Sunday, January 10, 2010

Mamak Tercucuk Garpu Di Kepala Pelanggan. Ngeri!

1 comments
aku sebenarnya kebosanan pada malam yang hening ini. tak tahu nak buat apa. padahal esok pagi sesi persekolahan musim sejuk '10 akan bermula. aduh! malasnya nak ke sekolah

nak tahu subjek aku? aku ambil subjek physics 1 & 2, engineering problem solving dan intro to computer bagi semester kali ini. nampaknya aku terpaksa lah belajar bersungguh sungguh. ini kerana semester pada kali ini merupakan semester terakhir aku di taylor's university college yang tercinta ini dan juga bertujuan bagi meningkatkan cgpa aku yang masih berada di bawah paras memuaskan. tuih! kau tengok lah nanti, aku akan berusaha bersungguh sungguh. malunya kalau aku tak lepas ke US kelak. nauzubillah!

heh! bangkit helmi. kau boleh lakukan yang terbaik bagi semester musim sejuk pada kali ini. kau boleh. serius. terus berusaha dan jangan leka leka lagi. tanamkan azam dan lakukan yang terbaik. ingat pesan ibubapa dan guru guru. belajar bersungguh sungguh. bak kata ibu sejak akhir akhir ini, "pulun! dapatkan yang terbaik. jangan leka." baik, aku akan lakukan sebaik yang mungkin. ayuh, bangkit dari tidur helmi. kau boleh. boleh. boleh!!!


usaha + doa + tawakal = kejayaan

dalam erti kata lain

kejayaan = melanjutkan pelajaran ke US +
menjadi seorang jurutera berjaya

jadi

usaha + doa + tawakal = melanjutkan pelajaran ke US +
menjadi seorang jurutera berjaya

aku mahu rumus sebegini. ayuh helmi!



p/s: perenggan terakhir adalah kata kata semangat untuk aku. abaikan saja.