Saturday, August 06, 2011

Tersadung Kaki Di Perjalanan

1 comments
okay hari ni nak story2 la sikit kan, dah tengah boring kan.

alhamdulillah aku selamat sampai di Lincoln, NE. well Lincoln ni boleh kata rumah kedua aku kat US ni. kalau macam kat Malaysia, rumah kedua aku Subang Jaya/KL. ahh.. rindunya memory2 aku kat SJ dulu :(

back to the main topic, aku just nak story2 la sikit pasal aku ni kat Lincoln. dah berapa kali dah jejak kaki kat Lincoln, kali ketiga ni la baru sempat rayau2 secara serius kat Lincoln. kalau aku sebut serius, memang betul2 serius. serius as in banyak tempat2 landmark utama kat Lincoln aku jejak.

first tempat aku pergi Nebraska State Capitol. alhamdulillah, dapat jugak aku jejak kat landmark utama Lincoln ni. NSC merupakan state capitol yang ketiga di Nebraska. maknanya bukan ada 3, tapi state capitol yang dibina untuk kali ketiga. best gak la sebab bila kitorang as in aku dan irfan sampai, ada pulak tour guide named Gloria yang bawa kitorang merayau2 ke dalam NSC. banyak info2 baru yang aku dapat from her. tu rezeki namanya :D

Nebraska State Capitol



Gloria dan para pelawat


Dewan Rakyat Nebraska

Mahkamah Tinggi Nebraska




then kitorang pergi Nebraska Governor's Mansion, rumah kediaman governor Nebraska. best gak sebab rumah tu agak mewah gak la. kata mansion, what do you expect right? haha.. back to my story, kitorang masuk rumah tu pun ada gak tour guide yang tunjuk setiap penjuru rumah besar tu kecuali bilik2 tidur. yes tour guide ni makcik tua, terlupa nama dia, tapi bukan main excited dia explain kat kitorang setiap tempat2 dan bilik2 rumah agam tu.

Nebraska Governor's Mansion
gambar keluarga governor












then lastly, baru pergi siang tadi, aku ke Nebraska History Museum. muzium ni biasa je sebab just pamer2 sejarah bagaimana Nebraska terbentuk sejak kehadiran Native American di Nebraska. well, nak kata enjoy tak lah sangat sebab it's just a museum, typical history museum.

Nebraska History Museum






so ni je kot yang aku nak story. dah lama tak story2 macam ni. aku pun pelik gak, awat la aku rajin gila nak update blog ini. takpa la, at least hidup jugak blog aku yang dah lama terbiar ni.

DG: hmm.. terlebih2 pulak gambar2 malam ni. takpa, sharing is caring :)

Selamat Berpuasa

0 comments
aih, aku ni kalau diikutkan memang malas gila nak update blog. sorry lah sebab asyik busy je. tapi bila tak busy, mood nak update blog takda langsung. pelik tak pelik aku ni, memang pelik.

tapi entri kali ni pendek je. aku just nak ucap selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia, terutama di kawasan Amerika. moga Ramadhan kali ini lebih baik dan bermakna daripada tahun2 sebelumnya. beribadah lah sebanyak mungkin kerana pada bulan ini, segala amalan2 kita akan diberi ganjaran berlipat lipat kali ganda, pintu syurga terbuka luas dan pintu neraka ditutup rapat, serta syaitan2 dirantai dan dibelenggu. insyaAllah, dengan amalan yang ikhlas yang kita kerjakan akan menjadikan kita seorang yang lebih baik dan soleh :)

salam ramadhan


DG: mesej ini dibawakan kepada anda oleh DG :)

Wednesday, August 03, 2011

Jom Kita Ke Dapur

0 comments
haha.. memang tak ada kerja aku berblogging pagi2 buta ni. tiba2 dapat inspirasi nak post entri terbaru pasal masakan aku yang tak berapa ok dan lame sebenarnya. kali ini aku mempersembahkan masakan terbaru aku... jeng jeng jeng... ikan masak kari! teet.. masakan orang-dah-lama-tahu-dan-aku-teruja-dapat-masak.

well, ini adalah masakan aku yang seterusnya selepas gulai masak lemak. aku memang suka masak gulai masak lemak sebabnya itu memang feveret aku sejak kecil. rasa2 dah pernah mention kot sebelum ini yang aku suka gulai ketam masak lemak masakan mak aku. fuhh.. terliur aku beb! dah la time puasa ni :|

selepas aku contact kawan aku, irfan from nebby [nama irfan je banyak dalam blog aku ni =.=] so dengan bangganya aku pun mulalah masak masakan kari ini. banyak nasihat dan tunjuk ajar beliau yang aku ikut. maklumlah, dia ni chef terhebat di rantau Amerika Utara. cakap je masakan apa, insyaAllah perut anda takkan pernah merasa kecewa :)

tung tang tung tang...

akhirnya masak juga ikan masak kari aku.



err.. bolehlah kan. technically, dah second time aku masak kari ini. tapi yang kali ini aku masak dengan cara yang serius dan sentiasa memastikan tahap piawaian masakan yang bermutu tinggi. cewah.. tak tahulah bagi korang nampak sedap ke tak, tapi bila aku rasa, umphh.. lazat!

anyhow, thanks to irfan sebab bagi resipi dan tunjuk ajar. aku ni bukanlah pandai mana pun dalam bidang masakan. maklumlah, mak aku je yang biasa masak kat rumah. bila kat sini, terasa noob gila kalau tak pandai masak. member2 aku ramai yang pandai masak. so disebabkan ada kawan aku yang boleh jadi life saver, aku pun mintak lah jasa baik beliau. terima kasih daun keladi, lain kali minta ajar lagi :)

DG: aku tetiba teringat beliau sebab malam ini aku akan ke rumah beliau :)