aku rasa ada tips untuk korang yang belum buat visa US dan akan buat. ini semua based on conclusion aku kenapa dapat on the spot. bukan nak bangga, bongkak, riak, takbur etc [nauzubillah, minta dijauhkan], tapi just nak share dengan korang supaya korang pun senang lepas and dapat on the spot. [tolong jangan percaya 100%, just my conclusion and assumption. tak semestinya betul]
1st - pastikan gambar visa ok, dalam keadaan senyum. rambut biar teratur, dan tak ada janggut dan misai. cukur semua sekali [terpulang kalau nak cukur tempat lain jugak]
2nd - masa datang ke embassy, pastikan pakaian yang dipakai sesuai dengan etika semasa berada kat pejabat. baju berkolar, berseluar panjang dan berkasut. [tak semestinya formal. baju t-shirt pun boleh]
3rd - still, korang kena cukur semua sekali, janggut, misai, jambang. rambut dalam keadaan teratur.
4th - bercakap dengan sopan santun setiap kali korang dipanggil ke kaunter. jangan cuba meninggikan suara masa korang sedang berurusan dengan pegawai embassy atau consul.
5th - masa interview, pastikan korang hanya menjawab soalan bila ditanya. jangan banyak bercakap dan berlebih lebihan semasa ditanya. focus pada soalan yang ditanya. [jangan jadi macam aku] jawab soalan pun biar make sense, jawapan yang tepat dan betul. bukan jawapan reka reka atau tak logik.
6th - masa korang kat embassy tu, banyak banyak la berdoa.
7th - sentiasa senyum dan ucap "thanks" bila korang sampai kat embassy and setiap kaunter, even korang kena check kat guard house embassy.
haha. aku rasa tu saja kot. kalau ada perubahan aku update kemudian. btw aku ucap congrats kepada sesiapa yang dah dapat visa and terus berdoa bagi yang tak dapat visa lagi. semoga korang banyak banyak bersabar. semua ada hikmah.
DG: harap harap tips yang aku bagi ni membantu. all the best! :)
0 comments:
Post a Comment