...
hurm hurm hurm
saya sebenarnya mahu berkongsi beberapa gambar yang saya rasa pelik-tapi-benar dan lucu-tapi-tak-terkeluar-bebola-mata ketika saya berada di alor star, kedah tempoh hari.
baik, mari kita lihat gambar pertama ini.
cuba kamu perhatikan betul betul gambar ini. apakah? adakah ini sebuah ambulans atau sebuah lori? agak pelik bukan. pasti para pesakit takut untuk menaiki ambulans ini.
gambar kedua
masa mula mula terlihat tulisan yang terpampang ini, saya tergelak keseorangan. saya mula berfikir, adakah orang akan datang ke 'klinik' ini? tukang gigi? agak lucu juga. sepatutnya klinik gigi bukan? mesti orang tidak mahu datang ke klinik gigi ini. bunyinya agak menakutkan. biasanya perkataan 'tukang' ini berkaitan dengan pertukangan yang melibatkan alatan alatan seperti gergaji, pahat dan tukul.
tidak mengapa. biarkan saja.
gambar ketiga.
ketika saya lihat perkataan yang terpampang ini juga saya tergelak keseorangan, ibarat orang gila. cuba kamu baca betul betul. everybody tukang jahit? ops, maaf. saya tidak mahu menjadi tukang jahit. saya mahu menjadi seorang engineer, bukan tukang jahit.
baik, ini saja gambar gambar yang saya sempat tunjukkan. bagi saya, gambar gambar ini agak pelik-tapi-benar dan lucu-tapi-tak-terkeluar-bebola-mata. tapi apa pula bagi kamu?
baik, ini saja gambar gambar yang saya sempat tunjukkan. bagi saya, gambar gambar ini agak pelik-tapi-benar dan lucu-tapi-tak-terkeluar-bebola-mata. tapi apa pula bagi kamu?
ini saja entri untuk hari ini. sekian.


Kuala Lumpur Time
Iowa Time
2 comments:
haha! kelakar. terutamanya yang tukang gigi. wahahhaha~
lagi satu, tukang jahit. sperti sinonim sahaja dengan kolej kita. kan?
heeee...
wahaha...
memang kelakar. time tengok tu memang gelak sorang sorang.
tukang jahit! memang sinonim pun dengan kolej kita. hurm hurm.
Post a Comment