Wednesday, December 17, 2008

Akhirnya Tamatlah Riwayat Raksasa Hijauku


saya baru saja tanam binatang peliharaanku ini di hadapan rumah. agak sedih juga bila mengenangkan semula riwayat hidupnya. saya telah menjaganya dengan sebaik baiknya, tapi dengan takdir Allah dia menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

spesis binatang ini dipanggil sebagai green iguana yang kebanyakannya boleh ditemui di amerika latin. saya memang betul betul berusaha untuk membelanya dan menjaganya dengan penuh kasih sayang, walaupun ianya hanya makhluk Allah yang biasa.

:: cerita lama ::


"aku tengok binatang tu macam nak mati je. tak ada sapa sapa ke nak jaga,"

"tu la pasal. si joe tu tinggalkan camtu je. dah sekarang, tak ada sapa sapa nak jaga binatang tu,"

"la, iye ke,"

"kitaorang cadang nak jual je binatang tu, daripada terbiar camtu je,"

"hmmm...."

...


...

...

"apa kata kalau aku yang jaga?"

"betul kau nak jaga?. seriously?"

"aah. boleh tak? aku macam teringin pulak nak bela. boleh
eh?"

"bela la kau. aku tak kisah pun."


[ini dialog penulis dan penggunaan kata ganti diri 'aku' dan 'kau' terpaksa digunakan bagi memudahkan para pembaca]


itulah kisahnya bagaimana saya dapat menjaga binatang tersebut. daripada iguana itu dijual, entah siapa siapa yang menjaganya nanti, lebih baik saya yang bela. saya memang bersungguh sungguh membela dan menjaganya.

tapi sejak saya bawanya pulang ke rumah saya di seremban, dia mula berubah. kurang makan dan kurang minum dan sejak beberapa hari yang lepas dia langsung tidak makan dan minum dan asyik melelapkan mata saja. pada mulanya saya ingatkan dia sudah mati, tapi masih bergerak lagi apabila dipegang atau disentuh. saya ingatkan mahu bawa dia ke klinik haiwan semalam [hari selasa bersamaan 16 disember 2008], tapi rasa malas pula dan ingin membawanya ke klinik hari ini. tapi dengan takdir Allah dia mati pada hari ini.

saya mula sedar dia mati selepas subuh pagi tadi. saya cuba memegangnya, tapi dia tidak bergerak langsung dan kaku sahaja. tahulah saya yang dia sudah pun mati. agak sedih bila saya tengok dia mati dalam keadaan begitu dan saya rasa amat menyesal kerana tidak membawanya ke klinik haiwan semalam. tapi saya sentiasa berfikir bahawa setiap apa yang berlaku semuanya ada hikmahnya dan saya ambil iktibar dan pengajaran daripada kesilapan saya ini.

di bawah ini saya selitkan beberapa gambar iguana saya di pangsapuri apartment, subang jaya semasa dia masih hidup.

dia sedang makan sawi yang diberi

dia sedang berusaha memanjat batang kayu di dalam sangkarnya

dia sedang berehat di atas batang kayu tersebut

inilah beberapa gambar yang saya sempat saya selitkan. bila melihat semula gambar gambar di atas memang terasa agak sedih. walaupun saya masih tidak memberi nama lagi, tapi saya tetap akan ingat binatang peliharaanku ini selama lamanya.

2 comments:

muezz@blaz said...

takziah,,,sedih btol
xnk bela lagi ker?

Da Great (DG) said...

oh, maaf lambat respond. mmg dah lama xupdate blog. btw, xbela lg da iguana, skrg bela scorpion pulak. senang lg nak jaga. :)