Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri


Member 1: Helmi, Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

Member 2: Helmi, after coming back here, don't forget to bring some kuih raya.

Member 3: Eh Helmi, don't forget to give me angpau.


alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah nak menamatkan bulan yang penuh barakah ini yakni bulan ramadhan al-mubarak. rasanya sekejap saja kita berada di dalam bulan yang amat mulia ini, tak puas rasanya. apapun kita akan menyambut hari raya aidilfitri yang jatuh pada tanggal 1 oktober 2008 bersamaan 1 syawal 1429H. sungguh, memang saya rasa tidak puas berada di dalam bulan ramadhan. saya pun tak tahu mengapa.

di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf zahir dan batin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika saya pernah melukakan hati anda, menyinggung perasaan anda atau pernah terkasar bahasa, saya memang ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan dahulu dan sekarang. dan halalkan makan minum saya jika saya pernah terambil, termakan, terminum makanan dan minuman anda semua. marilah kita hidup dengan harmoni dengan melupakan segala kesalahan-kesalahan dahulu.

adakah anda semua berada di kampung sekarang? jika ya, jangan pula lupakan saya. kalau ada lemang, rendang, ketupat yang terlebih berilah pada saya. tak la, gurau-gurau je. anda semua tahu tak yang saya dan sahabat-sahabat ADP Taylors terpaksa skip kelas hari jumaat kerana ingin menyambut hari raya aidilfitri. memang tak patut sungguh program director kami. fullstop.

saya akan pulang ke kampung pada hari raya pertama. jadi malam esok insyaAllah saya akan join team takbir dari rumah ke rumah. wah, rindunya. harap-harap saya masih boleh dapat duit raya. ya, duit raya. saya memang rindukan duit raya. nanti anda semua juga berilah saya duit raya. saya memang nakkan duit raya. saya nak duit raya...!!!

akhir kata, saya sekali lagi ingin memohon ampun dan maaf andainya;


TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana mana
TERpekik kat telinga
TERhantuk dikepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena mena
TERmacam macam lagi
Yang kena mengena


diharapkan anda semua memaafkan saya. ingatlah, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangya dari diri saya sendiri. setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan dan kesilapan. dan ingat, jangan lupa beri saya duit raya. saya nak duit raya...!!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin



2 comments:

Anonymous said...

rasanya macam ramai je marah kat program director adp ni. haih haih haih.. sian korang.. hhuuhuh..

Da Great (DG) said...

haha...memang ptut pn marah.
ada ke ptut adakn kelas tyme tgh beraya.
dan trimas sbb simpati trhadap kami yg teraniaya ni. sob3x.