penumpang 1: ok semua. jangan panik. relax. bertenang.
penumpang 2: attention. kepada sesiapa yang terambil beg dompet dan handset saya, tolong pulangkan balik. kalau nak duit, bagitau saya tapi jangan ambik dompet dan handset saya.
penumpang 3: waaa...nak balik!!!
penumpang 4: cuba awak call nombor ktm ni. mungkin orang ktm boleh tolong.
penumpang 5: #*%$#!@% [censored]
beginilah gelagat beberapa penumpang tren ktm pada minggu lepas. apa yang telah berlaku?
ceritanya begini. pada minggu lepas, aku ke mid valley untuk membeli sesuatu. tepat jam 8.30 malam aku tunggu tren di stesen ktm mid valley. tunggu punya tunggu, diumumkan tren ke kl sentral delay, ingatkan beberapa minit saja, rupanya 1 jam. pergh!!! aku memang panas gila time tu. tapi apa boleh buat. tunggu sajalah.
apabila jarum jam tunjuk tepat pukul 9.30 malam, barulah tren ktm datang. tapi apa yang mengejutkan semua penumpang termasuk aku sendiri, tren tersebut kosong. tiada sesiapa pun yang ada di dalm tren. jadi, apa lagi kami semua berebut rebut untuk mendapatkan tempat di dalam tren.
apabila tren sudah di isi dengan manusia manusia malang termasuk aku, tren mula bergerak perlahan lahan. selang beberapa minit tren tersebut berada di landasan tren di bangsar, tidak jauh dengan stesen kl sentral. tiba tiba...
lampu di dalam tren terpadam dan tren tersebut tidak bergerak. semua penumpang mula panik. tapi kami semua ditenangkan oleh pemandu tren. katanya, tren yang kami naiki itu ada gangguan elektrik dan ini penyebab tren tersebut tidak berganjak sedikit pun walau seinci.
tiba tiba, datang seorang gadis muda, mungkin dalam lingkungan 20an berteriak dari satu gerabak ke satu gerabak untuk mencari beg dompet dan handsetnya yang hilang dicuri orang.
gadis muda: attention. kepada sesiapa yang terambil beg dompet dan saya, tolong pulangkan balik. kalau nak duit, bagitau saya tapi jangan ambik dompet dan handset saya.
tapi semua penumpang diam membisu. takut takut dituduh menjadi pencuri. semua penumpang termasuk aku mengecheck semua barang barang yang ada pada diri sendiri, takut takut menjadi mangsa yang seterusnya.
tapi aku tertarik dengan ada 2 orang adik beradik ini, mereka banyak membantu semua penumpang ketika kejadian ini berlaku. yang aku tahu seorang namanya harith dan seorang lagi dipanggil angah. mereka berdua banyak menyelesaikan masalah ketika kami semua sedang terpinga pinga, tidak tahu nak buat apa. si harith bernegotiate dengan pemandu, apa yang perlu dibuat dan kemudian memaklumkan kepada kami semua. si angah pula menguruskan gadis tersebut yang kehilangan beg dompet dan handsetnya.
kejadian ini berlarutan sehingga pukul 10.15 malam, hampir sejam kami terperangkap di dalam tren. selang beberapa minit, pemandu mengumumkan bahawa semua penumpang perlu lompat parti. eh eh, silap. lompat dari tren. pintu tren di buka dan semua penumpang dikehendaki melompat keluar dari tren dan menunggu sebuah tren bantuan yang akan tiba sebentar saja lagi.
arahannya, semua lelaki dikehendaki melompat keluar terlebih dahulu, barulah diikuti oleh kaum hawa. tujuannya, supaya lelaki yang gagah seperti aku ni dapat menolong kaum hawa turun dari tren. ini bukan sebarang lompat tau. memang agak tinggi. tapi apa boleh buat, lompat saja.
apabila semua penumpang telah turun dari tren, kami semua menunggu di atas landasan. nasib baik tiada tren yang lalu lalang di landasan tersebut, kalau tidak semua penumpang menghabiskan riwayat mereka dengan begitu saja di situ. terus ditanam ditempat tersebut. apa tidaknya, ratusan umat yang terkandas, bukan seorang dua.
selang beberapa minit, tren bantuan tiba. kami semua bergembira apabila melihat tren tersebut datang membantu kami. tapi, apa yang membuatkan kami terkejut ialah, tiba tiba saja tren tersebut terbakar. serius. bukan satu tren terbakar, enjinnya saja tiba tiba berasap. aduh! buat masalah pula. tidak berapa lama kemudian, 4 orang bomba datang menyelamatkan keadaan. aduh sekali lagi! masalah lain pula yang timbul. jadi kami semua tunggu sajalah sehingga masalah tersebut selesai.
tiba tiba, kami semua diberitahu tren tersebut tidak boleh bawa kami semua. jadi kami dikehendaki menunggu sebuah lagi tren bantuan. aisey! penat beb! tapi nak buat macam mana, tunggu sajalah. dan akhirnya tren tersebut pun tiba. kami semua dapat naik tren tersebut, akhirnya. dengan bantuan bomba, semua penumpang dapat naik tren tersebut dengan selamat.
ding ding ding. stesen kl sentral. stesen kl sentral.
kami semua bersorak keriangan. ada yang menepuk tangan. ada yang bersorak. semua gembira. akhirnya tiba juga kami di stesen kl sentral. jam telah pun menunjukkan pukul 10.45 malam. aku bergegas ke platform 5 untuk ke laluan pelabuhan klang.
aku rasa ini merupakan pengalaman yang memang tidak boleh dilupakan. lagipun, amat jarang sekali masalah ini berlaku. tapi saya bersyukur kerana saya selamat sampai ke subang jaya dengan selamat dan dengan jayanya pada pukul 11.35 malam.
gambar gambar kenangan. kenangan ke?

