wohoo.. guess what, aku sekarang kat Ames, Iowa, United States. alhamdulillah, everything berjalan lancar. aku baru sampai sini Jumaat lepas, Ogos 13 [8.30 pm waktu tempatan]. so masih less than a week tinggal sini tapi gaya aku tinggal sini macam dah 2-3 months. haha.. pergi mall sendiri, pergi library sendiri etc etc without others help. thank God, i'm here already.
well, aku tak nak la cerita panjang lebar how i get here and how's Ames, IA and Iowa State University. but aku akan sedaya upaya cuba la bagitau korang macam mana keadaan sini.
aku dan kawan kawan yang akan ke Iowa, Aizad, Faris dan Hafiz mula bertolak dari KLIA pada 12 Ogos 2010, pukul 12.30 am. sepatutnya 11.50 pm tapi delay sikit. naik flight Malaysia Airlines [MAS] ke Frankfurt, Germany. not bad at all dalam flight. makan masa selama approx. 12 jam. lama gak right? tapi sepanjang flight asyik malam je, yea la aku ke arah barat memang sentiasa malam. cuba ke arah timur, for sure asyik siang je.
then bila dah sampai Frankfurt Intl Airport, kitorang tunggu untuk flight seterusnya pulak. kali ni ke Detroit, Michigan. kitorang naik flight Delta pulak, american based flight company. dari Frankfurt ke Detroit makan masa 9 jam pulak, lalu udara UK dan Canada. well, flight tu pun ok.. i mean "ok". haha.. sebab service dorang bagi tak setanding dengan service flight MAS. steward and stewardess semua orang orang tua, makanan serve gitu gitu je. ok, no wonder MAS dapat award best cabin :) then bila sampai Detroit, Michigan kitorang kena pergi kaunter imegresen dulu. panjang gak kitorang beratur.
"next"
"please give me your passport and I-20"
"there you go"
"your name is Muhammad?"
"yea"
cuak dow.
"where is the form which have been given in flight?"
aku bagi kat dia borang imigresen tak silap.
then kena fingerprinting jap, tangkap gambar sikit, then dia tanya balik
"how much do you bring to United States"
"err i forgot how much. around $10 000 i guess"
wow, time ni cuak gila gila tahap max. orang yang tanya tu dah lah orang kulit hitam, tinggi, botak. tanya nak serius je. apa tak cuaknya.
"$10 000? you do bring $10 000 to United States?"
"err i forgot the exact amount. i really couldn't remember. or maybe more than that"
puas otak aku mengira ngira berapa banyak duit yang MARA bagi hari tu.
"more than $10 000? do you know you that you can only bring $10 000 into the United States"
"yea, i know about that. i just forgot how much"
dia berkali kali tanya pasal duit tu. wtf! aku dah cakap tak ingat tapi dia still nak tau gak. sheet! pastu dia panggil officer lain, tanya ada pegawai lain tak kat office etc etc then dia suruh aku tunggu kat kaunter tu dulu. wow, memang cuak tahap max. dah lah aku sekarang tengah enter USA, negara yang paling ketat imigresen dia.
pastu entah macam mana, dia lepaskan aku. fuh.. lega. alhamdulillah lah sangat sangat. ingatkan kena tahan apa tadi. heh! time tu je yang aku tiba tiba rasa cuak gila.
then kitorang pun berlegar legar la kejap kat Detroit Airport tu sementara tunggu flight seterusnya. masa kat airport ni la kitorang berpecah, aku pergi gate lain untuk ke Des Moines. dorang pergi gate lain untuk ke Cedar. alhamdulillah, walaupun akusorang sorang naik flight dari Detroit ke Des Moines, tapi semua berjalan lancar gak. perjalanan dari Detroit ke Des Moines makan masa 1 jam setengah je. tak lama pun. flight pun kecik je, naik Delta gak. stewardess ada sorang je dalam flight ni. haha..
so itu je la kisah pengembaraan aku ke United States, such a memorable journey right? yea la, kali pertama naik flight jauh jauh macam ni and dapat rasa naik flight sorang sorang. wow!
ok, done with the journey. aku nak cerita sikit cuaca dan keadaan sini pulak. well, kat sini weather dah start tak tentu hala. sekejap hujan, sekejap panas. temp sini pun not bad, 18 degree Celcius. kalau waktu malam tu agak menggigil la bila keluar rumah. aku sekarang pun tinggal kat South Meadow Apartment. quite nice apartment here. apartment aku pun dekat dengan Wal-Mart, HyVee etc etc. so kalau nak pergi beli barang memang no problem at all la.
senior kat sini pun ramai gak, kebanyakannya yang dah berkahwin, beranak dan berkeluarga. ramai di antara dorang graduate students, buat master and phD. so kalau nak minta tolong or whatsoever, boleh minta tolong dari dorang :)
so aku rasa setakat tu je kot coretan aku kali ni. saja je nak share dengan korang. sekali je dapat cerita benda ni pun, kan? haha.. kalau nak tengok gambar gambar perjalanan aku, boleh lah tengok kat photo album Facebook aku, under tajuk Journey to The West.
DG: sigh. penat gak menulis panjang panjang ni. haha.. hope korang enjoy :)

