Tuesday, December 21, 2010

Alahai...

3 comments
alahai apa nak jadi dengan binatang peliharaan baru aku kat Ames ni. agak tragis la kisah riwayat hidup si comel aku ni.

:: flashback ::

aku pergi gunting rambut hari tu kat All Cuts Hair Center, Campustown, Ames. whoa.. first time weh gunting rambut kat Ames ni. lepas gunting gunting rambut, borak borak dengan barber tu, aku decided la nak pergi kedai haiwan The Ark Pet Shop, kat belakang kedai gunting rambut tu je. oh-oh, aku saje nak usha usha apa yang ada kat pet shop tu. satu satu haiwan aku usha, especially bahagian exotic pets la. oh-oh, korang tau tak yang aku suka bela haiwan exotic. exotic? alah, haiwan pelik pelik, rare rare tu la.

anyway, balik pada cheritera aku tadi. pergh, aku tertarik la pulak kat haiwan sekor ni. comel dowh. serius. tau apa dia? ular sawa! atau in English, python. alah, python yang suka belit belit orang pastu ngap orang. tapi python ni lain sikit sebab dia kecik lagi, still in baby phase. ball python! yup, tu nama specific python yang aku tertarik tu. pergh, ada sale pulak tu. sekor USD40 je. lepas pikir pikir dua tiga kali, apa lagi aku angkat la sekor python yang comel tu.

whoo.. best ouh bela python ni. letak atas laptop aku, or monitor aku, start la si comel tu jalar jalar sana sini. ada sekali tu aku biarkan dia sekejap atas laptop aku, pastu tetiba pulak hilang. nasib baik dia tak lari jauh. suka betul dia cari tempat tempat gelap and panas. python ni aku kasi makan tikus seminggu sekali and bajet sekor tikus dalam USD2.13 je. so tak kisah sangat la beli tikus tu tiap tiap minggu. and maintenance untuk jaga dia ok la, tak mahal mana pun. oh lupa, aku bagi nama "Terry" kat python aku tu.

:: baru baru ni ::

nak dijadikan cerita, aku bangun pagi tadi tetiba si comel tu tak gerak gerak dah. dah la baru kasi makan 2 hari lepas, kembung lagi perut dia. aku usik usik la ekor dia, terbalik terbalikkan dia, hmph memang sah dia dah mati! pergh tragis ouh. mati mengejut kot. tetiba je mati, malam sebelum tu ok je dia gerak sana sini dalam akuarium dia tu. tetiba je dia mati. aku pun tak dapat kenal pasti kenapa tetiba je dia mati mengejut macam tu. serius aku tergamam sekejap. apasal dia mati eh? salah aku ke apa?

so nak elakkan daripada benda tu berbau, padahal dah start berbau dah, aku pun terus la buang ular tu dalam tong sampah. eh, jangan salah faham. kat Ames ni dah salji tebal, takde kerja aku nak korek korek tanah pulak kat luar rumah tu. sejuk kot kat luar. so mati katak macam tu je python aku tu. sigh. lepas tau python aku mati, satu Ames ni tau. maksud aku komuniti melayu sini la. cepat betul berita tersebar, termasuk masa mula mula aku bela dulu. "kecoh satu kampung". haha..

sebelum ni aku ada jugak post pasal binatang exotic aku mati, so boleh la usha usha post tu [ link ]. anyway, post ni just nak memperingati kematian haiwan exotic aku tu. sebelum ni bela scorpions, tapi disebabkan dorang still hidup dengan baik, aku tak post apa apa lagi pasal scorpions aku tu. maybe next time.


yup, ni la si Terry tu.




pergh, comel ouh!


DG: rest in peace Terry. hope kau maafkan aku kalau aku penyebab kau mati :(