aku tahu, masa sentiasa bergerak. tidak pernah berhenti. sentiasa bergerak ke hadapan. tidak pernah kebelakang. pernah aku berangan angan, mahu masa ini bergerak ke belakang, agar aku dapat mengubah hidup aku ke arah yang lebih baik. tapi itu hanya angan angan dan tidak akan berlaku walaupun Allah itu maha berkuasa, tapi hukum Allah juga mesti diambil kira. dan semestinya hukum Allah itu tetap dan tidak boleh berubah, contohnya kita sedut oksigen, bukan karbon dioksida, dan sehari pasti 24 jam, tidak pernah berkurang dan terlebih. termasuk juga masa, mesti ke hadapan, tidak pernah ke belakang.
dan aku tahu, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. aku sukakan pertemuan, tapi dalam diam diam aku bencikan perpisahan. kerana perpisahan pasti melibatkan kesedihan. dan semestinya setiap manusia bencikan kesedihan, sesungguhnya fitrah manusia sukakan kegembiraan. kalau lah masa boleh berputar ke belakang, pasti kegembiraan datang semula. tapi seperti aku kata sebelum ini, masa sentiasa bergerak ke hadapan dan tidak ke belakang.
pada pertengahan tahun 2008, aku bertemu dengan seseorang, yang mana beliau akan menjadi naqib aku yang baru bagi menggantikan naqib aku yang sebelum ini, abang fendi. pertama kali aku mengenali beliau, dia memang seorang yang baik dan peramah. juga beliau seorang yang educated dan well-rounded, seorang engineer Islam yang berjaya. nama beliau ialah tengku asyraf bin tengku mohmed noor izam. beliau menjadi naqib aku yang baru semenjak detik pertukaran naqib tersebut sehinggalah pada hari khamis yang lepas [4 mac 2010], yang mana beliau pula yang mengumumkan pertukaran naqib yang baru. memang pada mulanya aku terkejut. memang tak disangka sangka bahawa kami akan bertukar naqib, secara tiba tiba, tanpa sebarang apa apa notis dan pengumuman.
tapi alhamdulillah, sepanjang aku bersama sama dengan abang asyraf, banyak perkara yang aku pelajari dan tempuhi. banyak kenangan pahit dan manis bersama beliau, terutamanya ketika kami mengadakan rehlah ke cameron highlands, pahang. itulah memory yang tak dapat aku lupakan sehingga kini. banyak lagi kenangan aku dan sahabat sahabatku bersama dengan beliau, termasuk berbuka puasa dirumahnya, rumah terbuka ketika bulan syawal dan semestinya ketika kami berusrah dengan beliau. dan sekarang kami terpaksa berpisah dengan beliau. walaupun ianya bukan perpisahan buat selama lamanya, tapi aku tetap merasa perpisahan ini mengundang kesedihan. dalam diam diam aku merasainya. tapi insyaAllah, dengan kehadiran naqib yang baru dalam 'keluarga' kami tidak melunturkan semangat kami untuk meneruskan liqa' kami bersama sama dengan naqib baru kami, abang tiqi.
abang asyraf,
ana nak minta maaf kalau ana pernah buat kesalahan dan kesilapan sepanjang tempoh abang menjadi naqib / madu' ana. banyak perkara yang ana pelajari daripada abang. syukran jazillan atas segala galanya dan insyaAllah ana akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan syiar ini sehingga ke united states kelak. ana tahu ana ada kelemahan, tapi insyaAllah ana akan cuba perbaiki kelemahan ana. ana harap segala memorable memory bersama abang sentiasa dalam ingatan ana. oh ya, dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat pengantin baru, semoga berkekalan sehingga ke anak cucu, insyaAllah. sekali lagi, syukran jazillan ya akhi.
p/s: maaf kalau kalau bahasa yang digunakan agak tunggang terbalik, sebab sememangnya aku dah lama tak menulis dalam bahasa melayu.
syukran ya akhi!
selamat pengantin baru.