Saturday, August 06, 2011

Selamat Berpuasa

0 comments
aih, aku ni kalau diikutkan memang malas gila nak update blog. sorry lah sebab asyik busy je. tapi bila tak busy, mood nak update blog takda langsung. pelik tak pelik aku ni, memang pelik.

tapi entri kali ni pendek je. aku just nak ucap selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia, terutama di kawasan Amerika. moga Ramadhan kali ini lebih baik dan bermakna daripada tahun2 sebelumnya. beribadah lah sebanyak mungkin kerana pada bulan ini, segala amalan2 kita akan diberi ganjaran berlipat lipat kali ganda, pintu syurga terbuka luas dan pintu neraka ditutup rapat, serta syaitan2 dirantai dan dibelenggu. insyaAllah, dengan amalan yang ikhlas yang kita kerjakan akan menjadikan kita seorang yang lebih baik dan soleh :)

salam ramadhan


DG: mesej ini dibawakan kepada anda oleh DG :)

Wednesday, August 03, 2011

Jom Kita Ke Dapur

0 comments
haha.. memang tak ada kerja aku berblogging pagi2 buta ni. tiba2 dapat inspirasi nak post entri terbaru pasal masakan aku yang tak berapa ok dan lame sebenarnya. kali ini aku mempersembahkan masakan terbaru aku... jeng jeng jeng... ikan masak kari! teet.. masakan orang-dah-lama-tahu-dan-aku-teruja-dapat-masak.

well, ini adalah masakan aku yang seterusnya selepas gulai masak lemak. aku memang suka masak gulai masak lemak sebabnya itu memang feveret aku sejak kecil. rasa2 dah pernah mention kot sebelum ini yang aku suka gulai ketam masak lemak masakan mak aku. fuhh.. terliur aku beb! dah la time puasa ni :|

selepas aku contact kawan aku, irfan from nebby [nama irfan je banyak dalam blog aku ni =.=] so dengan bangganya aku pun mulalah masak masakan kari ini. banyak nasihat dan tunjuk ajar beliau yang aku ikut. maklumlah, dia ni chef terhebat di rantau Amerika Utara. cakap je masakan apa, insyaAllah perut anda takkan pernah merasa kecewa :)

tung tang tung tang...

akhirnya masak juga ikan masak kari aku.



err.. bolehlah kan. technically, dah second time aku masak kari ini. tapi yang kali ini aku masak dengan cara yang serius dan sentiasa memastikan tahap piawaian masakan yang bermutu tinggi. cewah.. tak tahulah bagi korang nampak sedap ke tak, tapi bila aku rasa, umphh.. lazat!

anyhow, thanks to irfan sebab bagi resipi dan tunjuk ajar. aku ni bukanlah pandai mana pun dalam bidang masakan. maklumlah, mak aku je yang biasa masak kat rumah. bila kat sini, terasa noob gila kalau tak pandai masak. member2 aku ramai yang pandai masak. so disebabkan ada kawan aku yang boleh jadi life saver, aku pun mintak lah jasa baik beliau. terima kasih daun keladi, lain kali minta ajar lagi :)

DG: aku tetiba teringat beliau sebab malam ini aku akan ke rumah beliau :)

Sunday, July 24, 2011

Google+

0 comments
yeah.. setelah beberapa lama aku memiliki Google+ account, berjaya juga aku cipta satu video baru yang berkaitan dengan Google+. video ini sedikit pun tak di sponsor oleh Google, tapi aku tak kisah. as long as mesej aku sampai, aku dah cukup happy dah.

jom saksikan video terbaru aku, my Google+.


well, apa pendapat korang? i mean Google+, bukan video aku. menarik bukan? aku takde lah nak cakap Google+ better dari Facebook, but to think about it, new features yang ada kat Google+ looks interesting and better than Facebook. for example, circle. maaf sebab aku tak tunjuk secara detail pasal circle dalam video aku sebabnya aku taknak orang tengok friends aku, tapi feature terbaru circle ni memang terbaik! korang boleh groupkan kawan2 korang dalam beberapa circle and don't worry, friends kita yang telah di'circle' tak tahu pun dorang di'circle' dalam circle mana [ayoo.. banyak pulak circle2 ni]. but you get what i mean right? so don't worry and don't bother pun, because sometimes mesti kita terfikir, kalau dia tahu aku circle dia dalam circle yang tak best, let say "Budak Nakal", mesti akan ada problem nanti. haha.. tak pasal2 aku jadikan circle tu sebagai verb.

next, hangout. sorry sekali lagi sebab tak detailkan pasal hangout, tapi korang boleh tengok semua new features ni dalam video below. not bad lah this feature. fyi, Google memperkenalkan dahulu this feature on Google+ dan tak lama daripada itu, Facebook pula memperkenalkan Video Chat. well, honestly speaking, Video Chat on Facebook sucks. aku pernah try dengan kawan aku dan kitorang tak dapat dengar suara masing2. last2 end up guna Skype. aku pun tak pernah lagi try feature terbaru hangout ni, tapi insyaAllah akan  di'try' dalam masa terdekat.

aku tak mampulah nak cerita everything pasal Google+ sebab terlalu banyak feature2 baru yang Facebook takde. tapi aku bersyukur dan berbesar hati sebab aku boleh di classify sebagai 1st Generation User of Google+. sebab masa aku sign up Google+ account, memang tak ramai pun lagi yang ada Google+ account even until now. anyway, thanks a lot to fizah because she was the one yang invite aku. below aku sertakan sekali video2 dari Google, The Google+ Project.





*****

dulu aku ingat lagi masa mula2 ada account Facebook. frankly speaking, masa aku buat account Facebook in year 2008, tak ramai pun ada account Facebook. serius. boleh kata aku pun tergolong dalam golongan yang terawal menggunakan Facebook di Malaysia. dan aku lah yang banyak invite kawan2 aku thru email. sepanjang 3 tahun aku menggunakan Facebook, banyak gila pembaharuan yang telah dilakukan. alhamdulillah, aku sempat merasa layout Facebook yang lama. yes, memang lain gila daripada sekarang.

old Facebook layout

yes, aku memang jenis suka update pasal social network ni. Friendster, Facebook, Twitter, Tumblr, YouTube, LinkedIn, Myspace, Formspring, Hi5, Tagged etc, semua account aku ada. cakap je apa. yang terbaru Google+. lepas ni apa pulak? dan aku sebenarnya amat kecewa dengan pembaharuan Friendster yang sekarang menjadi laman sosial yang bertemakan permainan game online. habis profile aku dan semua gambar2, comment2 aku di delete. tak apalah. benda dah berlaku, nak buat macam mana kan. insyaAllah aku akan terus update pasal social network ni because surfing the internet is my hobby :)

DG: seriously, i love Google+ :)

Saturday, June 04, 2011

Fireflies

0 comments
okay, aku terjumpa benda tag2 ni kat facebook seseorang and looks interesting. so aku just nak cuba and check it out..

RULES:
1. Put your music library on shuffle. 
2. For each question, press the next button to get your answer. 
3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4. Ok, go!

1. If someone says, “Is this okay?” you say
Kings and Queens - 30 Seconds to Mars

2. How would you describe yourself? 
This Love - Maroon 5

3. What do you like in a guy/girl?
Right Thru Me - Nicki Minaj

4. How do you feel today? 
A Lonely September - Plain White T's

5. What is your life’s purpose?
Need You Now - Lady Antebellum

6. What's your motto? 
Right Now Na Na Na - Akon

7. What do your friends think of you?
Aishiteru - Zivilia

8. What do you think of your parents? 
Because of You - Kelly Clarkson

9. What do you think about very often?
Only Girl - Rihanna

10. What is 2 + 2?
It Ends Tonight - The All-American Rejects

11. What do you think of your best friend(s)?
Too Far Gone - The All-American Rejects

12. What do you think of the person you like?
Shut Up & Kiss Me - Orianthi

13. What is your life story?
American Boy - Estelle

14. What do you want to be when you grow up? 
Bring Me Down - Lenka

15. What do you think of when you see the person you like?
What You Waiting For - Mizz Nina

16. What will you dance to at your wedding? 
Runaway - Kenya West

17. What will they play at your funeral?
Rainbow Veins - Owl City

18. What is your biggest fear? 
Boulevard of Broken Dreams - Green Day

19. What is your biggest secret?
4 In The Morning - Gwen Stefani

20. What will you post this as?
Fireflies - Owl City

DG: well, aku suka no. 8, 12, 13 (i am an american boy), and 15. haha.. ada yang make sense and ada gak yang mengarut. hope you guys enjoy and thanks for reading this :D

Sunday, May 29, 2011

Masak Lemak

0 comments
uh.. aku teringin sangat nak post pasal masak lemak ni. asyik busy je lately ni *padahal malas nak post. anyway, aku happy sangat sangat hari ini sebab dapat masak masakan paling best dalam dunia - masak lemak. feveret aku kot. kalau masak dengan ketam, pergh.. feveret dari kecik.

kalau nak diikutkan, ni bukan masakan aku yang pertama. tapi yang ketiga. dah tiga kali dah aku masak masakan ni. dan yang membanggakan masakan ni adalah masakan kedua aku kat ISU ni selepas kari. alah, masak kari pun guna perencah. bukan sedap mana pun.

back to the topic, aku just nak kongsi je pengalaman aku masak masakan best ni. nothing special pun. orait, jom kita ke dapur...



so, ini merupakan first attempt aku masak ayam masak lemak. nampak sedap tak? haha.. first attempt aku ni memang sedap. fyi, aku masak ni untuk semua housemate aku, bukan untuk aku sorang. tau apa respond dorang? "pergh.. sedap dow masak lemak kau". hehe..

okay, selang beberapa minggu + bulan, aku ke dapur lagi untuk masak masakan marvelous ni. oh, ni bukan bermaksud aku tak makan beberapa minggu + bulan, tapi masak lauk ni. ingat aku alien ke tak makan selama tu. so, tada...



okay, serius aku cakap. yang ni memang lame. tak sedap. member aku cakap sedap je sebab lapar punya pasal, cuba tak lapar, tengok pun tak ingin kot. serius, second attempt aku masak ayam masak lemak tak berapa menjadi. sebabnya.. terlebih air. kalau diikutkan, santan yang aku tuang dah cukup dah. tapi, tangan aku gatal sangat letak air banyak banyak. kan dah tak menjadi :(

okay, still tak puas hati. baru tadi aku masak untuk third attempt.



alhamdulillah, memang marvelous. the best masak lemak ever, among dua attempt sebelum ni la. sedap lagi masak lemak mak aku :) well, ikan masak lemak aku kali ni menjadi. sebabnya.. aku letak air sikit ja. tapi still ada kekurangan. di sebabkan kentang rumah aku out of stock, so tak ada la ingredient penting tu. but, still sedap. aku makan bertambah tambah. fuh, terasa nikmat makan tadi :)

so, aku sebenarnya nak ucap thank you so much kat member aku sorang ni, irfan yang tinggal kat nebby sebab dialah yang ajar aku buat masak lemak. serius, aku ni tak berapa pandai masak. masak nasi goreng pandai la. tapi bila aku datang rumah dia haritu, dia masak ayam masak lemak dan secara indirectly bagi aku inspirasi untuk masak masakan ni. lagipun, dia la yang bagi resipi dia kat aku. so once again, thank you so much my friend :) harap dapat belajar lain pulak :P

well, that's it. as i said, i just wanna share this experience with you. nothing much, nothing special. hope you guys enjoy reading it :)

DG: oh, lepas ni aku nak try masakan lain pulak la kot :D

Saturday, May 21, 2011

Rahmat Ujian

0 comments
salam.

i have been going through a lot lately. seriously. especially last semester. well, aku tak nak cerita panjang. tapi aku memang bersyukur sangat sangat. as a saying goes "kalau kita ingat Allah, Allah akan ingat kita". dalam Al-Quran pun ada menyebut "setiap kesulitan, ada kemudahan" dalam surah Al-Insyirah. mak aku pun selalu pesan benda yang sama. so alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan aku mengharapkan ianya berterusan. aku tak tau la nak cakap apa, tapi memang aku terasa sangat atas pertolongan Allah sepanjang semester lepas. tak apa, aku rasa lagu di bawah ni memang berkait rapat sangat sangat dengan apa yang aku lalui. jom sama sama hayati lirik lagu Rahmat Ujian - Mestica :)




DG: ya Allah, berilah petunjuk dan hidayah kepada hamba-Mu supaya lebih dekat dengan-Mu. ameen..

Sunday, April 17, 2011

Kawan!

0 comments


uish, dah bersawang-sawang dah blog aku ni. hampir 2 bulan kot tak update. baik, mari kita bersihkan blog ni :)

sebenarnya, kebosanan melanda ketika belajar di library ni, so sambil mendengar lagu best ni, aku pun menulis entri ni. jom sama sama dengar lagu dan hayati entri pada kali ini :D




hmph.. aku sebenarnya just nak bincang pasal kawan hari ni.

sedihkan bila kawan yang kita selalu agung-agungkan, kawan yang selalu kita sebut-sebut, kawan yang selalu kita dampingi, kawan yang pernah buat kita ketawa dan senyum setiap hari, kawan tak putus-putus menolong dan beri nasihat, akhirnya cuba buat sesuatu yang kita kecewa dan terasa.

bagi aku kawan ni anugerah Tuhan yang berharga, selepas ibu ayah yang telah menjaga kita. tanpa kawan, hidup ini bagai tidak sempurna. serius, memang tak sempurna. ada cacat celanya dalam kehidupan jika kawan tidak menyinari dalam hidup kita.

kawan bagaikan permata, kawan bagaikan cahaya, kawan bagaikan pelita.

bayangkan kalau kita hidup keseorangan, tanpa ditemani oleh kawan kawan, tentunya hidup kita sunyi. tapi terus terang aku nak cakap, aku memang memilih dalam berkawan. bukan semua kawan kita adalah kawan kita yang sebenarnya, malah sesetengah daripada mereka adalah lawan kita. erti kata lain, kawan yang sebenarnya adalah kawan yang banyak menolong kita di dalam kesusahan, banyak membuatkan kita sentiasa gembira dan banyak memberi nasihat kepada kita jika kita melakukan kesalahan nyata. itu sebenarnya makna kawan dalam kamus hidup aku. dan sepatutnya menjadi makna kawan dalam kamus hidup kalian juga. kawan yang menjadi lawan adalah kawan yang tidak menyokong kita, suka perli kita, tidak suka cara hidup kita, melabel kita yang bukan bukan dan paling teruk membenci kita. mereka sebenarnya bukanlah kawan kita yang sebenarnya. percayalah dan fikirkanlah!

persoalannya, adakah kawan yang kita pilih itu yang sebelum ini banyak membuatkan kita gembira dan membantu kita, akhirnya membuatkan kita luka, akan menjadi kawan kita sampai akhirnya?

siapa kata manusia tak pernah dilukakan hatinya? bagi aku, setiap manusia pernah terluka dan terasa. tetapi, mengapa perlunya luka itu timbul? kan senang jika kawan kita tak melakukan sesuatu yang buat kita terasa. semuanya neutral. mengapa ianya harus berlaku? mengapa?


oh, sekadar itu sahaja. haha.. aku bukan emo. ini just random entry. tak ada kena mengena dengan orang yang sama ada hidup, ataupun yang telah meninggal dunia.

DG: tapi, siapa yang tergigit cili, dialah yang terasa pedasnya!

Friday, February 25, 2011

Alamak!

2 comments
oh.. aku sebenarnya kebosanan. tak tau nak buat apa. surfing sana, surfing sini. last last singgah blogger.com then update blog aku yang dah bersawang ni.

well, bila teringat balik kenangan aku time winter kat Ames, Iowa ni, banyak gila dugaan. bukan nak cakap apa la, tapi time winter memang sejuk gila. i mean gilerzz.. serius owh. paling rendah suhu setakat ni cecah -23 C. and my expression was like O_O ohmaigod! kalau sejuk biasa biasa je ok lagi, tapi kalau ada angin kuat, ya Allah sejuknya sampai masuk ke dalam tulang. tu la, gatal sangat pilih universiti belah utara, kan dah kena.

hmph.. aku sempat la jugak merasa main ski and snow tubing di Seven Oaks, Boone, Iowa (oh baru masuk point aku tulis entri ni). tapi memang amat amat tak puas. dapat main dalam tempoh 2 jam je dengan bayaran USD20. oh, i wish i could spend more time playing with the ski equipment. guess what, it was AWESOME!!! believe me though masa main tu kaki rasa macam nak ter"patah" dah sebab kalau tak pandai control kaki masa main ski, kaki boleh terpeleot, terseliuh, tercabut etc etc.

aku saja nak kill the time. lepas ni nak masuk tidur dah ni. oh aku maybe akan cuba untuk update blog aku yang tak berapa nak hidup ni dalam masa terdekat. busy owh study kat US ni, sampai tak ada masa nak update blog aku ni. aku selitkan sikit gambar gambar aku semasa bermain ski. check them out!

aku, Abang Sam dan Seven Oaks

Seven Oaks

aku sebelum terkinja kinja keluar

member and instructor ski aku

oh, puasnya main ski :D


DG: kan best kalau kat Malaysia ada tempat main ski macam ni :P