Tarikh: 30 September 2008 / 30 Ramadhan 1429H
Hari: Selasa
wah, hari ini serius penat. memang penat. saya tak tipu. hari ini saya ditugaskan untuk mengemas rumah. sebenarnya bukan disuruh tapi atas kerelaan saya sendiri. baik bukan? semangat aidilfitri tiba-tiba hadir di dalam diri saya pada hari ini. tapi tak semua bahagian di dalam rumah saya yang saya kemas. saya cuma mengemas ruang tamu. walaupun hanya mengemas ruang tamu, tapi tetap terasa penat. amat penat. serius. mungkin sebab masih berpuasa. saya hanya mengvakum carpet, menyusun sofa dan meja makan dan mengelap perhiasan-perhiasan di ruang tamu. itupun terasa penat.
hari ini juga ibu saya memasak rendang, hanya untuk keluarga saya. rendang ayam dan rendang daging. mmm...memang sedap. ibu saya juga menyediakan kuah kacang untuk dimakan bersama nasi himpit. tahun ini ibu saya membeli terlalu banyak kuih raya. dapat free pun ada. macam-macam jenis kuih raya. saya tak tipu. serius banyak. ada almond london, semprit, mazola, kuih suji dll. kalau tak ada kuih raya memang tak raya namanya. betul tak?
inilah gambar-gambar kuih raya yang sempat saya ambil. sebenarnya ada lagi tapi cukuplah sekadar ini.
pada malam raya, seperti biasa saya berbuka puasa di rumah saja. berbuka sambil mendengar takbir raya. memang syahdu sungguh. kemudian saya dan keluarga saya bersolat maghrib di rumah. pada waktu isyak, saya ke surau taman saya untuk bersolat isyak dan kemudian saya sertai team takbir dari rumah ke rumah. ya, takbir dari rumah ke rumah. memang seronok. kamu tahu apa yang seronok, nanti saya beritahu. sebelum itu, biar saya cerita dahulu suasananya dahulu.
pada malam raya, seperti biasa saya berbuka puasa di rumah saja. berbuka sambil mendengar takbir raya. memang syahdu sungguh. kemudian saya dan keluarga saya bersolat maghrib di rumah. pada waktu isyak, saya ke surau taman saya untuk bersolat isyak dan kemudian saya sertai team takbir dari rumah ke rumah. ya, takbir dari rumah ke rumah. memang seronok. kamu tahu apa yang seronok, nanti saya beritahu. sebelum itu, biar saya cerita dahulu suasananya dahulu.
untuk pengetahuan semua, ada 12 rumah yang saya kunjungi untuk tahun ini. agenda ini bermula pada pukul 9.00 pm, selepas solat isyak dan berakhir pada pukul 1.10 am. memang seronok. kami semua bergerak beramai-ramai dari satu rumah ke satu rumah. memang seronok. ketika bertakbir, saya bertakbir dengan penuh semangat kegembiraan dan bertakbir dengan bersungguh-sungguh. memang seronok. kemudian kami menikmati pelbagai juadah yang enak-sedap-lazat seperti satay, rendang, kuih raya dll, malah sandwich pun ada. memang seronok. tapi yang paling seronok - saya dapat duit raya daripada tuan rumah.
Keluarga Diraja
Tarikh: 1 Oktober 2008 / 1 Syawal 1429H
Hari: Rabu
saya bangun awal hari ini. cukup bersemangat. kemudian, saya mandi sunat hari raya aidilfitri. selepas mandi, saya mengenakan baju raya baru berwarna kuning. memang selesa. untuk pengetahuan semua, tema pakaian keluarga saya untuk hari raya pada tahun ini ialah warna kuning, warna diraja. kemudian, saya bersarapan. bersarapan dengan kuih himpit dan kuah kacang. memang sedap. serius. dah lama tak makan macam ini. tambah-tambah lagi kita sudah tak puasa pada hari ini.
tepat jam 8.00 am, saya sekeluarga ke masjid negeri, seremban. masjid negeri terletak bersebelahan taman tasik seremban dan kompleks majlis agama islam negeri sembilan (mains). solat sunat hari raya aidilfitri bermula pada pukul 8.30 am. sebelum memulakan solat, saya sekali lagi bertakbir dengan penuh semangat bersama-sama jemaah yang lain. kemudian, saya bersolat sunat hari raya aidilfitri dengan penuh khusyuk. serius.
selesai saja solat sunat hari raya, saya sekeluarga ke rumah saudara sebelah ibu saya di sikamat, seremban. kemudian, saya sekeluarga ke rumah nenek sebelah ayah saya di klang, selangor. di klang, saya berjumpa dengan saudara mara saya. kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. tapi yang seronoknya saya dapat lagi duit raya.
selang beberapa jam, kami semua bergerak ke rumah saudara mara yang terletak di meru, bangi dan kajang. kami semua bergerak secara konvoi sebanyak 4 buah kereta. dan yang seronoknya, saya dapat duit raya di setiap rumah yang kami singgah. memang seronok. mesti ada yang tertanya mengapa saya berasa seronok / gembira apabila mendapat duit raya. sebenarnya saya gembira sebab saya masih dianggap muda lagi walaupun sudah melanjutkan pelajaran di kolej. tapi hakikatnya memang saya muda lagi, baru 17 tahun.
di sini saya selitkan beberapa gambar keluarga saya yang saya ingin kongsikan bersama.
di sini saya selitkan beberapa gambar keluarga saya yang saya ingin kongsikan bersama.



main dengan dia sebab dia comel.
inilah sebahagian gambar-gambar keluarga sebelah ayah saya yang saya ingin kongsikan bersama. memang seronok apabila mengenang kembali semua gambar-gambar ini. tapi yang paling seronok - dapat duit raya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Maaf Zahir dan Batin
0 comments:
Post a Comment