Friday, October 24, 2008

Hilang Lagi

4 comments
...

...

tension...

tension...

tension...

...

...

Helmi: Alif, kau nampak tak kalkulator aku?

Alif: Kalkulator yang baru tu? Aku tak nampak pulak. Sorry la, aku memang tak dapat tolong kau.

Helmi: Tak apa. Aku tau tu.

...

...

Helmi: Have you seen my calculator, Samuel?

Samuel: Wah, missing again? That calculator so expensive right? I'm so sorry, I can't help you because I didn't see your calculator. Sorry.

Helmi: It's ok. Never mind.

[ini dialog penulis tapi penggunaan kata ganti diri 'aku' dan 'kau' terpaksa digunakan untuk memudahkan para pembaca]

ARRGGHHHHH...

TIDAAKKKKK...

NOOOOO...

kalkulator grafik baru saya hilang lagi...

WAAAAA...

saya baru saja beli kalkulator grafik baru itu hari rabu yang lalu [22 oktober '08]. tapi sekarang sudah hilang...

kalau saya jumpa orang yang curi kalkulator saya itu, saya terus saja bunuh orang itu tanpa fikir panjang. serius. tidak lagi mengerat tangan. kali ini bunuh terus. saya tak tipu. saya serius. serius.

pencuri yang akan mati, bersedialah.

fullstop.

p/s: kali ini tak dapat tunjukkan gambar sebab tak sempat ambil gambar kalkulator baru itu. kalau sesiapa masih ingin mencari kalkulator baru itu, dipersilakan. saya akan belanja makan untuk seminggu. serius. tak tipu. model kalkulator - texas instrument [TI-84 Plus], warna light blue, belakang kalkulator ada tulis HELMI ADP.

Wednesday, October 22, 2008

Presentation

0 comments
Tarikh: 23 Oktober 2008
Lokasi: 12.10, 12th Floor, Subang Square.
Masa: 9.15 am

Ms Prema: Ok, which group will present 'The Best Company To Work For' as presentation topic?

Helmi: Miss, my group. Me and Haziq.

Ms Prema: Ok, both of you can present now.


saya ke hadapan.

nervous. teramatlah nervous.

tangan terketar-ketar sambil memegang teks.

apa boleh buat, cuma redha saja. saya mulakan dahulu.

tik...

tok...

tik...

[bunyi jarum jam]

Helmi: Good morning I bid to Ms Prema and to all my friends. Today, we would like to present ... bla ... bla ... bla ...

bla...

bla...

bla...

Helmi: The best company to work for is Google...

bla...

bla...

bla...

Helmi: Ok, that's all from us. Thank you.

Haziq: Thank you.

Ms Prema: Ya, very good. Both of you present very well and explain clearly. Well done.



alhamdulillah, akhirnya selesai juga beban yang amat berat - presentation. tak perlu fikir lagi tentang presentation, buat masa ini. kamu tahu, malam sebelum presentation saya berlatih sendirian. bercakap seorang diri. nampak macam tak betul saja. tapi nasib baik roommate saya sudah tidur. fuh...!!!

tak mahu cakap panjang, esok kena hantar journal.

sebenarnya saya cuma ingin melepaskan beban itu dengan menge'post' entri ini. itu saja.

sekian.

Saturday, October 18, 2008

Kesilapan Matematik

0 comments
setelah saya melawat blog sahabat seprogram saya, mubasyir, saya amat tertarik dengan entri terbaru di blognya. jadi dikesempatan ini, saya cuma meng'copy and paste' beberapa fakta menarik di dalam entri terbaru di blognya. mudah-mudahan fakta ini sedikit-sebanyak dapat menambah ilmu kita.maaf basyir, saya cuma ingin berkongsi ilmu.

fakta-fakta ini memang menarik, unik dan aneh. cuba kamu baca dan renung-renungkan.

yang jelasnya, 1+1=2, 30-15=15, 100x5=500...

tapi pernahkah anda terfikir dengan fakta di bawah:

1+1=1

setitis air dicampur setitis lagi air, tetap menjadi setitis air. betul tak?


6-1=0

rukun iman yang enam itu, jika kamu menolak salah satu,
sudah tentu iman kamu terbatal. setuju?


30+6=365

"barang siapa yang berpuasa ramadhan kemudian
berpuasa enam hari di bulan syawal, maka dia berpuasa
seperti setahun penuh." (riwayat muslim)


1=1000x30

ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan
(didarabkan dengan 30 hari). beruntunglah orang mencapai
pada satu malam tersebut yang hanya ada pada ramadhan.


cuba kamu renung-renungkan semua fakta di atas. adakah hukum matematik perlu diolah kembali? fakta-fakta ini memang menarik. mungkin ianya suatu fakta atau ilmu yang baru bagi kamu. tapi apa salahnya jika kita berkongsi ilmu dengan orang lain. fikir-fikirkanlah.

Saturday, October 11, 2008

Mr Calculator

4 comments
Tarikh: 7 Oktober 2008
Lokasi:
Tan Sri Loy Hean Heong Library II, Subang Square
Masa: 4.05 pm

Helmi: Eh, ziq. Kau nampak tak kalkulator aku.

Haziq: Tak nampak pulak. Cuba tengok kat tempat lain.

Helmi: Eh, tak jumpa jugak la. Eh, mana ek? Aku rasa aku letak kat sini je. Hilang la.


ARGGHHHH...!!!

[ini dialog penulis tetapi penggunaan 'aku' dan 'kau' terpaksa digunakan untuk memudahkan para pembaca]


ARRGGHHH...!!! kamu tahu tak kalkulator saya hilang pada 7 oktober yang lalu. ARRGGHHH...!!! tensionnya. saya amat sayangkan kalkulator saya itu. lagipun ini bukan sebarang kalkulator, ini graphic calculator. mahal harganya. saya baru saja beli kalkulator ini bulan lepas. kira baru lagi, tapi sekarang dicuri orang di subang square. memang tension. gambar kalkulator saya di atas - saya sempat ambil gambar kalkulator kesayangan saya ini sebelum 'dia' dicuri orang. memang kalau saya jumpa orang itu, saya akan kerat tangannya, dengan menggunakan parang milik aqila. saya tahu parang aqila tajam, jadi saya akan gunakan parang dia. maaf aqila.

kepada rakan-rakan, terutamanya rakan-rakan ADP, jika kamu nampak kalkulator saya seperti yang tertera di atas, rampas kalkulator tersebut daripada pemiliknya kerana kalkulator ini memang tiada siapa pun yang guna kecuali saya, rasa-rasanya. tapi sebelum rampas, tengok dahulu belakang kalkulator sebab saya ada tulis Helmi's pada belakang kalkulator. saya akan belanja kepada sesiapa yang ternampak kalkulator itu. serius. saya tak tipu. jadi kepada sesiapa yang ingin makan free, tengok-tengokkanlah kalkulator saya ini.

saya memang rasa amat frustrated. jadi jangan tanya lagi tentang kalkulator baru saya. kepada pencuri, kamu akan tahu siapa sebenarnya helmi. ini helmi tau. helmi. H-E-L-M-I. fullstop.

Wednesday, October 01, 2008

Sambutan Aidilfitri - Special Entry

0 comments
Sehari Sebelum 1 Syawal

Tarikh: 30 September 2008 / 30 Ramadhan 1429H
Hari: Selasa

wah, hari ini serius penat. memang penat. saya tak tipu. hari ini saya ditugaskan untuk mengemas rumah. sebenarnya bukan disuruh tapi atas kerelaan saya sendiri. baik bukan? semangat aidilfitri tiba-tiba hadir di dalam diri saya pada hari ini. tapi tak semua bahagian di dalam rumah saya yang saya kemas. saya cuma mengemas ruang tamu. walaupun hanya mengemas ruang tamu, tapi tetap terasa penat. amat penat. serius. mungkin sebab masih berpuasa. saya hanya mengvakum carpet, menyusun sofa dan meja makan dan mengelap perhiasan-perhiasan di ruang tamu. itupun terasa penat.


hari ini juga ibu saya memasak rendang, hanya untuk keluarga saya. rendang ayam dan rendang daging. mmm...memang sedap. ibu saya juga menyediakan kuah kacang untuk dimakan bersama nasi himpit. tahun ini ibu saya membeli terlalu banyak kuih raya. dapat free pun ada. macam-macam jenis kuih raya. saya tak tipu. serius banyak. ada almond london, semprit, mazola, kuih suji dll. kalau tak ada kuih raya memang tak raya namanya. betul tak?



inilah gambar-gambar kuih raya yang sempat saya ambil. sebenarnya ada lagi tapi cukuplah sekadar ini.

pada malam raya, seperti biasa saya berbuka puasa di rumah saja. berbuka sambil mendengar takbir raya. memang syahdu sungguh. kemudian saya dan keluarga saya bersolat maghrib di rumah. pada waktu isyak, saya ke surau taman saya untuk bersolat isyak dan kemudian saya sertai team takbir dari rumah ke rumah. ya, takbir dari rumah ke rumah. memang seronok. kamu tahu apa yang seronok, nanti saya beritahu. sebelum itu, biar saya cerita dahulu suasananya dahulu.

untuk pengetahuan semua, ada 12 rumah yang saya kunjungi untuk tahun ini. agenda ini bermula pada pukul 9.00 pm, selepas solat isyak dan berakhir pada pukul 1.10 am. memang seronok. kami semua bergerak beramai-ramai dari satu rumah ke satu rumah. memang seronok. ketika bertakbir, saya bertakbir dengan penuh semangat kegembiraan dan bertakbir dengan bersungguh-sungguh. memang seronok. kemudian kami menikmati pelbagai juadah yang enak-sedap-lazat seperti satay, rendang, kuih raya dll, malah sandwich pun ada. memang seronok. tapi yang paling seronok - saya dapat duit raya daripada tuan rumah.



Keluarga Diraja

Tarikh: 1 Oktober 2008 / 1 Syawal 1429H
Hari: Rabu

my family

saya bangun awal hari ini. cukup bersemangat. kemudian, saya mandi sunat hari raya aidilfitri. selepas mandi, saya mengenakan baju raya baru berwarna kuning. memang selesa. untuk pengetahuan semua, tema pakaian keluarga saya untuk hari raya pada tahun ini ialah warna kuning, warna diraja. kemudian, saya bersarapan. bersarapan dengan kuih himpit dan kuah kacang. memang sedap. serius. dah lama tak makan macam ini. tambah-tambah lagi kita sudah tak puasa pada hari ini.

tepat jam 8.00 am, saya sekeluarga ke masjid negeri, seremban. masjid negeri terletak bersebelahan taman tasik seremban dan kompleks majlis agama islam negeri sembilan (mains). solat sunat hari raya aidilfitri bermula pada pukul 8.30 am. sebelum memulakan solat, saya sekali lagi bertakbir dengan penuh semangat bersama-sama jemaah yang lain. kemudian, saya bersolat sunat hari raya aidilfitri dengan penuh khusyuk. serius.

masjid negeri, seremban

selesai saja solat sunat hari raya, saya sekeluarga ke rumah saudara sebelah ibu saya di sikamat, seremban. kemudian, saya sekeluarga ke rumah nenek sebelah ayah saya di klang, selangor. di klang, saya berjumpa dengan saudara mara saya. kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. tapi yang seronoknya saya dapat lagi duit raya.

ayah saya bersama saudara mara di klang

sepupu-sepupu saya [klang]

selang beberapa jam, kami semua bergerak ke rumah saudara mara yang terletak di meru, bangi dan kajang. kami semua bergerak secara konvoi sebanyak 4 buah kereta. dan yang seronoknya, saya dapat duit raya di setiap rumah yang kami singgah. memang seronok. mesti ada yang tertanya mengapa saya berasa seronok / gembira apabila mendapat duit raya. sebenarnya saya gembira sebab saya masih dianggap muda lagi walaupun sudah melanjutkan pelajaran di kolej. tapi hakikatnya memang saya muda lagi, baru 17 tahun.

di sini saya selitkan beberapa gambar keluarga saya yang saya ingin kongsikan bersama.

ketika berada di rumah mak ngah saya [klang]

saya bersama sepupu-sepupu saya

masih bersama sepupu-sepupu saya

sepupu saya - bukhari

ketika berada di kajang

sepupu saya - mubarak

sepupu saya lagi - iqbal. saya memang suka
main dengan dia sebab dia comel.


inilah sebahagian gambar-gambar keluarga sebelah ayah saya yang saya ingin kongsikan bersama. memang seronok apabila mengenang kembali semua gambar-gambar ini. tapi yang paling seronok - dapat duit raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri

2 comments

Member 1: Helmi, Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

Member 2: Helmi, after coming back here, don't forget to bring some kuih raya.

Member 3: Eh Helmi, don't forget to give me angpau.


alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah nak menamatkan bulan yang penuh barakah ini yakni bulan ramadhan al-mubarak. rasanya sekejap saja kita berada di dalam bulan yang amat mulia ini, tak puas rasanya. apapun kita akan menyambut hari raya aidilfitri yang jatuh pada tanggal 1 oktober 2008 bersamaan 1 syawal 1429H. sungguh, memang saya rasa tidak puas berada di dalam bulan ramadhan. saya pun tak tahu mengapa.

di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf zahir dan batin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika saya pernah melukakan hati anda, menyinggung perasaan anda atau pernah terkasar bahasa, saya memang ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan dahulu dan sekarang. dan halalkan makan minum saya jika saya pernah terambil, termakan, terminum makanan dan minuman anda semua. marilah kita hidup dengan harmoni dengan melupakan segala kesalahan-kesalahan dahulu.

adakah anda semua berada di kampung sekarang? jika ya, jangan pula lupakan saya. kalau ada lemang, rendang, ketupat yang terlebih berilah pada saya. tak la, gurau-gurau je. anda semua tahu tak yang saya dan sahabat-sahabat ADP Taylors terpaksa skip kelas hari jumaat kerana ingin menyambut hari raya aidilfitri. memang tak patut sungguh program director kami. fullstop.

saya akan pulang ke kampung pada hari raya pertama. jadi malam esok insyaAllah saya akan join team takbir dari rumah ke rumah. wah, rindunya. harap-harap saya masih boleh dapat duit raya. ya, duit raya. saya memang rindukan duit raya. nanti anda semua juga berilah saya duit raya. saya memang nakkan duit raya. saya nak duit raya...!!!

akhir kata, saya sekali lagi ingin memohon ampun dan maaf andainya;


TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana mana
TERpekik kat telinga
TERhantuk dikepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena mena
TERmacam macam lagi
Yang kena mengena


diharapkan anda semua memaafkan saya. ingatlah, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangya dari diri saya sendiri. setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan dan kesilapan. dan ingat, jangan lupa beri saya duit raya. saya nak duit raya...!!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin



Sunday, September 21, 2008

Nak Puasa Ke Tak Nak?

0 comments
Tarikh: 17 September 2008
Lokasi: Terminal 1, Seremban

Masa: 1.00 pm


Muslim 1: Weyh, tolong pi beli air 100 plus kat kedai tu.

Muslim 2: Ha'ah la. Aku haus ni. Kau belikan la untuk aku.

Muslim 1: Apsal pulak aku yang kena beli. Nanti orang lain tau la yang aku tak puasa.

Muslim 2: La, kalau aku beli pun oran
g lain tau gak yang aku tak puasa.

Muslim 1: Rupa kau tak macam orang Melayu sangat. Diorang
mungkin ingat yang kau bukan Islam.

Muslim 2: Ye la. Aku pi beli sekarang.


[ini bukan dialog penulis, jadi penggunaan kata ganti diri 'aku' dan 'kau' terpaksa digunakan untuk memudahkan para pembaca]

cuba anda semua perhatikan semula dialog-dialog di atas. adakah mereka itu tergolong dalam golongan orang-orang yang bertakwa. tentunya tidak. mereka tidak bertakwa kepada Allah swt. sekali-kali tidak. Allah swt berfirman yang bermaksud:

cuba anda semua perhatikan semula ayat al-Quran di atas. Allah swt menerangkan kepada kita bahawa kita wajib berpuasa agar kita menjadi orang yang bertakwa. lihat. kita wajib berpuasa supaya kita menjadi orang yang bertakwa. jadi mereka yang tidak berpuasa [kecuali yang uzur] memang dilaknat oleh Allah swt kerana tidak melakukan suruhan yang telah diperintah oleh Allah swt. ingatlah al-Quran merupakan salah satu kitab yang mana jika kita sentiasa berpegang padanya nescaya kita tidak akan sesat selama-lamnya.

cuba anda semua muhasabah diri anda. adakah anda pernah meninggalkan puasa secara sengaja di bulan Ramadhan? ingatlah, Allah swt melaknat mereka-mereka yang tidak menunaikan perintah-Nya dan anda juga sedia maklum bahawa puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. rukun Islam ibarat sebuah rumah, jika kita tidak melakukan salah satu rukun-rukun tersebut, rumah tersebut akan cacat dan tidak teguh binaannya dan mungkin rumah tersebut akan roboh. jadi, cuba anda muhasabah diri anda semula dan bertaubatlah jika anda pernah melakukan kesalahan berat ini.

bagaimana pandangan anda tentang tazkirah ringkas tadi? saya cuma berlatih untuk menulis tazkirah seperti di atas, tambah-tambah lagi sekarang kita berada di dalam fasa ke-3 bulan Ramadhan : pembebasan dari api neraka. 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini juga terdapat malam yang dikenali sebagai malam Lailatul Qadr yang mana malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan. jadi rebutlah peluang tersebut dengan memperbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir ini.

p/s : ingat, puasa. jangan pula tidak puasa. semua dialog-dialog dan gambar-gambar di atas hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena-mengena dengan yang hidup dan yang sudah meninggal dunia.

Saturday, September 13, 2008

Katakan TAKNAK pada PLKN...!!!

4 comments
< AARRRGGGHHHH.... >


"Kenapa menjerit?"

"Arrgghh...saya terpilih sebagai peserta PLKN siri ke-6 tahun 2009,"

"Hahaha...padan muka,"

"Sampai hati kamu cakap saya macam itu. Sedih saya,"

"Alamak, emo pulak. Sorry la ek."

cuba anda semua beritahu saya, apa kebaikan PLKN? bagi saya perkataan PLKN saja membuatkan saya berasa amat meluat. benci. benci. benci. saya memang anti-PLKN.

PLKN memang menyusahkan. betul tak? saya memang tidak suka pada PLKN sebab saya tidak suka pada semua aktiviti-aktiviti PLKN. lebih baik belajar di Taylor's daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti tersebut.

saya katakan begitu sebab saya terpilih sebagai salah seorang peserta PLKN siri ke-6 2009. tahulah umur saya masih 17 tahun, tapi saya sedang belajar. saya sedang belajar. anda tentu faham perkataan tersebut, bukan? mengapa mereka memilih saya sebagai salah seorang peserta PLKN? adakah mereka tidak tahu yang saya sedang belajar? aahhh...mereka memang sengaja mengenakan saya. saya akan hantar surat permohonan pengecualian kepada ketua pengarah jabatan PLKN. harap-harap surat permohonan yang akan saya hantar nanti diterima. rakan-rakan semua, doakan saya. saya tak mahu pergi PLKN. please! jasa baik anda amat diperlukan sekarang, tambah-tambah lagi sekarang ini kita berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan berkat.

sekiranya anda merasakan PLKN memang hebat, beritahu saya. biar saya buktikan PLKN memang tidak hebat.

"anti-PLKN selamanya."


"katakan TAKNAK pada PLKN."