Monday, March 19, 2012

Kita Pernah Dilukai Dan Melukai

0 comments


Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan
terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi
Sampai Allah memanggil:
“Waktu untuk PULANG”



Muhasabah Diri

0 comments
bila aku dengar je perkataan muhasabah, satu perkara yang terlintas kat fikiran aku adalah perubahan diri. kita pun sedia maklum bahawa muhasabah bererti refleksi diri atau mengimbas kembali dengan apa yang telah kita lakukan. tak dinafikan bahawa tiada sesiapa pun yang diciptakan sempurna dalam dunia ni, even para Rasul pun pernah melakukan kesilapan. jadi kita sebagai manusia biasa semestinya pernah melakukan kesalahan dan kesilapan. tapi persoalannya sekarang, adakah kita suka melakukan kesalahan tersebut berulang2? 

kita pun tahu, Allah dan RasulNya suka akan kebaikan dan menolak kejahatan. disebabkan itulah kita sebagai manusia biasa perlu untuk sentiasa muhasabah diri dan mengimbas kembali segala kesilapan dan kesalahan yang pernah kita lakukan. setelah kita muhasabah diri, perubahan diri diperlukan untuk memastikan kita sentiasa berada di landasan yang benar. contohnya, kalau kita asyik ditimpa kesusahan, baik dalam kehidupan mahupun dalam pelajaran. jadi kita perlulah muhasabah diri kita balik apa yang telah kita lakukan. mungkin kita pernah melakukan satu perbuatan yang berdosa sehingga kita ditimpa kesusahan tersebut. jadi langkah seterusnya adalah melakukan perubahan diri, yakni bertaubat dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan yang berdosa tersebut. dengan perubahan diri tersebut, insyaAllah kita akan dihilangkan atau diringinkan kesusahan tersebut dengan syarat kita ikhlas untuk berubah. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia sayangkan hamba-hambaNya. masakan Dia akan terus meneruskan menimpakan kita dengan kesusahan tersebut tanpa sebab, kan?

memang aku sedar bahawa aku telah melakukan banyak kesalahan dan kesilapan dalam hidup aku. baik kesalahan terhadap Allah mahupun kesalahan sesama manusia. tapi aku tak berputus asa untuk terus memajukan diri dengan muhasabah kembali terhadap apa yang telah aku lakukan dan berubah menjadi seorang insan yang lebih baik. tak dinafikan bahawa aku terasa aku sangat2 diuji oleh Allah baru2 ini. tapi sikit2 aku cuba merungkai kenapa aku ditimpa ujian tersebut. alhamdulillah, baru ku sedar kenapa aku ditimpa ujian tersebut. aku cuba buka mata aku seluas mungkin untuk melihat kesilapan yang pernah aku lakukan. kadang2, aku terlalu menunding jari sehinggakan aku lupa bahawa aku juga melakukan kesilapan tersebut. bahkan, kesilapan aku itulah yang menjadi penyebab masalah2 tersebut.

kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa muhasabah diri dan terus menerus melakukan perubahan diri agar kita dapat terus memajukan diri sendiri dan menjadi seorang insan yang lebih baik, baik di mata Allah mahupun di mata manusia.