Tuesday, June 12, 2012

The Florida Trip 2011 Chapter 5 - Houston, The 4th Largest City



21 Disember 2011

alhamdulillah.. pagi tu aku bangun macam biasa. syukur Allah masih panjangkan usiaku dan kawan2 lain. kena syukur juga tu sebab kalau kawan2 lain tak bangun pulak time travel ni, satu hal pulak kan. okay, pagi tu kitorang kena siap2 untuk ke destinasi seterusnya iaitu Houston, TX. sebelum kitorang bergerak, Auntie Linda bekalkan bekalan yang agak banyak untuk kitorang. satu beg penuh dengan air kotak, roti, nasi goreng dan keropok2 untuk kitorang. thanks banyak2 Auntie Linda. kitorang sempat jugak bergambar dengan Auntie Linda sebelum bergerak. tak lupa juga, aku dan Irfan sempat bergambar dengan Haris. haha.. 

sebelum bergerak, sempat la jugak kitorang bercakap2 jap depan handycam. satu part yang agak best adalah bila Hanisah berteka teki dengan Irfan; "lens kamera kau bulat kan? kenapa gambar empat segi?" haha mencabar gak sebenarnya teka teki tu. Irfan pun agak speechless dengar soalan tu. honestly, aku pun sebenarnya tak tahu pun jawapannya the moment Hanisah tanya tu. pastu aku tengok Irfan, agak2 dia boleh jawab ke tak haha..

okay, dah puas cakap2 dengan handycam, aku pun meluncurkan kereta Mazda 6 ke Houston. perjalanan memakan masa selama hampir 4 jam setengah dari The Colony ke Houston. masa dekat nak sampai ke Houston tu, memang frankly aku cakap, terasa penat sangat. yelah, 4 jam setengah drive direct tak henti2. tapi sebab nak sampai awal gak ke Space Center Houston, aku tak kisah pun drive selama tu. tapi seriously, aku memang penat gila bila sampai Space Center tu. aku ingat lagi, time tu tak pasal2 aku angin dengan Irfan sebab penat punya pasal. sorry Irfan.

Houston, bandaraya ke-empat terbesar di USA. masa aku lalu kawasan downtown, ya Allah, sungguh cantik bandaraya ni. tambah2 lagi bila lalu flyover merentasi bandaraya tu. fuh, lawa sungguh sebab bangunan2 di Houston banyak diperbuat dari kaca. tapi disebabkan kitorang nak ke Space Center, which is luar dari downtown, so kitorang dapat menikmati sekejap je pemandangan bandaraya Houston. sesampai kitorang di Space Center, kitorang beli city pass sebab lebih murah beli city pass dari bayar tiket Space Center. harga satu city pass ialah $40, tapi tiket nak masuk Space Center $22. tambah2 lagi, kalau beli city pass, dapat jugak merasa tempat2 lain seperti Houston Zoo dan Downtown Aquarium. tanpa fikir panjang, kitorang beli je city pass dan masuk ke Space Center Houston.

Space Center Houston

Space Center Houston adalah wishlist tempat aku nak pergi kat US ni. maklumlah, aku memang minat pasal angkasa2 ni sejak kecik. ingat lagi masa kecik, aku suka baca ensiklopedia pasal angkasa dan dalam ensiklopedia tu ada menyebut pasal Space Center Houston, tempat kawalan satelit dan roket2 sepanjang tempoh USA memperkenalkan program angkasa oleh John F. Kennedy, salah seorang presiden USA. apa yang menarik di Space Center adalah pameran2 tentang angkasa dan angkasawan, serta tram tour yang membawa kitorang ke bilik kawalan Space Center, tempat persediaan angkasawan dan pameran2 roket. semasa berada di bilik kawalan, aku agak teruja sebab bilik kawalan yang aku lawati itu adalah bilik kawalan semasa US menghantar Neil Armstrong ke bulan, salah satu detik sejarah yang agak bermakna bagi seluruh pelusuk penduduk bumi. aku jugak sempat lawati tempat persediaan angkasawan2 sebelum mereka berekspedisi ke angkasa atau ke International Space Center (ISS). alhamdulillah, satu pengalaman yang bermakna. tak tahulah kawan2 lain enjoy ke tidak sebab dorang ambik Acturial Science. anggaplah semua tu ilmu Allah kerana ilmu falak adalah ilmu yang cukup hebat.


sebelum kitorang keluar dari Space Center, kitorang menjamah makan malam di kawasan taman Space Center. juadah yang kitorang makan adalah bekalan Auntie Linda iaitu nasi goreng dan ayam goreng. alhamdulillah, sedap! kitorang jugak sempat solat di kawasan taman tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke Downtown Aquarium.


masa kitorang sampai Downtown Aquarium, time tu dah malam. maklumlah kan, travel time winter, so waktu malam awal sikit. disebabkan kitorang ada city pass, kitorang tak payah pun beratur panjang. tunjuk pass gitu je kat kaunter haha.. bagi aku akurium ni biasa je, macam akuarium2 lain. ikan2 yang ada pun not bad gak lawa nya. seronok jugak la sebab boleh pegang ikan pari dan ada show harimau putih, namanya Marina. boleh pulak harimau tu duk kencing2 kat cermin exhibit tu lol.. bila dah puas jalan2 dalam akuarium, kitorang pergi pulak ke luar akuarium. kitorang pun bergambar2 la kat kawasan luar akuarium.


dan disebabkan Hanisah teringin nak naik ferris wheel dan aquatic carousel, kitorang pun naiklah ride2 yang ada. best jugak rupanya naik aquatic carousel tu. pusing2 naik hidupan laut. time tu aku naik kuda laut. comel je haha.. pastu kitorang naik pulak ferris wheel. mula2 gayat sebab benda tu boleh pulak berhenti tengah2 masa kat atas sekali. pastu kitorang pun melalak2 la masa tu sebab cuak lol.. tapi bila dah pusing, best je tengok pemandangan Houston waktu malam. serius lawa. tak puas hati lagi tu, ada pulak tempat lompat kanak2. apa lagi, kitorang pun masuk la tempat tu dan melompat2 macam kanak2. haha.. serius hilang tension time tu. lagipun orang tak ada time tu, tu yang over excited tu sampai tempat kanak2 yang kecik pun jadi mangsa haha..

dah penat bermain2 kat Downtown Aquarium, masa untuk cari tempat tidur. mula2 kitorang decide nak tidur di masjid sebab nak jimat duit. so kitorang pun carilah masjid di kawasan sekitar Houston. tak dinafikan komuniti Muslim di Houston agak besar sehinggakan ada 2 masjid besar. tapi malangnya, kedua2 masjid tu tutup pulak dan kitorang tak dapat bermalam. so next plan, kitorang decide nak cari tempat camping sebab kitorang ada bawak khemah. so ingat nak lah try tidur dalam khemah pulak. bila kitorang cari, tempat tu tempat private pulak. so last decision, kitorang terus la cari Motel 6, motel rasmi trip ni. alhamdulillah, bayaran agak murah dari Motel 6 sebelum ni di Wichita, KS. so berehat lah kitorang malam tu di Motel 6 Houston.

bersambung...

next chapter: The Florida Trip 2011 Chapter 6 - 3 States in One Day
previous chapter: The Florida Trip 2011 Chapter 4 - Dallas and Its Uniqueness

list of chapters:
3) The Florida Trip 2011 Chapter 3 - Oh No! Flat Tire
4) The Florida Trip 2011 Chapter 4 - Dallas and Its Uniqueness
5) The Florida Trip 2011 Chapter 5 - Houston, The 4th Largest City
6) The Florida Trip 2011 Chapter 6 - 3 States in One Day


0 comments: