Sunday, September 21, 2008

Nak Puasa Ke Tak Nak?

Tarikh: 17 September 2008
Lokasi: Terminal 1, Seremban

Masa: 1.00 pm


Muslim 1: Weyh, tolong pi beli air 100 plus kat kedai tu.

Muslim 2: Ha'ah la. Aku haus ni. Kau belikan la untuk aku.

Muslim 1: Apsal pulak aku yang kena beli. Nanti orang lain tau la yang aku tak puasa.

Muslim 2: La, kalau aku beli pun oran
g lain tau gak yang aku tak puasa.

Muslim 1: Rupa kau tak macam orang Melayu sangat. Diorang
mungkin ingat yang kau bukan Islam.

Muslim 2: Ye la. Aku pi beli sekarang.


[ini bukan dialog penulis, jadi penggunaan kata ganti diri 'aku' dan 'kau' terpaksa digunakan untuk memudahkan para pembaca]

cuba anda semua perhatikan semula dialog-dialog di atas. adakah mereka itu tergolong dalam golongan orang-orang yang bertakwa. tentunya tidak. mereka tidak bertakwa kepada Allah swt. sekali-kali tidak. Allah swt berfirman yang bermaksud:

cuba anda semua perhatikan semula ayat al-Quran di atas. Allah swt menerangkan kepada kita bahawa kita wajib berpuasa agar kita menjadi orang yang bertakwa. lihat. kita wajib berpuasa supaya kita menjadi orang yang bertakwa. jadi mereka yang tidak berpuasa [kecuali yang uzur] memang dilaknat oleh Allah swt kerana tidak melakukan suruhan yang telah diperintah oleh Allah swt. ingatlah al-Quran merupakan salah satu kitab yang mana jika kita sentiasa berpegang padanya nescaya kita tidak akan sesat selama-lamnya.

cuba anda semua muhasabah diri anda. adakah anda pernah meninggalkan puasa secara sengaja di bulan Ramadhan? ingatlah, Allah swt melaknat mereka-mereka yang tidak menunaikan perintah-Nya dan anda juga sedia maklum bahawa puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. rukun Islam ibarat sebuah rumah, jika kita tidak melakukan salah satu rukun-rukun tersebut, rumah tersebut akan cacat dan tidak teguh binaannya dan mungkin rumah tersebut akan roboh. jadi, cuba anda muhasabah diri anda semula dan bertaubatlah jika anda pernah melakukan kesalahan berat ini.

bagaimana pandangan anda tentang tazkirah ringkas tadi? saya cuma berlatih untuk menulis tazkirah seperti di atas, tambah-tambah lagi sekarang kita berada di dalam fasa ke-3 bulan Ramadhan : pembebasan dari api neraka. 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini juga terdapat malam yang dikenali sebagai malam Lailatul Qadr yang mana malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan. jadi rebutlah peluang tersebut dengan memperbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir ini.

p/s : ingat, puasa. jangan pula tidak puasa. semua dialog-dialog dan gambar-gambar di atas hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena-mengena dengan yang hidup dan yang sudah meninggal dunia.

0 comments: