lepas aku stalk blog kawan2 aku, terjumpa pulak satu quote ni pasal kawan.
sesekali jadilah kawan yang mendengar dari hanya bercerita. ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. jadilah kita kawannya itu. kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu... tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
termenung sejenak bila aku membaca quote ni. yes, tak dinafikan aku ada ramai kawan disekeliling aku. ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang real friend, ada juga yang fake friend. ramai! tetapi tak semua orang boleh kita share perasaan kita. tak semua orang sanggup mendengar apa yang kita nak kongsikan. kebiasaannya real friend atau true friend saja yang sanggup mendengar segala luahan hati kawan2nya. aku tak rasa kita sanggup share perasaan kita dengan fake friend, orang yang depan kita baik, tapi dibelakang mengutuk kita, mengumpat kita etc.
jika kita ingin menjadi seorang kawan yang baik, jadilah seorang pendengar yang baik. real friend sanggup mendengar segala luahan hati kawan2nya. dia juga sanggup memahami perasaan kawan2nya, terutama ketika susah. tetapi janganlah jadi kawan seperti kata2 ini: "berkawan dengan kita apabila kita hidup senang, dan meninggalkan kita apabila kita hidup susah". kawan2 sebegitu bukan real friend. erti kata lain, fake friend dan mereka ni hanya menumpang kesenangan dan kegembiraan kita tatkala kita hidup senang, dan membuang kita tatkala kita hidup susah. berkawan biarlah bukan hanya pada masa2 tertentu. sebaliknya berkawan sepenuh masa, tak kira semasa waktu susah atau senang. itulah real friend yang sebenarnya.
apabila kita berkawan, eloklah kita selami kisah suka duka, pahit manis kehidupannya. mungkin dia nampak sentiasa ceria dan gembira, padahal dia sebenarnya terseksa jiwa dan raga. buang perasaan pentingkan diri dan sentiasa melebih2kan kawan2 kita. sebenarnya kawan2 kita inilah yang akan menjadi kekuatan kita ketika kita berasa sedih dan kecewa. tanpa mereka, kita mungkin akan sentiasa berada dalam kesusahan dan kekalutan. kalau ikut falsafah hidup aku pasal kawan, aku sanggup buat apa saja untuk kawan2 aku dan kadang2 aku melebih2kan kawan2 aku daripada diri aku sendiri, terutama kawan2 yang rapat dengan aku. aku tak kisah aku hidup merana, asalkan kawan2 aku hidup bahagia.
jadi, marilah kita menghargai dan mengenal erti persahabatan itu. bukan susah pun untuk menghargai persahabatan yang telah terjalin. jangan pula ketika dia masih hidup, kita melupakan dia dan apabila dia mati, kita mencari2 dia. ingat, kawan, sahabat dan teman adalah anugerah Tuhan paling berharga selepas ibubapa kita. kisah pahit manis, suka duka kita bersama kawan2 kita akan sentiasa terpahat di dalam memori kita. kita pun tahu, hidup di dunia ini hanya sementara. gunalah saki baki masa yang ada ini untuk menghargai dan menyayangi kawan2 kita agar kita semua sentiasa hidup ceria dan bahagia selama2nya :)
quote di ambil dari blog Irfan.
DG: aku sayang sangat kawan2 aku. tanpa mereka, siapalah kita..



0 comments:
Post a Comment