Wednesday, October 19, 2011

Benci!


tajuk bukan main lagi kan. mesti korang fikir isi blog kali penuh dengan makian. well, sorta.. it depends on how you interpret my bad words on this post.

ada beberapa perkara aku nak bincangkan dalam post blog kali ini [ayat poyo, whatever]. kalau diikutkan memang aku nak maki je semua benda yang buat aku pressure lately. yes, pressure! aku tau korang pun pernah gak kena pressure kan, tapi agak2 pernah tak rasa pressure tahap moksha? haha.. kan term hinduism dah keluar. yup, pressure tahap moksha! sampai rasa2 dah tak tahan dah. rasa keliru, haru biru semua keluar. at the end, kalau tak mampu sangat sampai keluar airmata. fact tu boleh dikategori sebagai pressure tahap moksha. well, aku sendiri yang define term ni. so kalau nak ambik quotation tu, please cite sekali nama aku. thanks.

anyhow, aku rasa sangat2 pressure lately. pressure tahap moksha! dan semua pressure ni datang dari benci tadi. yes, benci! tak perlu kot aku define makna benci sebab i guess korang semua tahu apa maksud benci. as mentioned, pressure memang berkait rapat dengan benci, dibenci dan membenci. 2 perkataan berbeza, tapi still mempunyai sifat yang sama. jom aku explain lebih lagi.

agak2 kalau kita dibenci, kita akan dapat pressure tak? yup, tak dinafikan kita akan dapat pressure kalau kita dibenci. ye la, dibenci orang or in other word orang benci kita. i know somebody out there yang bencikan aku, yang meluat dengan aku. tapi patut ke kalau perasaan benci korang tu berkekalan sampai buat orang pressure dan sakit hati. kan lebih baik kalau tak membenci aku. apa la faedahnya membenci aku. aku tak nampak pun faedah2 tu. aku sangat2 pressure, pressure tahap moksha bila ada orang membenci aku. aku tak faham betul, kenapa korang boleh benci aku sedangkan aku cuba yang terbaik untuk jadi orang yang terbaik! serius, kenapa lately ni ramai gila orang benci aku, tak suka aku, sampai sanggup pentingkan diri sendiri dan tak fikir pun pasal perasaan orang lain. korang fikir aku ni bukan manusia, robot? suka2 hati nak mainkan perasaan orang. fikir2lah dulu sebelum korang buat camtu. aku sangat2 pressure ok. aku tak sanggup nak maki orang sebab itu bukan sifat semulajadi aku, tapi kalau dah tak tahan semua term2 pelik keluar.


next, membenci! tak dinafikan, bila kita pressure, semua benda kita benci. kerja2 kita buat, kawan2 kita, even hidup kita pun kita rasa benci sebab pressure tadi. dan ayat2 benci semua timbul,  "aku benci dengan homework ni. dah berkali2 buat, salah gak", "aku benci dengan hidup aku. kenapa dia bahagia, kenapa aku tak?" and so on. semua perasaan benci tadi timbul disebabkan pressure yang kita alami. aku sekarang memang sedang membenci sebab aku sedang mengalami pressure tahap moksha. sometimes ia buat aku jadi benci sangat2 dengan hidup aku sehingga menitis airmata. aku cuba nak overcome perasaan benci dan pressure tadi, tapi susah! benda dah berlaku depan mata, memang susah nak overcome. dan aku rasa agak lama dah aku alami semua benda ni, tapi tak ada sesiapa pun yang faham keadaan aku sebab aku rasa macam hampir semua orang pentingkan diri sendiri dan taknak fikir hidup orang lain. last2, mengalirkan airmata solusinya.

so kalau kita summarize kan apa yang aku sampaikan tadi, cartanya lebih berbentuk macam ni:

dibenci -> pressure -> membenci

itulah yang aku maksudkan dengan relationship between pressure dengan benci tadi. pressure takkan timbul kalau orang atau sesiapa membenci kita dan perasaan membenci takkan timbul kalau pressure tak ada. so untuk prevent semua ni, please sangat2 janganlah membenci orang lain yang boleh menyebabkan orang lain pressure. fikir2lah orang lain before buat something dan janganlah pentingkan diri sendiri kerana kelak sifat mementingkan diri sendiri akan memakan diri. serius! berhati2lah..

anyway, walaupun aku sangat2 pressure, Dia jugaklah tempat aku mengadu. mengalir airmata depan Dia bukan sesuatu yang rare dalam hidup aku. lagipun Dia tahu yang terbaik untuk aku dan aku redha segala2nya. aku memang yakin setiap kejadian ada hikmahnya, dan setiap hikmah ada manisnya :)

DG: term of the day, pressure tahap moksha!

0 comments: