Sunday, May 24, 2009

Hitler Kecewa Dengan Batch 6 SASER

6 comments
mari tonton ramai ramai


Tuesday, May 12, 2009

Memori SMKDHMR : Takkan Hilang Di Minda

0 comments
aku baru pulang dari smk dato' hj mohd redza [smkdhmr], sekolah lower form kesayanganku bersama sama sahabat sahabat baikku ketika berada di sekolah tersebut. amat menggembirakan. sumpah. aku tak tipu. aku dapat berjumpa dengan ramai cikgu cikgu aku dahulu, dikala mereka menjadi mencurahkan segala ilmu yang telah mereka ajarkan kepadaku pada waktu dahulu. amat menakjubkan.

kisah bermula begini [mungkin kali ini ceritanya lebih spesifik bagi mengenang kembali detik bersejarah dan bermakna ini].

7.30 pagi

aku keluar rumah bersama ibuku dan menghantar ibuku ke klinik kesihatan. baik. aku hantar ibuku di depan klinik kesihatan. kemudian aku balik ke rumah semula. aku, kamil dan cepoi sudah berjanji untuk bertemu tepat jam 9.00 pagi. jadi aku tunggu saja di rumah sehingga pukul 9.00 pagi. sambil menunggu, aku menonton filem death race yang baru dicopy dari laptop irfan. terima kasih irfan. sedar tak sedar, jarum jam telah menunjukkan tepat jam 9.15 pagi. adeyh. tak tepati janji.

9.15 pagi

*toot*. aku terima mesej. "mi nk amik cpoi ke x?". mesej dari kamil rupanya. aku balas yang aku akan jemput cepoi tapi aku tak tahu rumahnya, tapi kamil tahu. jadi aku terpaksa jemput kamil dahulu. aku ambil kunci kereta dan terus pecut ke rumah kamil. selang beberapa minit, aku sampai di depan rumah kamil. so aku pun ke rumah cepoi. setelah aku menjemput cepoi, kami semua ke rumah merul. owh, kami sebenarnya ingin buat lawatan mengejut ke rumah merul. surprise lah orang kata.

sesampai je di depan rumah merul, aku tengok sunyi sepi je rumah tu. tapi instinct kami cakap yang merul ada di rumah. jadi kami 'tertengok' ke dalam rumah. 'ter' je, bukan sengaja. owh, merul tidur di ruang tamu. apalagi, kami pun ketuklah pintu rumah ramai ramai. dia terjaga. haha. dia terkejut beruk. dia pun buka pintu rumah. kami semua berbual bual lah dengan dia sampai pukul 10.30 pagi.

10.30 pagi

heh! kami semua bergegas ke smkdhmr, menaiki kereta yang aku pandu. sesampai saja kami di hadapan sekolah, kami bergerak ke bilik guru. oh, ramainya cikgu. mula mula kami bertemu dengan pn rosia timah. dulu dia pernah mengajar kami subjek kemahiran hidup. oh ya, dia guru kesayangan aku masa dulu dulu. lol. kemudian kami bergerak ke kantin sekolah setelah guru yang dicari cari tidak ketemui: cik rose aina, pn saodah dan en khalil.

kami pun menjamah selera di kantin sekolah. menu: nasi goreng dan air soya. sedang kami menikmati kelazatan makanan yang dibeli, kami pun terserempak dengan pn hasnah atau lebih dikenali sebagai ustazah hasnah. oh, dia mengajar subjek bahasa arab. kami banyak juga berbual dengannya. dia kata dia nak aku bagi talk motivasi kepada para pelajar form 1 dan form 2. wah, aku rasa seperti dihargai. yang peliknya, tiba tiba je. mungkin dia dah lama nak contact aku, tapi disebabkan tiada nombor telefon aku, sebab itulah dia tak dapat contact aku.

kami bergerak ke bilik guru semula. oh, aku bertemu dengan ustaz wan ruzaha. dia pernah mengajar aku subjek pendidikan Islam di saser dahulu. oh, terkejut aku pabila aku bertemu dengannya. apa tidaknya, sebelum ini dia mengajar di sekolah saser, tiba tiba pula mengajar di sekolah lama aku. macam macam dia bagi aku nasihat supaya jaga tingkah laku dan akhlak, lebih lebih lagi aku akan ke luar negara. baik, ustaz. segala nasihat akan aku patuhi, insyaAllah.

kemudian aku bertemu dengan cik rose aina. dia mengajar subjek matematik. aku suka dia mengajar. seronok. dia kata kami ini anak soleh lah ni, jumpa cikgu cikgu. heh! insyaAllah cikgu. kami akan jadi anak yang soleh. oh, sedang kami berbual bual dengan cik rose aina, kami bertemu pula dengan pn zanariah. dia mengajar subjek english. kami pun sempatlah juga berbual bual rinngan dengannya sebab dia ada urusan.

kami juga sempat bertemu dengan pn nuridah [matematik form 1], pn zuraizah [pendidikan Islam form 4; sekejap saja dia mengajar kami kecuali cepoi, tapi dia banyak beri nasihat pada kami] dan en shamsudin [bahasa melayu; kami sempat bersalaman dengannya sebab masa itu dia mahu ke kelas].

12.15 tengah hari

kami pun pulang ke rumah merul. kami mahu lepak sekejap di rumah merul sambil main ps. haha. dah lama tak main ps. maklumlah aku tak ada ps di rumah. kami main ps sampai pukul 3.30 petang. kami main game winning [game bola].

3.30 petang

aku hantar kamil dan cepoi ke rumah masing masing. kemudian aku pun balik ke rumah. wah, penatnya hari ini. ya, saya rehat sepuas puasnya selepas itu.


oh, aku rasa agak terharu sebab akhirnya pada hari inilah aku bertemu kembali dengan sahabat sahabat baikku dan cikgu cikgu aku dahulu. bukan senang nak dapat bertemu seperti ini. insyaAllah cikgu, sebelum aku fly ke US, aku akan pastikan yang aku akan bertemu semula dengan semua cikgu cikgu. terima kasih cikgu atas segala galanya; mencurahkan kepada kami ilmu ilmu yang bermanfaat dan memberi kami segala nasihat dan dorongan supaya kami berjaya. terima kasih juga kepada kamil, cepoi dan merul. engkau semualah yang banyak menggembirakan aku sepanjang aku berada di sekolah tersebut. terima kasih atas segala galanya. insyaAllah, jika masih ada umur yang panjang kita semua akan bertemu kembali.


p/s: aku minta maaf banyak banyak sebab tiada gambar yang dapat dipertontonkan. aku terlupa nak ambil gambar. tidak mengapa, akan datang aku tak akan lupa, insyaAllah.

Saturday, April 25, 2009

Winter '09

0 comments
akhirnya, berakhir sudah semester winter '09. aku habis exam pada 23 apr yang lepas. jadi untuk entri pada kali ini aku ingin mengimbas kembali kehidupan aku sepanjang semester winter '09 ini.

rumah baru

sepanjang semester winter '09, aku tinggal di rumah sewa yang baru yang terletak di ss15, tidak jauh dari bangunan adp. saya tinggal bersama budak budak mara yang baik baik belaka: haziq [roommate], irfan, mubasyir, aizad, basit dan faris. alhamdulillah, tinggal di sini agak menyeronokkan walaupun berlaku beberapa 'konflik' di dalam rumah tersebut. rumah kami ini juga berdekatan dengan masjid darul ehsan [alhamdulillah, setiap hari pergi solat di masjid], carrefour dan subang parade [kalau nak beli barang senang]. baik, aku tak nak bercheritera panjang pasal rumah ini.

engl 101 [english composition]

- kelas ini diajar oleh ms prema.
- aku suka style dia mengajar, tak membebankan sangat.
- alhamdulillah, carry mark aku agak ok sebelum habis sem. harap harap boleh dapat gred yang terbaik, insyaAllah.

math 172 [calculus II]

- diajar oleh mr daniel pu.
- dia suka tolong student, bagi soalan spot untuk setiap kuiz, mid term dan final. bagus sungguh.
- alhamdulillah jugak, carry mark aku sebelum final exam pun agak ok. diharap juga dapat gred terbaik untuk calculus 172, insyaAllah.


phy 211 [physics I]

- diajar oleh mr loh
- dia ok, baik dan suka tolong student jugak.
- tapi aku kadang kadang tak fokus dalam kelas, sebab tu markah test aku menurun.
- time final exam pun aku tak boleh jawab sangat. cuak sesangat bai!
- tapi, aku harap aku pass untuk subjek ni. kalau tak pass, nanti kena repeat. ah, aku tak nak repeat subjek ni. leceh.
- jadi diminta sahabat sahabat sekalian tolong doakan supaya saya dapat gred terbaik untuk subjek physics ni. arigato gozaimasu

socs 111 [malaysian studies]

- diajar oleh mr izwan ahmad
- kelas dia lah yang paling relaks sekali.
- nak tidur, borak dan buat kerja lain time dia mengajar dia marah. tapi tak elok lah en buat macam tu.
- syarat ambil kelas ni cuma pass je [50% markah pass].
- alhamdulillah, carry mark aku sebelum final exam memang tersangat ok. jadi insyaAllah aku boleh pass subjek ni.

sosial

aku nak bercheritera pasal keadaan sosial aku ketika berada di sem ini. kalau nak diikutkan hati, aku nak berbaik baik dengan budak budak cina. tapi masih tak berkemampuan lagi. aku rapat dengan budak budak cina masa 1st sem dulu saja. lepas aku kenal budak budak melayu mara, aku dah mula sisihkan mereka. aku mula mendiskriminasi mereka. tapi tak mengapa, aku akan cuba lagi untuk sem summer '09 nanti. aku juga mengalami masalah ketegangan sosial di dalam rumah sewa yang aku diami sekarang. tapi biarlah beberapa orang saja yang tahu akan masalah ini. aku mengamalkan 5 prinsip yang aku pegang kuat kuat supaya aku boleh hidup ceria sentiasa: bersabar, berdoa, bersyukur, berbuat baik, dan bertawakal. insyaAllah, kalau kamu mengamalkan 5 prinsip ini, aku boleh hidup ceria, insyaAllah. mungkin juga aku patut lebih mengenal orang sebab ada orang cakap yang aku ini anti sosial. fullstop.

jadi ini semua merupakan refleksi kehidupan aku sepanjang semester winter '09 ini. overall, ok lah walaupun terdapat sedikit cacat cela. aku sekarang bercuti selama 3 minggu. tak tahulah nak buat apa. tapi aku ada plan aku sendiri. so, mungkin tak ada lah bosan sangat. harap harap begitu lah.

Sunday, April 05, 2009

Aku Nak Berubah!

0 comments
syaitan: apa ni? nak berubah? apa kes ni? tak best lah macam tu.

diri: aku tak kira. aku nak berubah jugak. jangan halang aku.

syaitan: jangan lah macam ni. tak seronok lah kalau kau berubah. nanti tak dapat ajak kau sekali masuk ke dalam neraka.

diri: nauzubillah. ya Allah, jauhkan lah aku dari api neraka yang menyala itu. aku sekali kali tidak akan ikut kau, syaitan durjana. aku kata aku nak berubah, jadi jangan pula kau cuba cuba memperdayakan aku lagi. ini amaran keras daripada aku.

syaitan: heh! kau kena ingat yang kau pernah buat dosa. jangan fikir yang kau itu seorang yang sempurna. ingat, dosa tetap dosa. apa kau fikir dengan dosa itu kau boleh terus masuk ke dalam syurga?

diri: aku tahu yang aku ini insan biasa saja, tidak sempurna, tidak maksum. tapi, pintu taubat sudah terbuka luas untuk aku. jadi, aku mahu bertaubat sebanyak banyaknya kepada Allah swt. jangan pula kau halang niat aku ini. pergi kau syaitan, pergi. sudah. cukup. aku tak mahu dengar lagi kata kata kau. pergi. [sambil membaca ayat Kursi].

aku tak mahu cakap banyak. tapi aku mahu berubah. berubah dari segi apa? dari segi semua aspek, rohani baik, jasmani baik, pelajaran baik, semuanya sekali. tapi aku tahu, bukan mudah untuk berubah secara drastik. aku cuba untuk berubah sedikit demi sedikit. doakan lah aku sahabat sahabat sekalian. aku mahu berubah!

ya Allah, jauhkan lah aku daripada perbuatan perbuatan mungkar yang melalaikan. sesungguhnya hambaMu inimahu berubah ke jalan yang benar lagi lurus. amin

Sunday, March 29, 2009

Hidup Selama 18 Tahun. Bersyukurkah?

2 comments
alhamdulillah, saya amat amat bersyukur kepada Allah swt kerana dengan berkat dan rahmatNya, saya masih lagi bernyawa sehingga ke saat ini. hari ini genap 18 tahun saya hidup di muka bumi Allah yang indah dan menakjubkan ini. alhamdulillah.

saya sebenarnya tak mahu bercheritera panjang, bercheritera tentang kehidupan saya sejak lahir sehingga sekarang. itu semua buang masa saja. saya pasti, kalian semua tak mahu membacanya [kecuali ada request dari sesiapa]. tapi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka mereka yang memberi ucapan selamat hari lahir kepada saya. saya amatlah menghargai ucapan ucapan tersebut.

yang pertama sekali saya ucapkan infiniti terima kasih kepada kedua ibu bapa saya dan juga adik saya atas ucapan yang diberikan. sepatutnya saya balik minggu ini, menyambut hari kelahiran saya bersama family, tetapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan saya tak dapat balik. jadi mereka cuma memberi ucapan melalui sms saja. apapun saya tetap menghargainya.

kedua, jutaan terima kasih kepada semua sahabat sahabat, rakan rakan dan kawan kawan yang memberi ucapan, terutama nisa yang sanggup post satu entri hanya semata mata untuk mengucapkan selamat hari lahir tersebut. terima kasih banyak banyak. then, tak lupa juga pada rakan rakan yang mengucap ucapan selamat hari lahir di facebook dan friendster atau melalui ucapan mulut saja. terima kasih banyak banyak. syukran jazillan saya ucapkan.

baik! sebenarnya saya tak kisah pun kamu semua ingin ucapkan ucapan tersebut. tapi, saya lebih prefer untuk menyambut hari kelahiran saya mengikut kalender hijrah. kalau mengikut kalender hijrah, tarikh lahir saya jatuh pada 13 ramadhan 1411 bersamaan dengan hari jumaat pada pukul 5.00 petang. jadi, digalakkan sahabat sahabat, rakan rakan dan kawan kawan mengucapkan ucapan selamat hari lahir pada tarikh tersebut.

tapi, alhamdulillah kerana masih ada lagi insan yang masih menghargai insan yang lain di dalam dunia ini. alhamdulillah.

Saturday, March 28, 2009

Sambutan 60 Earth Hour

0 comments

sebelum saya mula bercheritera, saya nak maklumkan bahawa yang saya seorang pencinta alam, alam ciptaan Allah yang amat mengagumkan ini.

baik! baru tadi saya menyambut sambutan 60 earth hour yang dilangsungkan di dataran merdeka [jangan risau. sambutan ini tidaklah seperti sambutan countdown tahun baru dan sambutan countdown hari kemerdekaan]. sambutannya agak meriah, dihadiri ramai pengunjung yang berbilang kaum. tetapi pengunjung yang hadir tidaklah seramai pengunjung yang hadir ke konsert countdown tahun baru dan hari kemerdekaan [saya tak pernah pergi konsert, jadi jangan buat assumption apa apa].

sebelum countdown

program sambutan 60 earth hour ini disempurnakan oleh datuk bandar kuala lumpur, dato' ahmad fuad bin ismail. dan juga dihadiri oleh pengerusi wwf malaysia, datuk tengku zainal adlin bin tengku mansoor. countdown menutup lampu bermula pada pukul 8:29:45 malam. kami semua tertunggu tunggu untuk mengira countdown tersebut. tepat jam 8.30 malam, seluruh kuala lumpur bergelap, termasuk menara kuala lumpur dan klcc. ini merupakan kali pertama saya melihat kuala lumpur tidak bercahaya, seperti blackout. bangunan sultan abdul samad, menara dayabumi, menara bank rakyat dan menara dewan bandaraya kuala lumpur merupakan antara bangunan bangunan berdekatan dataran merdeka yang bergelap. agak teruja dengan kegelapan yang berlaku.

datuk bandar sedang merasmikan 60 earth hour


video countdown

selepas countdown. kuala lumpur bergelap selama 1 jam.

sementara menunggu sehingga pukul 9.30 malam, pengunjung disajikan dengan tarian kebudayaan, sajak sajak yang disampaikan oleh penyajak terkemuka di malaysia dan nyanyian berunsur alam sekitar oleh artis zainal abidin [seorang artis yang cintakan alam sekitar. lagu popularnya : hijau]. semua pengunjung asyik menonton kesemua persembahan tersebut.

tarian kebudayaan ketika sedang bergelap

count-up pula bermula pada pukul 9:29:45 malam. tepat jam 9.30 malam, seluruh kuala lumpur kembali bercahaya dan tidak bergelap lagi. lampu lampu yang menyinari bangunan bangunan di kuala lumpur kembali bersinar. memang menakjubkan. kuala lumpur yang digelar sebagai the city of light menjadi gelap, hanya untuk menyambut sambutan 60 earth hour yang dikelolakan oleh wwf sedunia.

video count-up

kuala lumpur kembali bercahaya

setelah tamat kesemua agenda, para pengunjung disajikan pula dengan juadah juadah yang agak enak. kami semua dapat makan free. apa lagi, balun lah kesemua makanan yang disajikan. dan kemudian saya pulang ke subang jaya.

makan free beb!

60 earth hour, satu sambutan yang sepatutnya diadakan setiap tahun bagi mengurangkan kejadian pemanasan global yang semakin teruk sejak akhir akhir ini. sekurang kurangnya, penduduk dunia prihatin dan sedar akan kejadian pemanasan global ini. saya sebagai salah seorang pencinta alam menyeru kepada para pembaca supaya sedar akan kejadian pemanasan global ini. jika kita tidak mengambil apa apa langkah untuk mengurangkan atau menghentikannya, ianya akan bertambah buruk dan kita akan sentiasa hidup dalam keadaan yang tidak tenang dan tenteram.

datuk bandar ditemu ramah oleh tv3

terima kasih kuala lumpur kerana menyahut seruan wwf sedunia untuk bergelap pada malam 28 mac 2009. untuk pengetahuan semua, kuala lumpur merupakan antara 3000 bandaraya yang menyahut seruan dan cabaran wwf sedunia.

Friday, March 27, 2009

Blog Terbaik

0 comments
baik! mulai hari ini saya mula memerhati blog blog yang tersenarai di dalam list blogosphere saya untuk menilai blog mana yang terbaik, mungkin dari segi penyampaian, layout dan sebagainya.

ini bukannya pertandingan. tapi just ingin menilai blog mana yang terbaik, pada pandangan sayalah. tiada hadiah yang akan diberi, mungkin untuk penilaian yang akan datang. tujuannya ialah supaya para blogger bergiat aktif dalam aktiviti berblogging ini. berikut adalah kategori kategori blog terbaik yang akan dinilai oleh saya sendiri:

~ blog terbaik keseluruhan
~ blog lelaki terbaik
~ blog perempuan terbaik
~ blog layout tercantik
~ blog penyampaian terbaik
~ blog berunsur keagamaan terbaik

*setakat ini saja. kategori kategori lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

kepada sesiapa yang ingin blognya tersenarai di ruangan blogosphere, kamu bolehlah tinggalkan url blog kamu di ruangan ulasan [atas kanan]. sekian, harap maklum.


Thursday, March 26, 2009

60 Earth Hour

0 comments
untuk entri pada kali ini, saya ingin mempromote kempen 60 earth hour yang akan dilangsungkan pada

TARIKH: 28 MAC 2009
HARI: SABTU
WAKTU: 8.30 - 9.30 PM

dengan ini saya sertakan sekali web banner, online badges dan sebuah video mengenai kempen ini.

VOTE EARTH






beberapa fakta yang ingin dikongsi mengenai kempen ini di malaysia dan di dunia:

  • terdapat lebih 23,000 individu, syarikat, sekolah dan badan badan pertubuhan yang menyertai kempen ini di malaysia.
  • lebih daripada 350 syarikat yang menyokong kempen ini.
  • lebih daripada 9 acara yang telah dirancang untuk menyambut earth hour. lawati earthhour.org/malaysia untuk maklumat lanjut.
  • 2140 buah bandaraya dan bandar di dunia menyokong untuk bergelap bagi memberi sokongan kepada kempen ini.
  • earth hour facebook group mempunyai lebih 35,000 ahli dan meningkat setiap hari.
  • klcc, dataran merdeka, menara kl dan putrajaya adalah tempat tempat yang pasti menyertai kempen earth hour ini.

ayuh, marilah bersama sama menyokong kempen ini demi mengurangkan masalah pemanasan global dan masalah pencemaran alam sekitar agar kita sentiasa hidup dalam keadaan yang sentiasa sihat, aman dan harmoni.