Tuesday, December 21, 2010

Alahai...

3 comments
alahai apa nak jadi dengan binatang peliharaan baru aku kat Ames ni. agak tragis la kisah riwayat hidup si comel aku ni.

:: flashback ::

aku pergi gunting rambut hari tu kat All Cuts Hair Center, Campustown, Ames. whoa.. first time weh gunting rambut kat Ames ni. lepas gunting gunting rambut, borak borak dengan barber tu, aku decided la nak pergi kedai haiwan The Ark Pet Shop, kat belakang kedai gunting rambut tu je. oh-oh, aku saje nak usha usha apa yang ada kat pet shop tu. satu satu haiwan aku usha, especially bahagian exotic pets la. oh-oh, korang tau tak yang aku suka bela haiwan exotic. exotic? alah, haiwan pelik pelik, rare rare tu la.

anyway, balik pada cheritera aku tadi. pergh, aku tertarik la pulak kat haiwan sekor ni. comel dowh. serius. tau apa dia? ular sawa! atau in English, python. alah, python yang suka belit belit orang pastu ngap orang. tapi python ni lain sikit sebab dia kecik lagi, still in baby phase. ball python! yup, tu nama specific python yang aku tertarik tu. pergh, ada sale pulak tu. sekor USD40 je. lepas pikir pikir dua tiga kali, apa lagi aku angkat la sekor python yang comel tu.

whoo.. best ouh bela python ni. letak atas laptop aku, or monitor aku, start la si comel tu jalar jalar sana sini. ada sekali tu aku biarkan dia sekejap atas laptop aku, pastu tetiba pulak hilang. nasib baik dia tak lari jauh. suka betul dia cari tempat tempat gelap and panas. python ni aku kasi makan tikus seminggu sekali and bajet sekor tikus dalam USD2.13 je. so tak kisah sangat la beli tikus tu tiap tiap minggu. and maintenance untuk jaga dia ok la, tak mahal mana pun. oh lupa, aku bagi nama "Terry" kat python aku tu.

:: baru baru ni ::

nak dijadikan cerita, aku bangun pagi tadi tetiba si comel tu tak gerak gerak dah. dah la baru kasi makan 2 hari lepas, kembung lagi perut dia. aku usik usik la ekor dia, terbalik terbalikkan dia, hmph memang sah dia dah mati! pergh tragis ouh. mati mengejut kot. tetiba je mati, malam sebelum tu ok je dia gerak sana sini dalam akuarium dia tu. tetiba je dia mati. aku pun tak dapat kenal pasti kenapa tetiba je dia mati mengejut macam tu. serius aku tergamam sekejap. apasal dia mati eh? salah aku ke apa?

so nak elakkan daripada benda tu berbau, padahal dah start berbau dah, aku pun terus la buang ular tu dalam tong sampah. eh, jangan salah faham. kat Ames ni dah salji tebal, takde kerja aku nak korek korek tanah pulak kat luar rumah tu. sejuk kot kat luar. so mati katak macam tu je python aku tu. sigh. lepas tau python aku mati, satu Ames ni tau. maksud aku komuniti melayu sini la. cepat betul berita tersebar, termasuk masa mula mula aku bela dulu. "kecoh satu kampung". haha..

sebelum ni aku ada jugak post pasal binatang exotic aku mati, so boleh la usha usha post tu [ link ]. anyway, post ni just nak memperingati kematian haiwan exotic aku tu. sebelum ni bela scorpions, tapi disebabkan dorang still hidup dengan baik, aku tak post apa apa lagi pasal scorpions aku tu. maybe next time.


yup, ni la si Terry tu.




pergh, comel ouh!


DG: rest in peace Terry. hope kau maafkan aku kalau aku penyebab kau mati :(

Tuesday, August 17, 2010

Hello United States

2 comments

wohoo.. guess what, aku sekarang kat Ames, Iowa, United States. alhamdulillah, everything berjalan lancar. aku baru sampai sini Jumaat lepas, Ogos 13 [8.30 pm waktu tempatan]. so masih less than a week tinggal sini tapi gaya aku tinggal sini macam dah 2-3 months. haha.. pergi mall sendiri, pergi library sendiri etc etc without others help. thank God, i'm here already.

well, aku tak nak la cerita panjang lebar how i get here and how's Ames, IA and Iowa State University. but aku akan sedaya upaya cuba la bagitau korang macam mana keadaan sini.

aku dan kawan kawan yang akan ke Iowa, Aizad, Faris dan Hafiz mula bertolak dari KLIA pada 12 Ogos 2010, pukul 12.30 am. sepatutnya 11.50 pm tapi delay sikit. naik flight Malaysia Airlines [MAS] ke Frankfurt, Germany. not bad at all dalam flight. makan masa selama approx. 12 jam. lama gak right? tapi sepanjang flight asyik malam je, yea la aku ke arah barat memang sentiasa malam. cuba ke arah timur, for sure asyik siang je.

then bila dah sampai Frankfurt Intl Airport, kitorang tunggu untuk flight seterusnya pulak. kali ni ke Detroit, Michigan. kitorang naik flight Delta pulak, american based flight company. dari Frankfurt ke Detroit makan masa 9 jam pulak, lalu udara UK dan Canada. well, flight tu pun ok.. i mean "ok". haha.. sebab service dorang bagi tak setanding dengan service flight MAS. steward and stewardess semua orang orang tua, makanan serve gitu gitu je. ok, no wonder MAS dapat award best cabin :) then bila sampai Detroit, Michigan kitorang kena pergi kaunter imegresen dulu. panjang gak kitorang beratur.

"next"

"please give me your passport and I-20"

"there you go"

"your name is Muhammad?"

"yea"

cuak dow.

"where is the form which have been given in flight?"

aku bagi kat dia borang imigresen tak silap.

then kena fingerprinting jap, tangkap gambar sikit, then dia tanya balik

"how much do you bring to United States"

"err i forgot how much. around $10 000 i guess"

wow, time ni cuak gila gila tahap max. orang yang tanya tu dah lah orang kulit hitam, tinggi, botak. tanya nak serius je. apa tak cuaknya.

"$10 000? you do bring $10 000 to United States?"

"err i forgot the exact amount. i really couldn't remember. or maybe more than that"

puas otak aku mengira ngira berapa banyak duit yang MARA bagi hari tu.

"more than $10 000? do you know you that you can only bring $10 000 into the United States"

"yea, i know about that. i just forgot how much"

dia berkali kali tanya pasal duit tu. wtf! aku dah cakap tak ingat tapi dia still nak tau gak. sheet! pastu dia panggil officer lain, tanya ada pegawai lain tak kat office etc etc then dia suruh aku tunggu kat kaunter tu dulu. wow, memang cuak tahap max. dah lah aku sekarang tengah enter USA, negara yang paling ketat imigresen dia.

pastu entah macam mana, dia lepaskan aku. fuh.. lega. alhamdulillah lah sangat sangat. ingatkan kena tahan apa tadi. heh! time tu je yang aku tiba tiba rasa cuak gila.

then kitorang pun berlegar legar la kejap kat Detroit Airport tu sementara tunggu flight seterusnya. masa kat airport ni la kitorang berpecah, aku pergi gate lain untuk ke Des Moines. dorang pergi gate lain untuk ke Cedar. alhamdulillah, walaupun akusorang sorang naik flight dari Detroit ke Des Moines, tapi semua berjalan lancar gak. perjalanan dari Detroit ke Des Moines makan masa 1 jam setengah je. tak lama pun. flight pun kecik je, naik Delta gak. stewardess ada sorang je dalam flight ni. haha..

so itu je la kisah pengembaraan aku ke United States, such a memorable journey right? yea la, kali pertama naik flight jauh jauh macam ni and dapat rasa naik flight sorang sorang. wow!

ok, done with the journey. aku nak cerita sikit cuaca dan keadaan sini pulak. well, kat sini weather dah start tak tentu hala. sekejap hujan, sekejap panas. temp sini pun not bad, 18 degree Celcius. kalau waktu malam tu agak menggigil la bila keluar rumah. aku sekarang pun tinggal kat South Meadow Apartment. quite nice apartment here. apartment aku pun dekat dengan Wal-Mart, HyVee etc etc. so kalau nak pergi beli barang memang no problem at all la.

senior kat sini pun ramai gak, kebanyakannya yang dah berkahwin, beranak dan berkeluarga. ramai di antara dorang graduate students, buat master and phD. so kalau nak minta tolong or whatsoever, boleh minta tolong dari dorang :)

so aku rasa setakat tu je kot coretan aku kali ni. saja je nak share dengan korang. sekali je dapat cerita benda ni pun, kan? haha.. kalau nak tengok gambar gambar perjalanan aku, boleh lah tengok kat photo album Facebook aku, under tajuk Journey to The West.

DG: sigh. penat gak menulis panjang panjang ni. haha.. hope korang enjoy :)

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

0 comments
ops, walaupun sudah masuk 2 Ramadhan 1431 H, tapi bagi aku masih tidak terlambat lagi untuk aku ucap

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa!


jom tengok klip video ni pulak. semua topic di dalam klip video ni bukan hanya berlaku kat Malaysia je, tapi kat tempat lain seluruh dunia gak.


Saturday, August 07, 2010

Farewell Taylor's

0 comments

finally, graduate jugak aku dari college kesayangan aku ni. heh! sedih. banyak gila kenangan aku masa aku belajar kat IPTS tertua kat Malaysia ni.

boleh aku summarize sikit life aku sebagai pelajar college? hehe :)

tanggal 24 mac 2010, bermula la kehidupan aku sebagai seorang pelajar Taylor's University College, program American Degree Transfer Program, majoring in engineering. first masa masuk Taylor's dulu, aku tinggal kat Pangsapuri Apt. oh, aku jumpa kawan baru kat situ. Zohaib, Rashid, Lih Jian, Vilbert, Chee Yong, Nicholas, Pratheeb, Alief dan Farouk. heh! jumpa gak Ali dan Hariz, kawan Rashid. dorang ni happy-go-lucky. rindu dow korang. rasa rasa nak jumpa je korang sekarang. haha XD

kat college pulak, aku jumpa ramai kawan kawan baru. yea la, baru masuk tempat baru mesti jumpa kawan baru. dulu, masa first sem, aku berkawan dengan budak chinese and indian. aku sorang je kot budak melayu dalam kelas first sem dulu. Ian, Samuel, Jia Gen, John, Kuan Yong, Kien, VJ, Chun Yeep, Daryl, Ye Nearn, Yu Xiang, Mohana, Janice, Whit Ni dan lain lain. erk. sorry la kawan kawan. tak dapat ingat semua nama. tapi baik dow dorang. rindu korang gak.

then, bila budak budak scholars masuk, aku berkawan gak dengan dorang. Irfan, Haziq, Mubasyir, Aizad, Basit dan Faris. plus budak budak mara dan jpa yang lain. best dow jumpa korang. lepas ni tak tau la dapat jumpa lagi ke tak. harap harap dapat jumpa lagi kat US :)

hmph, i wanna wish thanks a lot to all my lecturers. i really appreciate what had you all done, taught me and everything. hopefully i'll be a better student when studying in US later. don't worry, i won't forget all of you. :)

aku jugak nak ucap thanks kepada Terence, Elvina dan Kenny sebab korang banyak tolong aku masa aku nak sangat ikut Go Exchange Program anjuran AIESEC. tapi aku  rasa, banyak hikmahnya kalau aku tak pergi Indonesia hari tu.

sigh. entri sedih jugak yang aku post. tak apa. biar la entri sedih ni menjadi kenangan kelak. sweet memories. kepada semua kawan kawan yang aku tak mention nama korang, tak ucap thanks or whatsoever, sorry sangat sangat. semoga korang happy selalu, sentiasa sihat dan buatlah yang terbaik. all the best and good luck!

DG: nanti bila ada masa lapang sikit, aku nak post pulak gambar gambar sepanjang aku berada kat Taylor's kesayangan aku ni. haha :D

Monday, August 02, 2010

Nuclear? Wow!

0 comments
wow! masa aku tengah online, aku terjumpa satu page kat laman web Gizmodo [www.gizmodo.com] pasal "The Explosion of Every Nuclear Bomb to 1998". page ni ada tayang satu klip video tentang setiap letupan bom nuklear semenjak tahun 1945 [tahun US mengebom Hiroshima dan Nagasaki di Jepun] sehingga tahun 1998.

apa yang menariknya, dalam klip video tersebut merekodkan setiap letupan yang berlaku sepanjang tahun 1945-1998 dan juga merekodkan jumlah bilangan bom nuklear yang diletupkan sepanjang tahun tersebut. guess what, sebanyak 2053 letupan yang telah direkodkan sepanjang tahun tersebut dengan penglibatan 7 buah negara nuklear seperti US, Soviet Union [Russia], Britain, France, China, India dan Pakistan.

tahniah diucapkan kepada Isao Hashimoto sebab telah menghasilkan klip video ni. aku memang agak terkejut sebab rupa rupanya, dalam diam diam, banyak sudah bom nuklear diletupkan tanpa pengetahuan orang awam. untuk lihat klip video tu, korang bolehlah klik link ni.

DG: whoa! speechless gak aku bila tengok klip video tu. ternganga beb!

[Repost] Tips Untuk Dapat Visa US On The Spot

0 comments
aku rasa ada tips untuk korang yang belum buat visa US dan akan buat. ini semua based on conclusion aku kenapa dapat on the spot. bukan nak bangga, bongkak, riak, takbur etc [nauzubillah, minta dijauhkan], tapi just nak share dengan korang supaya korang pun senang lepas and dapat on the spot. [tolong jangan percaya 100%, just my conclusion and assumption. tak semestinya betul]

1st - pastikan gambar visa ok, dalam keadaan senyum. rambut biar teratur, dan tak ada janggut dan misai. cukur semua sekali [terpulang kalau nak cukur tempat lain jugak]

2nd - masa datang ke embassy, pastikan pakaian yang dipakai sesuai dengan etika semasa berada kat pejabat. baju berkolar, berseluar panjang dan berkasut. [tak semestinya formal. baju t-shirt pun boleh]

3rd - still, korang kena cukur semua sekali, janggut, misai, jambang. rambut dalam keadaan teratur.

4th - bercakap dengan sopan santun setiap kali korang dipanggil ke kaunter. jangan cuba meninggikan suara masa korang sedang berurusan dengan pegawai embassy atau consul.

5th - masa interview, pastikan korang hanya menjawab soalan bila ditanya. jangan banyak bercakap dan berlebih lebihan semasa ditanya. focus pada soalan yang ditanya. [jangan jadi macam aku] jawab soalan pun biar make sense, jawapan yang tepat dan betul. bukan jawapan reka reka atau tak logik.

6th - masa korang kat embassy tu, banyak banyak la berdoa.

7th - sentiasa senyum dan ucap "thanks" bila korang sampai kat embassy and setiap kaunter, even korang kena check kat guard house embassy.

haha. aku rasa tu saja kot. kalau ada perubahan aku update kemudian. btw aku ucap congrats kepada sesiapa yang dah dapat visa and terus berdoa bagi yang tak dapat visa lagi. semoga korang banyak banyak bersabar. semua ada hikmah.


related post: Visa: Done

DG: harap harap tips yang aku bagi ni membantu. all the best! :)

Saturday, July 31, 2010

Visa: Done

0 comments
yezza! alhamdulillah. aku happy sangat sebab visa dah settle. so meaning that everything dah settle, tunggu tiket flight je sekarang ni. syukur sangat.

mara's min requirement [cgpa, credit hours, toefl]
status: done

medical check up
status: done

housing di ISU
status: done

visa
status: done

flight ticket
status: still waiting


tik tok tik tok

"alamak, dah lambat"

aku memang rush gila pergi embassy hari khamis hari tu [29 julai 2010]. apa taknya, dah dekat pukul 8.50 am, waktu aku sepatutnya berada kat embassy tu. sampai kat depan pintu gate embassy US pukul 8.55 am, lewat 5 min. fuh. lega. nasib baik still ok, tak lewat sangat.


aku beratur. agak panjang. sempatlah aku berborak dengan sorang mak cik ni [dah 65 tahun katanya], dia kata anak dia ada kat US, nak buat visa pergi jenguk anaknya la kata dia. borak punya borak sampai la kat bilik scanning guard house embassy US. ok, aku memang no problem. boleh masuk. haha.

bila masuk bangunan embassy, aku di-scan sekali lagi, then baru dapat nombor giliran. nombor aku: 089. aku jumpa yaya [alif] dan kenger [azim] kat embassy gak. sempatlah jugak aku borak borak dengan dorang.

first, bila nombor aku dipanggil, aku bagi some documents yang dorang nak. for example, gambar visa, passport, I-20 etc. then aku duduk. kali kedua, aku dipanggil lagi untuk fingerprinting. then aku duduk. kali ketiga, aku dipanggil lagi untuk interview. oh, part ni memang aku gabra. cuak gila.

"alright, you are from Taylor's right?"

"yup"

"what are you gonna do in Iowa State University? i mean your major?"

"err...engineering"

"what engineering?"

"err...aeronautical"

"oh, aeronautical. it is all about airplane right?"

"yeah"

"so could you give me your college transcript and your sponsor letter?"

"there you go"

"good. okay, let me see. uh-huh, so you are under MARA huh?"

"yup"

"so i wanna ask you a question. MARA sent their students to Taylor's, Intec and Inti right? so why you go to Taylor's?"

"err...pardon" [aku tak focus masa tu. tengah cuak kot]

then dia cakap kuat kuat kat microphone. kuat kot. segan gila. siot betul.

"MARA sent their students to Taylor's, Intec and Inti right? so why you go to Taylors?"

"err...actually i decided to go to Taylor's"

"why?"

"because Taylor's is more better" [haha. grammar mistake. tengah cuak. main cakap je]

then dia terus bagi kad biru. erk! speechless aku. tiba tiba je dapat kad biru tu. 

"oh, thank you sir. thank you so much"

dia angguk je masa tu.

aku macam tergamam sekejap. aku ni lepas ke tak? tengok balik kad, macam lepas. so untuk dapat confirmation, aku tanya guard kat luar tu.

"dah boleh balik dah. esok pergi wisma mca, collect visa"

pergh, tergamam aku sekali lagi. aku lepas weh. alhamdulillah. syukur gila. bukan apa, ramai member member aku yang tak lepas lagi, walaupun nama dorang tak ada 'muhammad' etc, aku yang ada nama 'muhammad' dapat on the spot. alhamdulillah banyak banyak. memang syukur gila.

so, aku rasa ada tips untuk korang yang belum buat visa US dan akan buat. ini semua based on conclusion aku kenapa dapat on the spot. bukan nak bangga, bongkak, riak, takbur etc [nauzubillah, minta dijauhkan], tapi just nak share dengan korang supaya korang pun senang lepas and dapat on the spot. [tolong jangan percaya 100%, just my conclusion and assumption. tak semestinya betul]

1st - pastikan gambar visa ok, dalam keadaan senyum. rambut biar teratur, dan tak ada janggut dan misai. cukur semua sekali [terpulang kalau nak cukur tempat lain jugak]

2nd - masa datang ke embassy, pastikan pakaian yang dipakai sesuai dengan etika semasa berada kat pejabat. baju berkolar, berseluar panjang dan berkasut. [tak semestinya casual. baju t-shirt pun boleh]

3rd - still, korang kena cukur semua sekali, janggut, misai, jambang. rambut dalam keadaan teratur.

4th - bercakap dengan sopan santun setiap kali korang dipanggil ke kaunter. jangan cuba meninggikan suara masa korang sedang berurusan dengan pegawai embassy atau consul.

5th - masa interview, pastikan korang hanya menjawab soalan bila ditanya. jangan banyak bercakap dan berlebih lebihan semasa ditanya. focus pada soalan yang ditanya. [jangan jadi macam aku] jawab soalan pun biar make sense, jawapan yang tepat dan betul. bukan jawapan reka reka atau tak logik.

6th - masa korang kat embassy tu, banyak banyak la berdoa.

7th - sentiasa senyum dan ucap "thanks" bila korang sampai kat embassy and setiap kaunter, even korang kena check kat guard house embassy.


haha. aku rasa tu saja kot. kalau ada perubahan aku update kemudian. btw aku ucap congrats kepada sesiapa yang dah dapat visa and terus berdoa bagi yang tak dapat visa lagi. semoga korang banyak banyak bersabar. semua ada hikmah.

irfan: don't worry la. insyaAllah kau dapat dalam masa terdekat ni.

baik. harap tips yang aku bagi membantu korang. buat yang terbaik, dan jangan putus asa.

oh ya, minggu depan [1 ogos 2010 - 6 ogos 2010] adalah final exam week semester summer 2010 bagi ADP students. so aku nak ucap

"all the best and good luck to all ADPians. strive to get excellent results with flying colors this semester!"

DG: sigh. rindu gila dengan suasana final exam masa kat ADP Taylor's dulu. rasa nak duduk sekali dengan dorang je.

Tuesday, July 27, 2010

Inception

0 comments

well, aku dah pun tonton filem Inception. rating 4.5/5 [nothing is perfect, right?]. not bad huh. agak best jalan cerita filem ni. memang fantastic. serius. walaupun aku tak sure yang Cobb (Leonardo DiCaprio) masih dalam mimpi atau dah ada kat dunia nyata pada akhirnya [anyone nak share?], tapi setiap apa yang yang berlaku memang mensuspenkan. dan jalan cerita filem ni agak teratur. ya lah, 3 levels of dreams. as Yusuf (Dileep Rao) said, dreams within dreams is too unstable. tapi, cool! haha. speechless gak aku bila filem tu dah habis. rasa macam aku ni pulak yang ada dalam mimpi masa on the way balik rumah. haha.

whoever yang belum tengok filem best ni, sorry sebab aku bagitahu sikit jalan cerita filem, but jangan risau, korang akan still enjoy. trust me :)


oh, siapa siapa yang kaki download filem tu, dah boleh dah rasanya korang download. tak payah susah susah keluar tenaga dan duit. betul? haha.

DG: aku bukan kaki wayang, tapi memang nak sangat tengok filem ni. jangan misjudge aku. peace!