...
...
...
5.15 pagi
bangun, cadang nak solat tahajjud, tengok handphone, tertidur balik tapi sekejap saja.
5.45 pagi
bangun, rasa menyesal, pergi mandi, kemudian solat subuh.
7.00 pagi
tunggu abang asyraf, tapi abang asyraf tak datang-datang lagi.
...
...
...
9.00 pagi
abang asyraf datang jemput saya. saya tak tanya sebab apa lambat sebab saya sentiasa berfikiran positif.
9.15 pagi
abang asyraf jemput sahabat-sahabat saya, haziq dan mubasyir di ridzuan condo, kemudian kami semua bertolak ke cameron highlands.
kami berbual-bual semasa dalam perjalanan. perjalanan yang memakan masa selama 3 jam setengah memang memenatkan. saya tak tidur sebab terlalu excited.
12.45 tengah hari
kami tiba di tanah rata, cameron highlands. kami berehat sebentar di sebuah taman di tanah rata sambil menikmati makanan yang dibawa oleh abang asyraf; nasi goreng dan ayam goreng. memang sedap. itulah lunch kami di cameron highlands.
makan sambil menghirup udara segar dan nyaman memang menyeronokkan, di tambah pula dengan kelibat kanak-kanak bermain di sekitar taman tersebut yang menyebabkan saya teringat akan kenangan-kenangan saya semasa berada di zaman kanak-kanak dahulu. memang terharu. alangkah seronoknya jika saya dapat kembali ke zaman kanak-kanak semula.
setelah menikmati makanan tersebut, kami ke ladang teh BOH yang terletak di brinchang, cameron highlands. pemandangan ladang teh tersebut memang mengasyikkan kami semua, cukup cantik dan indah. subahanAllah. ladang ini merupakan antara ladang teh yang terbesar di malaysia. kami sempat singgah sebentar di kilang teh BOH sambil membeli-belah teh yang tersedia di sebuah kedai teh milik syarikat BOH di situ.
yang dijual dengan harga yang amat murah
sambil memegang kameranya
kemudian kami singgah sebentar di sebuah ladang strawberri. tapi, apa yang mendukacitakan kami ialah kami tidak masuk ke ladang tersebut disebabkan bayarannya yang agak mahal. saya cuma sempat membeli sepeket strawberri di situ.
selepas melawat ladang strawberri, kami semua membeli-belah di sebuah pasar di brinchang, cameron highlands. bagi saya, memang tak sah satu-satu lawatan atau percutian jika tidak membeli souvenir di tempat yang dilawati atau dikunjungi. jadi, saya sempat membeli sehelai T-shirt dan beberapa biji buah yang jarang saya jumpa atau memang tak pernah jumpa; buah madu dan buah cinta. tapi yang peliknya, abang asyraf, haziq dan mubasyir tidak membeli sebarang souvenir ketika berada di pasar ini. mungkin mereka sedang berjimat. mubasyir hanya membeli beberapa peket strawberri di pasar tersebut.
orang ramai sedang membeli-belah
5.00 petang
kami bertolak pulang ke subang jaya. saya terasa amat letih sehinggakan saya tertidur di dalam kereta. saya rasa, trip kali ini memang menyeronokkan terutama sekali ketika berada di ladang teh BOH. pemandangan yang cantik dan indah menyebabkan saya berasa amat gembira dan seronok. memang mengasyikkan. kenangan ketika berada di cameron highlands ini memang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila. saya memang berharap agar saya dapat pergi semula ke ladang teh ini sekali lagi.
hujan yang turun tidak henti-henti sepanjang perjalanan pulang menyebabkan saya terjaga dan tidak dapat tidur. abang asyraf memandu selaju-lajunya di highway dalam keadaan hujan yang lebat itu. mungkin dia mengejar masa. tapi saya hanya berdoa agar selamat sampai ke subang jaya dan hadir ke kelas pada hari ini serta menulis blog ini.
8.00 malam
kami selamat tiba di subang jaya. kami semua bersolat di sebuah stesen minyak petronas di subang jaya. kemudian kami ke ridzuan condo dan menikmati makan malam di sana, abang asyraf yang belanja.
9.00 malam
saya tiba di apartment saya. saya terasa amat letih dan penat tetapi tak boleh tidur awal sebab saya perlu siapkan chemistry project. inilah akibatnya menangguh-nangguhkan kerja.
12.00 tengah malam
saya berbaring di atas katil. sebelum melelapkan mata, saya berdoa agar kenangan seperti ini akan berulang di masa-masa yang akan datang, insyaAllah. dengan lafaz bismillah dan doa tidur, saya melelapkan mata.
kepada abang asyraf, terima kasih kerana membawa kami ke cameron highlands. saya tidak akan lupakan kenangan trip ini sampai bila-bila. kepada haziq dan mubasyir, terima kasih kerana volunteer menjadi photographer dan menghiburkan saya sepanjang trip yang penuh bermakna ini. memang saya dapat rasakan yang trip kali ini memang menyeronokkan. terima kasih, thank you dan syukran jazillan saya ucapkan pada semua.
5 comments:
wa.... seronoknya dapat pi cameron.. tak penah pi lagi......
nak join......
hehe...ini rehlah pertama kami slpas msuk taylors...
memang sronok, rsa mcm nak prgi lagi...
klau nak join bleh, tapi kena inform ana dlulah...
sori..
card reader masih takde :)
xpe...
aku faham...
=(
pergh segan beb ada gmbr aku kat blog kau
kau blur kan gmbr tu
Post a Comment