
sebelum saya mula bercheritera, saya nak maklumkan bahawa yang saya seorang pencinta alam, alam ciptaan Allah yang amat mengagumkan ini.
baik! baru tadi saya menyambut sambutan 60 earth hour yang dilangsungkan di dataran merdeka [jangan risau. sambutan ini tidaklah seperti sambutan countdown tahun baru dan sambutan countdown hari kemerdekaan]. sambutannya agak meriah, dihadiri ramai pengunjung yang berbilang kaum. tetapi pengunjung yang hadir tidaklah seramai pengunjung yang hadir ke konsert countdown tahun baru dan hari kemerdekaan [saya tak pernah pergi konsert, jadi jangan buat assumption apa apa].
baik! baru tadi saya menyambut sambutan 60 earth hour yang dilangsungkan di dataran merdeka [jangan risau. sambutan ini tidaklah seperti sambutan countdown tahun baru dan sambutan countdown hari kemerdekaan]. sambutannya agak meriah, dihadiri ramai pengunjung yang berbilang kaum. tetapi pengunjung yang hadir tidaklah seramai pengunjung yang hadir ke konsert countdown tahun baru dan hari kemerdekaan [saya tak pernah pergi konsert, jadi jangan buat assumption apa apa].
program sambutan 60 earth hour ini disempurnakan oleh datuk bandar kuala lumpur, dato' ahmad fuad bin ismail. dan juga dihadiri oleh pengerusi wwf malaysia, datuk tengku zainal adlin bin tengku mansoor. countdown menutup lampu bermula pada pukul 8:29:45 malam. kami semua tertunggu tunggu untuk mengira countdown tersebut. tepat jam 8.30 malam, seluruh kuala lumpur bergelap, termasuk menara kuala lumpur dan klcc. ini merupakan kali pertama saya melihat kuala lumpur tidak bercahaya, seperti blackout. bangunan sultan abdul samad, menara dayabumi, menara bank rakyat dan menara dewan bandaraya kuala lumpur merupakan antara bangunan bangunan berdekatan dataran merdeka yang bergelap. agak teruja dengan kegelapan yang berlaku.
video countdown
sementara menunggu sehingga pukul 9.30 malam, pengunjung disajikan dengan tarian kebudayaan, sajak sajak yang disampaikan oleh penyajak terkemuka di malaysia dan nyanyian berunsur alam sekitar oleh artis zainal abidin [seorang artis yang cintakan alam sekitar. lagu popularnya : hijau]. semua pengunjung asyik menonton kesemua persembahan tersebut.
count-up pula bermula pada pukul 9:29:45 malam. tepat jam 9.30 malam, seluruh kuala lumpur kembali bercahaya dan tidak bergelap lagi. lampu lampu yang menyinari bangunan bangunan di kuala lumpur kembali bersinar. memang menakjubkan. kuala lumpur yang digelar sebagai the city of light menjadi gelap, hanya untuk menyambut sambutan 60 earth hour yang dikelolakan oleh wwf sedunia.
setelah tamat kesemua agenda, para pengunjung disajikan pula dengan juadah juadah yang agak enak. kami semua dapat makan free. apa lagi, balun lah kesemua makanan yang disajikan. dan kemudian saya pulang ke subang jaya.
60 earth hour, satu sambutan yang sepatutnya diadakan setiap tahun bagi mengurangkan kejadian pemanasan global yang semakin teruk sejak akhir akhir ini. sekurang kurangnya, penduduk dunia prihatin dan sedar akan kejadian pemanasan global ini. saya sebagai salah seorang pencinta alam menyeru kepada para pembaca supaya sedar akan kejadian pemanasan global ini. jika kita tidak mengambil apa apa langkah untuk mengurangkan atau menghentikannya, ianya akan bertambah buruk dan kita akan sentiasa hidup dalam keadaan yang tidak tenang dan tenteram.
terima kasih kuala lumpur kerana menyahut seruan wwf sedunia untuk bergelap pada malam 28 mac 2009. untuk pengetahuan semua, kuala lumpur merupakan antara 3000 bandaraya yang menyahut seruan dan cabaran wwf sedunia.


0 comments:
Post a Comment