Wednesday, August 03, 2011

Jom Kita Ke Dapur

haha.. memang tak ada kerja aku berblogging pagi2 buta ni. tiba2 dapat inspirasi nak post entri terbaru pasal masakan aku yang tak berapa ok dan lame sebenarnya. kali ini aku mempersembahkan masakan terbaru aku... jeng jeng jeng... ikan masak kari! teet.. masakan orang-dah-lama-tahu-dan-aku-teruja-dapat-masak.

well, ini adalah masakan aku yang seterusnya selepas gulai masak lemak. aku memang suka masak gulai masak lemak sebabnya itu memang feveret aku sejak kecil. rasa2 dah pernah mention kot sebelum ini yang aku suka gulai ketam masak lemak masakan mak aku. fuhh.. terliur aku beb! dah la time puasa ni :|

selepas aku contact kawan aku, irfan from nebby [nama irfan je banyak dalam blog aku ni =.=] so dengan bangganya aku pun mulalah masak masakan kari ini. banyak nasihat dan tunjuk ajar beliau yang aku ikut. maklumlah, dia ni chef terhebat di rantau Amerika Utara. cakap je masakan apa, insyaAllah perut anda takkan pernah merasa kecewa :)

tung tang tung tang...

akhirnya masak juga ikan masak kari aku.



err.. bolehlah kan. technically, dah second time aku masak kari ini. tapi yang kali ini aku masak dengan cara yang serius dan sentiasa memastikan tahap piawaian masakan yang bermutu tinggi. cewah.. tak tahulah bagi korang nampak sedap ke tak, tapi bila aku rasa, umphh.. lazat!

anyhow, thanks to irfan sebab bagi resipi dan tunjuk ajar. aku ni bukanlah pandai mana pun dalam bidang masakan. maklumlah, mak aku je yang biasa masak kat rumah. bila kat sini, terasa noob gila kalau tak pandai masak. member2 aku ramai yang pandai masak. so disebabkan ada kawan aku yang boleh jadi life saver, aku pun mintak lah jasa baik beliau. terima kasih daun keladi, lain kali minta ajar lagi :)

DG: aku tetiba teringat beliau sebab malam ini aku akan ke rumah beliau :)

0 comments: