Monday, December 15, 2008

Pengalaman Mengajar Saya Erti Kehidupan [Bahagian 1]

Tarikh: 10 Disember 2008
Hari: Rabu

[kembara ini bermula pada pukul 12.00 tengah hari]

...

...


12.00 tengah hari


saya menunggu ibu saya. dia sedang bersiap siap untuk menghantar saya ke stesen ktm seremban. semua barang barang yang akan dibawa telah saya sumbatkan ke dalam kereta. semuanya sekali. selang beberapa saat, ibu saya sudah siap sedia untuk menghantar saya dan kami berdua masuk ke dalam kereta.

setibanya saya di stesen ktm seremban, saya membeli tiket dan menunggu tren yang akan membawa saya ke kl sentral, kuala lumpur. sementara menunggu tren tersebut, saya mengeluarkan handset saya. saya bermesej dengan sahabat saya.

helmi : salam. ziq, pastikan kau dh ada kt kl sentral dlm pkul 5.30-7.00. tren yg kte naik tu bertolak sharp pkul 8.00. lg satu, jgn lupa bwk tiket tren, nti x dpt naik tren plak. k, salam.

[penggunaan kata ganti diri 'aku' dan 'kau' serta penggunaan perkataan perkataan short form terpaksa digunakan supaya tampak lebih realistik]

[semua ayat ayat yang terkandung di dalam mesej adalah ayat ayat yang diambil bulat bulat dari handset penulis sendiri]

tren tiba. saya menaiki tren tersebut. selepas satu setengah jam, tren tiba di kl sentral. tanpa melengahkan masa, saya terus meletakkan beg di dalam locker dan bergegas ke stesen monorel kl sentral. saya mahu ke berjaya plaza dan plaza low yat. ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan di sana.

...

...


6.00 petang

saya tiba di kl sentral setelah pulang dari berjaya plaza dan plaza low yat. saya bergegas ke surau tambahan kl sentral setelah mendapat mesej dari sahabat saya. kami bertemu di surau tambahan tersebut.

...

...

setelah kami menikmati hidangan makan malam di food court kl sentral dan solat jama' qasar maghrib isyak di surau tambahan kl sentral, kami bersiap sedia ke platform 1 kerana tren yang akan kami naiki berada di platform 1.

8.00 malam

kami mengambil tempat di dalam tren. masing masing senyap. mulai dari saat ini, bermulalah kembara kami yang sebenar. kembara yang mungkin tidak akan saya lupakan. kembara yang penuh dengan cabaran, dugaan dan rintangan. kembara yang mengajar saya erti kehidupan. kembara ini kami gelarkan sebagai KEMBARA ALOR STAR.

mengapa alor star? ini kerana destinasi yang akan kami tuju ini ialah ibu negeri kedah ; alor star. mengapa bertolak pada waktu malam? tren ke alor star ini hanya available pada waktu malam sahaja. mengapa tidak ke tempat lain? haih! banyak pula persoalannya. dah dah saya mahu teruskan menulis blog ini.

8.10 malam

tren mula bertolak. wah! saya betul betul teruja. terasa amat seronok. gembira. sungguh. serius.

ketika berada di dalam tren, kami berdua buat hal masing masing. samada mendengar mp3, membaca buku, termenung jauh ke luar tingkap ataupun berbual bual. memang agak bosan ketika berada di dalam tren. apa tidaknya, perjalanan dari kl sentral ke stesen ktm alor star mengambil masa hampir 12 jam.


inilah gambar kami pada malam pertama ketika berada di dalam tren


[sesiapa yang fikir bukan bukan dengan perkataan 'malam pertama', baik kamu minta maaf segera di ruangan 'Lets Talk Puas Puas' atau di ruangan comment. jika tidak kamu dikira memfitnah saya dan haziq dan ianya boleh mendatangkan dosa. ini jelas menunjukkan hati hati kamu masih perlu dibersihkan lagi]

[kamu boleh rujuk blog sahabat saya, hisham yang berkaitan dengan hati ini]

...

...

bersambung...


p/s 1: kisah pengembaraan ini akan bersambung pada entri entri selanjutnya.

p/s 2: segala kisah pengembaraan yang diceritakan adalah kisah benar dan bukannya rekaan semata mata.

0 comments: