaga binatang tu,"

"la, iye ke,"

"kitaorang cadang nak jual je binatang tu, daripada terbiar camtu je,"

"hmmm...."

...


...

...

"apa kata kalau aku yang jaga?"

"betul kau nak jaga?. seriously?"

"aah. boleh tak? aku macam teringin pulak nak bela. boleh
eh?"

"bela la kau. aku tak kisah pun."


[ini dialog penulis dan penggunaan kata ganti diri 'aku' dan 'kau' terpaksa digunakan bagi memudahkan para pembaca]


itulah kisahnya bagaimana saya dapat menjaga binatang tersebut. daripada iguana itu dijual, entah siapa siapa yang menjaganya nanti, lebih baik saya yang bela. saya memang bersungguh sungguh membela dan menjaganya.

tapi sejak saya bawanya pulang ke rumah saya di seremban, dia mula berubah. kurang makan dan kurang minum dan sejak beberapa hari yang lepas dia langsung tidak makan dan minum dan asyik melelapkan mata saja. pada mulanya saya ingatkan dia sudah mati, tapi masih bergerak lagi apabila dipegang atau disentuh. saya ingatkan mahu bawa dia ke klinik haiwan semalam [hari selasa bersamaan 16 disember 2008], tapi rasa malas pula dan ingin membawanya ke klinik hari ini. tapi dengan takdir Allah dia mati pada hari ini.

saya mula sedar dia mati selepas subuh pagi tadi. saya cuba memegangnya, tapi dia tidak bergerak langsung dan kaku sahaja. tahulah saya yang dia sudah pun mati. agak sedih bila saya tengok dia mati dalam keadaan begitu dan saya rasa amat menyesal kerana tidak membawanya ke klinik haiwan semalam. tapi saya sentiasa berfikir bahawa setiap apa yang berlaku semuanya ada hikmahnya dan saya ambil iktibar dan pengajaran daripada kesilapan saya ini.

di bawah ini saya selitkan beberapa gambar iguana saya di pangsapuri apartment, subang jaya semasa dia masih hidup.

dia sedang makan sawi yang diberi

dia sedang berusaha memanjat batang kayu di dalam sangkarnya

dia sedang berehat di atas batang kayu tersebut

inilah beberapa gambar yang saya sempat saya selitkan. bila melihat semula gambar gambar di atas memang terasa agak sedih. walaupun saya masih tidak memberi nama lagi, tapi saya tetap akan ingat binatang peliharaanku ini selama lamanya.

Monday, December 15, 2008

Pengalaman Mengajar Saya Erti Kehidupan [Bahagian 1]

0 comments
Tarikh: 10 Disember 2008
Hari: Rabu

[kembara ini bermula pada pukul 12.00 tengah hari]

...

...


12.00 tengah hari


saya menunggu ibu saya. dia sedang bersiap siap untuk menghantar saya ke stesen ktm seremban. semua barang barang yang akan dibawa telah saya sumbatkan ke dalam kereta. semuanya sekali. selang beberapa saat, ibu saya sudah siap sedia untuk menghantar saya dan kami berdua masuk ke dalam kereta.

setibanya saya di stesen ktm seremban, saya membeli tiket dan menunggu tren yang akan membawa saya ke kl sentral, kuala lumpur. sementara menunggu tren tersebut, saya mengeluarkan handset saya. saya bermesej dengan sahabat saya.

helmi : salam. ziq, pastikan kau dh ada kt kl sentral dlm pkul 5.30-7.00. tren yg kte naik tu bertolak sharp pkul 8.00. lg satu, jgn lupa bwk tiket tren, nti x dpt naik tren plak. k, salam.

[penggunaan kata ganti diri 'aku' dan 'kau' serta penggunaan perkataan perkataan short form terpaksa digunakan supaya tampak lebih realistik]

[semua ayat ayat yang terkandung di dalam mesej adalah ayat ayat yang diambil bulat bulat dari handset penulis sendiri]

tren tiba. saya menaiki tren tersebut. selepas satu setengah jam, tren tiba di kl sentral. tanpa melengahkan masa, saya terus meletakkan beg di dalam locker dan bergegas ke stesen monorel kl sentral. saya mahu ke berjaya plaza dan plaza low yat. ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan di sana.

...

...


6.00 petang

saya tiba di kl sentral setelah pulang dari berjaya plaza dan plaza low yat. saya bergegas ke surau tambahan kl sentral setelah mendapat mesej dari sahabat saya. kami bertemu di surau tambahan tersebut.

...

...

setelah kami menikmati hidangan makan malam di food court kl sentral dan solat jama' qasar maghrib isyak di surau tambahan kl sentral, kami bersiap sedia ke platform 1 kerana tren yang akan kami naiki berada di platform 1.

8.00 malam

kami mengambil tempat di dalam tren. masing masing senyap. mulai dari saat ini, bermulalah kembara kami yang sebenar. kembara yang mungkin tidak akan saya lupakan. kembara yang penuh dengan cabaran, dugaan dan rintangan. kembara yang mengajar saya erti kehidupan. kembara ini kami gelarkan sebagai KEMBARA ALOR STAR.

mengapa alor star? ini kerana destinasi yang akan kami tuju ini ialah ibu negeri kedah ; alor star. mengapa bertolak pada waktu malam? tren ke alor star ini hanya available pada waktu malam sahaja. mengapa tidak ke tempat lain? haih! banyak pula persoalannya. dah dah saya mahu teruskan menulis blog ini.

8.10 malam

tren mula bertolak. wah! saya betul betul teruja. terasa amat seronok. gembira. sungguh. serius.

ketika berada di dalam tren, kami berdua buat hal masing masing. samada mendengar mp3, membaca buku, termenung jauh ke luar tingkap ataupun berbual bual. memang agak bosan ketika berada di dalam tren. apa tidaknya, perjalanan dari kl sentral ke stesen ktm alor star mengambil masa hampir 12 jam.


inilah gambar kami pada malam pertama ketika berada di dalam tren


[sesiapa yang fikir bukan bukan dengan perkataan 'malam pertama', baik kamu minta maaf segera di ruangan 'Lets Talk Puas Puas' atau di ruangan comment. jika tidak kamu dikira memfitnah saya dan haziq dan ianya boleh mendatangkan dosa. ini jelas menunjukkan hati hati kamu masih perlu dibersihkan lagi]

[kamu boleh rujuk blog sahabat saya, hisham yang berkaitan dengan hati ini]

...

...

bersambung...


p/s 1: kisah pengembaraan ini akan bersambung pada entri entri selanjutnya.

p/s 2: segala kisah pengembaraan yang diceritakan adalah kisah benar dan bukannya rekaan semata mata.

Sunday, December 14, 2008

Kepada Ms Raihan

0 comments
...

...

haih! saya tahu saya ditag oleh kamu. tapi maaf, saya akan post entri tag kamu itu lain kali. buat masa ini saya mahu post beberapa entri lain yang saya rasa perlu dipost segera. boleh kan?

sekali lagi, maaf!

Sunday, December 07, 2008

Salam Aidiladha

0 comments

alkisah sultan muhammad helmi zulkifli dari negeri maggistan, bersebelahan dengan negeri kazakhstan dan negeri turkmenistan ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat di malaysia dan di seluruh dunia. titahnya lagi, semoga semua umat islam di dunia ini sentiasa mendapat rahmat daripada-Nya.

sultan muhammad helmi zulkifli sekarang sedang bersemayam di istananya sambil ber'ym' dengan rakan rakannya. tampaknya beliau sangat sibuk ber'ym'. jadi beliau tidak mahu diganggu dan berucap lagi. jika saya masih berdegil mahu mengganggunya, beliau pasti akan menghukum saya dengan hukuman yang agak berat, tiup belon sampai pecah dan isi air dalam botol. sampai di sini saja perutusan dari negeri maggistan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia terutama sekali di malaysia. sekian, harap maklum.

SALAM AIDILADHA


Saturday, December 06, 2008

Kadangkala Membongkarkan Rahsia Lebih Baik Daripada Menyimpannya

0 comments


tik...

tok...

tik...

"oh oh, dah pukul 5.15 rupanya,"

saya bangun. pergi bilik air. basuh muka. ambil wudhu'. solat tahajjud. oh oh solat hajat sekali. moga moga saya mendapat keputusan yang baik untuk semester kedua ini, amin.

azan berkumandang. saya solat subuh. hurm hurm mengantuk lagi.

...

...

...

"eh eh dah pukul 8.30,"

saya bangun. pergi bilik air. mandi. seronoknya mandi pagi. mandi pagi terakhir di pangsapuri apartment, subang jaya. oh oh hari ini mahu mandi lama lama. mandi pagi terakhir katakan.

maaf, beberapa part ketika dan selepas mandi tidak dapat diceritakan di dalam blog ini dan jangan pula kamu fikir yang bukan-bukan. fullstop.

saya mengenakan pakaian yang cukup kemas hari ini. apa tidaknya, pagi terakhir di pangsapuri apartment, subang jaya. oh oh mahu pakai perfume banyak banyak.

perhatian, perfume yang dipakai oleh penulis adalah perfume untuk lelaki, bukan untuk wanita.

saya check semula barang barang yang akan dibawa pulang. hari ini saya keluar dari pangsapuri apartment kerana mahu tinggal bersama sama sahabat sahabat yang baik baik belaka.

roommate bermasalah sedikit dan saya dah tak boleh tahan lagi. mahu keluar serta merta. fullstop.

jadi saya mengambil keputusan untuk keluar dari unit tersebut, tanpa pengetahuan daripadanya. saya tahu, lambat laun dia akan tahu juga.

saya check dan check semula semua barang barang saya, takut takut ada barang yang tertinggal. kalau tertinggal, susah pula. walaupun kunci akan saya serahkan pada tahun hadapan, tapi kalau boleh saya mahu semua barang barang saya dikeluarkan dari unit itu pada hari ini juga.

setelah meneliti setiap barang barang yang akan dibawa pulang, saya menghadap laptop saya. saya mahu main games sepuas puasnya sementara menunggu ibu dan ayah saya datang menjemput saya. saya bermain dota bersama sama housemate saya, bukan roommate. sekali lagi, bukan roommate. chee yong namanya. seronok. serius. sudah lama saya tidak bermain dota.

...

...

:: cerita lama ::

"oh oh ramainya yang mahu keluar dari unit ini,"

"betul betul. nanti dah tak meriah dah unit ini. mesti bosan lepas ini,"

"hurm hurm, nanti nanti kita buat la gathering. boleh jumpa balik,"

...

...

...

ring ring

ibu saya call. sudah sampai katanya. saya bawa semua barang barang saya ke kereta dan sumbatkan semuanya. sebelum saya bertolak pulang, saya berjumpa dengan housemate saya, chee yong dan ucap selamat tinggal padanya. sepatutnya ada lagi seorang, lih jian tapi dia sedang tidur. tidak mengapa. saya sampaikan ucapan selamat tinggal kepada lih jian melalui chee yong.

"see you next year. take care. bye."

perlahan lahan kereta ayah saya keluar dari perkarangan pangsapuri apartment. saya berasa amat terharu. selama hampir 10 bulan saya tinggal di pangsapuri apartment dan pelbagai kisah suka dan duka tercipta di sini. saya tak akan lupa segala kenangan pahit dan manis di apartment ini. sungguh. dan saya akan mulakan hidup yang baru di rumah yang baru tahun depan. harap harap sebahagian kenangan kenangan di pangsapuri apartment berulang kembali di rumah baru akan datang.

Thursday, December 04, 2008

Kembali Menggegarkan Dunia Blog

2 comments
...

...

...

akhirnya tamat sudah final exam bagi semester fall tahun 2008. sepatutnya saya mahu post entri ini semalam kerana saya habis final exam semalam, tetapi semalam saya terasa amatlah malas dan mahu merehatkan otak dan minda setelah berhempas pulas mengulangkaji pelajaran berminggu-minggu lamanya.
.
hari ini, dengan bangganya, saya kembali menggegarkan dunia blog setelah berhibernate selama hampir 2 minggu. jadi, disebabkan saya bercuti bermula dari hari ini, saya akan mengepost lebih banyak entri baru untuk mengisi masa lapang semasa cuti semester ini dan juga mengalahkan sahabat saya, haziq. [lihat post ini]
.
akhir kalam, mari bersama-sama menggegarkan dunia blog!
.