setelah berehat sebentar dan mengenangkan kembali riwayat hidup iguanaku [lihat entri sebelum ini], saya mahu meneruskan pengembaraan saya ketika berada di alor star, kedah.
Tarikh: 11 Disember 2008
Hari: Khamis
...
...
8.00 pagi
kami sekarang masih berada di dalam tren. walaupun masih berada di dalam tren, kami telah pun berada di dalam negeri kedah. dan saya sempat merakam keadaan di dalam ketika tren masih bergerak lagi.
akhirnya kami sampai juga di stesen ktm alor star. memang terasa amat penat. apa tidaknya, 12 jam berada di dalam tren.
beginilah rupa dan panjangnya tren yang kami naiki ini. pada waktu ini kami telah pun turun dari tren tersebut dan berada di stesen ktm alor star, kedah. kemudian, kami ke bank untuk mengeluarkan wang perbelanjaan kami ketika berada di alor star. setelah selesai urusan wang perbelanjaan, kami ke gerai makan berdekatan untuk menikmati hidangan sarapan kami.
kami hanya berjalan kaki sahaja ke setiap tempat tempat yang kami tuju ini. menu hidangan sarapan saya pada pagi ini ialah nasi goreng dan milo panas. mmm...agak sedap.
setelah selesai menikmati hidangan sarapan kami pada pagi ini, kami ke pusat penerangan pelancongan negeri kedah yang terletak dalam kawasan bandaraya alor star dan tidak jauh dari tempat kami makan tadi. di sana kami cuba mendapatkan peta alor star dan juga beberapa pamphlet yang berkaitan dengan pelancongan samada di negeri kedah sendiri mahupun di seluruh malaysia.
9.30 pagi
kami ke hotel yang telah pun ditempah oleh kami iaitu hotel samila. agak berpatutan juga harganya. sebenarnya terdapat dua jenis bilik di hotel ini iaitu bilik deluxe dan bilik premier yang mana bilik premier lagi mahal harganya disebabkan bilik premier lebih selesa daripada bilik deluxe. jadi kami memilih bilik premier kerana inginkan keselesaan, bukan yang murah tapi kurang selesa. kami check-in dalam pukul 10.00 pagi dan merehatkan diri di dalam bilik 401, nombor bilik kami di hotel samila, alor star.
walaupun hotel ini hanya 3 bintang saja, tapi cool juga. lihat.
masuk guna kad. bukan teruja-sampai-terkeluar-biji-mata,
tapi nampak cool lah kalau hotel 3 bintang guna kad macam ini.
tapi nampak cool lah kalau hotel 3 bintang guna kad macam ini.
kebiasaan hotel 3 bintang guna kunci, even sesetengah hotel 5 bintang yang pernah saya jejaki juga menggunakan kunci untuk masuk ke dalam bilik. dan hotel ini berusia 19 tahun, masakan hotel yang agak lanjut usianya menggunakan kad seperti ini. tidak mengapa dan saya tahu, kamu pasti kata : "dunia dah maju".
kami memulakan perjalanan kami di alor star pada petang ini. mula mula kami ke menara alor star yang terletak bersebelahan hotel kami. tapi tidak masuk dahulu kerana tidak lunch lagi. jadi kami pun mencari cari restoran berdekatan untuk mengisi perut kami yang kosong ini. pusing dan pusing, akhirnya kami buat keputusan untuk makan di kafeteria di wisma persekutuan, bersebelahan dengan hotel kami.
sebaik sahaja selesai makan tengah hari di kafeteria tersebut, kami ke menara alor star semula. apabila kami tiba di kaunter tiket, kami dapati harga tiket bagi dewasa ialah sebanyak RM 6 manakala harga tiket bagi pelajar yang membawa ID card hanya RM 4. disebabkan kami berdua membawa ID card, jadi niat kami untuk masuk ke menara tersebut terpaksa ditangguhkan dan kami bercadang untuk ke menara tersebut semula pada malam ini kerana menara tersebut ditutup untuk orang ramai tepat jam 10.00 malam.
tapi kami sempat mengambil beberapa gambar di sekitar menara ini dan merakam kawasan sekitar menara alor star ini.
menara alor star ini terletak di dalam kawasan dataran bunga raya. dataran bunga raya adalah sebuah taman yang meliputi seluruh kawasan menara alor star.
disebabkan kami terpaksa tangguh dahulu untuk masuk dan naik menara alor star, jadi kami ke tempat tempat menarik atau tempat tempat pelancongan di sekitar alor star seperti mahkamah [sekarang menjadi galeria sultan abdul halim mu'adzam shah], balai nobat, menara jam, balai besar dan muzium diraja kedah. kesemua tempat tempat menarik ini berdekatan antara satu sama lain dan amat dekat dengan hotel kami.
7.00 malam
setelah bersiap siap, kami ke masjid zahir. masjid zahir merupakan masjid negeri kedah dan juga masjid diraja kedah. kami menunaikan solat maghrib dan solat isyak secara berjamaah serta membaca surah yaasin beramai ramai.
selepas selesai semua agenda di masjid zahir, kami mencari cari restoran di sekitar bandaraya alor star. setelah bertanya orang di mana restoran yang sedap-lazat-enak makanannya, akhirnya kami makan di sebuah restoran, agak jauh dari hotel kami. pada malam itu, menu makan malam kami ialah nasi kandar. orang utara saja yang pandai buat nasi kandar ini. nasi kandarnya juga agak sedap-lazat-enak.
kami balik ke hotel setelah selesai makan malam. di sini saya selitkan beberapa gambar bandaraya kedah pada waktu malam.
kami pun tiba di hotel samila. malam itu kami berehat di hotel. plan kami untuk ke menara alor star terbantut kerana kesuntukan masa. jadi kami cadang untuk pergi ke menara tersebut esok saja.
12.00 tengah malam
akhirnya kami melelapkan mata pada saat ini.
...
...
bersambung...
p/s 1: kisah pengembaraan ini akan bersambung pada entri entri selanjutnya.
p/s 2: segala kisah pengembaraan yang diceritakan adalah kisah benar dan bukannya rekaan semata mata.
p/s 3: kalau kamu perasan, gambar gambar balai nobat dan balai besar ada di dalam buku teks sejarah.
p/s 2: segala kisah pengembaraan yang diceritakan adalah kisah benar dan bukannya rekaan semata mata.
p/s 3: kalau kamu perasan, gambar gambar balai nobat dan balai besar ada di dalam buku teks sejarah.
0 comments:
Post a Comment