Monday, July 26, 2010

Apakah?

0 comments
haha. aku baru je habis kemas bilik, tu pun ada lagi saki baki barang yang belum dikemas. malas la pulak nak continue.

well, aku baru je dapat berita yang JPA students yang akan ke Iowa State University (ISU) dijangka fly 7 ogos 2010. wth? awal gila. mana adil macam ni. MARA, where are you? kenapa senyap je. pre departure pun tak buat lagi. aku pulak tak settle visa lagi ni. haih. hari khamis ni baru start interview visa, dah la nak dapat visa US pun susah. argh. apakah? tak sepatutnya berlaku macam ni.

aku bukan nak tuduh MARA bukan bukan, sumpah sana, maki sini, tapi imagine la, 13 ogos 2010 dah start orientation, less than one month kot. nasib baik winter clothes, luggage etc dah settle. sekarang ni tunggu pre departure MARA yang dijangka diadakan pada 9 ogos 2010, kat HQ MARA. sigh. apa boleh buat? doa banyak banyak je la.

DG: adoy, kenapa lah MARA suka buat benda last minute? budak JPA dah settle banyak benda awal awal dah. sigh.

Friday, July 23, 2010

Uhuk Uhuk~

0 comments
adoy, terbatuk batuk lak aku. haih. penat mengemas blog aku yang bersawang dan berhabuk ni. siap ada lipas berkeliaran lagi. akhirnya, dapat la jugak aku menghias hias sikit blog aku yang berhabuk dan bersawang ni.

oh, aku cuma nak kemas blog aku yang dah berhabuk ni je. nothing much. maybe entri terbaru akan diupdate dalam masa terdekat. harap dapat bersabar.

p/s: aku dalam proses menukar beberapa polisi dalam blog ni, yang rasa rasa tak relevan lagi mungkin akan diubah. jangan risau, polisi tu akan aku siarkan di ruangan sidebar dan tidak akan menyusahkan para pembaca :)

chill~

Friday, May 14, 2010

Mari 'Terbang' Ramai Ramai

2 comments
woot woot!

wohoo aku cukup gembira semalam. setelah aku berdoa dan solat hajat banyak banyak, alhamdulillah aku check result aku di portal taylors dengan hati yang gembira, penuh dengan kesyukuran. alhamdulillah juga dengan result aku tu, aku dapat melanjutkan pelajaran aku ke united states kelak.

insyaAllah aku akan ke iowa state university of science and technology, ames, iowa dalam bidang aerospace/aeronautical engineering. untuk pengetahuan kamu semua, negeri iowa merupakan salah satu negeri east di united states, terletak ditengah tengah antara negeri minnesota, wisconsin, illinois, missouri, nebraska dan south dakota. negeri iowa boleh dikategorikan sebagai kawasan utara (north region) dan suhu di negeri ini agak sejuk. aku difahamkan pada musim panas (summer), suhu pada waktu tengah hari ialah 8 degree celcius. jadi kalau pada musim sejuk (winter) mungkin dibawah 0 degree celcius. whoaa sejuk kot. sebenarnya boleh je cari atau pilih university university di south region tapi aku lebih prefer north region sebab nak merasa kesejukan di bawah 0 degree celcius. heh! more info about iowa, click here.


oh, banyak lagi perkara perkara yang belum aku selesaikan untuk ke sana. visa la, housing la, register class la, buat ID card la. sigh. memang kena buat cepat cepat ni, kalau buat last minute nanti banyak masalah pulak. oh, aku nak kongsikan sikit gambar gambar university aku kelak, insyaAllah.








alright, setakat tu je kot yang dapat aku kongsikan. insyaAllah aku akan update lagi akan datang. thanks for reading this blog btw.


IOWA STATE UNIVERSITY OF SCIENCE & TECHNOLOGY,
HERE I COME!

Saturday, April 17, 2010

Ouch!

0 comments

ouch! finals tinggal seminggu saja lagi. sigh!

Wednesday, March 31, 2010

Terima Kasih | Thank You | 谢谢 | 감사합니다

2 comments
aku tak mahu cakap panjang panjang, just nak ucap

Terima Kasih | Thank You | 谢谢 | 감사합니다

atas semua ucapan ucapan

Selamat Hari Lahir | Happy Birthday | 生日快乐 | 생일 축하

pada tanggal 29 mac 2010 bersamaan hari isnin.



ucapan ucapan dari facebook:

1. zhing loong louis
2. affiz choop
3. nor hafizah chocofiz
4. nurul hidayah omar
5. syahizan zulkiffili
6. vasu sree
7. vj kwan
8. irfan rabenalt
9. norfaizah mahmud
10. maryam fatanah mazzuan
11. rayhan tupye
12. lau soon kiat
13. faris shapian
14. muhammad azeem
15. shaqif cestus
16. rhaneem radzali
17. ahmad ridhwan mustafa
18. terence tiong
19. mandy chan
20. anan mohamad akmal adanan
21. khairul anhar
22. aqila aini
23. amir asyraf fozi
24. jed 유천
25. dzulfahmi salehuddin
26. rozaina hamzah
27. elvina lee
28. francis kian seng tay
29. azim muhthar
30. roe wan
31. fizree rashid
32. muhammad norfazli razali
33. hariz zainal
34. hazmira hamdan
35. khairunnisak hamidun
36. nurul hasanah norman
37. salehuddin arib
38. kuya mu'az
39. nicholas jeyaratnam
40. nur hasliza hisham
41. unji bestro
42. kong chun yeep
43. john ng
44. 'n'ate river dazia
45. keehee lai
46. alif roslan
47. nazrin ramli
48. shanggar ganesh
49. kamil ariff md fiah
50. urooj ibrahim
51. muhammad hakim
52. mohana eswari
53. zulkifli mohdtahir
54. ali imran
55. hana farina
56. nicholas tan
57. raja naqiuddin
58. huzaifah hamdan
59. janice kgx
60. kelvin benignus
61. ahmad khairulnidzham
62. daphne soo kar yee
63. ahmad ashraf
64. farah nur ain hushin
65. munzer shamsul
66. kenny chong
67. cha nee wang
68. nurul ngetnget nurul
69. muhammad amiry
70. thilagan raja sekaran
71. muhammad naim nor azmi
72. nur syuhada zakaria
73. nicole teo
74. muhd faisal khairuddin
75. afif ashyraf


ucapan ucapan dari sms:

1. my beloved mom
2. my little sister
3. anisah diyana jasni
4. bean nakamura
5. irfan rabenalt


ucapan ucapan face-to-face:

1. kong chun yeep
2. pranavan
3. amir ali
4. alief acmal
5. shanggar ganesh


thank you a lot guys. i really appreciate it! :)

Saturday, March 27, 2010

Earth Hour

0 comments

please support earth hour by switching off lights from 8.30pm-9.30pm
on march 27, 2010

i'm voting because i care!

Sunday, March 07, 2010

Warkah Istimewa

0 comments
aku tahu, masa sentiasa bergerak. tidak pernah berhenti. sentiasa bergerak ke hadapan. tidak pernah kebelakang. pernah aku berangan angan, mahu masa ini bergerak ke belakang, agar aku dapat mengubah hidup aku ke arah yang lebih baik. tapi itu hanya angan angan dan tidak akan berlaku walaupun Allah itu maha berkuasa, tapi hukum Allah juga mesti diambil kira. dan semestinya hukum Allah itu tetap dan tidak boleh berubah, contohnya kita sedut oksigen, bukan karbon dioksida, dan sehari pasti 24 jam, tidak pernah berkurang dan terlebih. termasuk juga masa, mesti ke hadapan, tidak pernah ke belakang.

dan aku tahu, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. aku sukakan pertemuan, tapi dalam diam diam aku bencikan perpisahan. kerana perpisahan pasti melibatkan kesedihan. dan semestinya setiap manusia bencikan kesedihan, sesungguhnya fitrah manusia sukakan kegembiraan. kalau lah masa boleh berputar ke belakang, pasti kegembiraan datang semula. tapi seperti aku kata sebelum ini, masa sentiasa bergerak ke hadapan dan tidak ke belakang.

pada pertengahan tahun 2008, aku bertemu dengan seseorang, yang mana beliau akan menjadi naqib aku yang baru bagi menggantikan naqib aku yang sebelum ini, abang fendi. pertama kali aku mengenali beliau, dia memang seorang yang baik dan peramah. juga beliau seorang yang educated dan well-rounded, seorang engineer Islam yang berjaya. nama beliau ialah tengku asyraf bin tengku mohmed noor izam. beliau menjadi naqib aku yang baru semenjak detik pertukaran naqib tersebut sehinggalah pada hari khamis yang lepas [4 mac 2010], yang mana beliau pula yang mengumumkan pertukaran naqib yang baru. memang pada mulanya aku terkejut. memang tak disangka sangka bahawa kami akan bertukar naqib, secara tiba tiba, tanpa sebarang apa apa notis dan pengumuman.

tapi alhamdulillah, sepanjang aku bersama sama dengan abang asyraf, banyak perkara yang aku pelajari dan tempuhi. banyak kenangan pahit dan manis bersama beliau, terutamanya ketika kami mengadakan rehlah ke cameron highlands, pahang. itulah memory yang tak dapat aku lupakan sehingga kini. banyak lagi kenangan aku dan sahabat sahabatku bersama dengan beliau, termasuk berbuka puasa dirumahnya, rumah terbuka ketika bulan syawal dan semestinya ketika kami berusrah dengan beliau. dan sekarang kami terpaksa berpisah dengan beliau. walaupun ianya bukan perpisahan buat selama lamanya, tapi aku tetap merasa perpisahan ini mengundang kesedihan. dalam diam diam aku merasainya. tapi insyaAllah, dengan kehadiran naqib yang baru dalam 'keluarga' kami tidak melunturkan semangat kami untuk meneruskan liqa' kami bersama sama dengan naqib baru kami, abang tiqi.

abang asyraf,

ana nak minta maaf kalau ana pernah buat kesalahan dan kesilapan sepanjang tempoh abang menjadi naqib / madu' ana. banyak perkara yang ana pelajari daripada abang. syukran jazillan atas segala galanya dan insyaAllah ana akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan syiar ini sehingga ke united states kelak. ana tahu ana ada kelemahan, tapi insyaAllah ana akan cuba perbaiki kelemahan ana. ana harap segala memorable memory bersama abang sentiasa dalam ingatan ana. oh ya, dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat pengantin baru, semoga berkekalan sehingga ke anak cucu, insyaAllah. sekali lagi, syukran jazillan ya akhi.

p/s: maaf kalau kalau bahasa yang digunakan agak tunggang terbalik, sebab sememangnya aku dah lama tak menulis dalam bahasa melayu.



syukran ya akhi!
selamat pengantin baru.

Sunday, January 10, 2010

Mamak Tercucuk Garpu Di Kepala Pelanggan. Ngeri!

1 comments
aku sebenarnya kebosanan pada malam yang hening ini. tak tahu nak buat apa. padahal esok pagi sesi persekolahan musim sejuk '10 akan bermula. aduh! malasnya nak ke sekolah

nak tahu subjek aku? aku ambil subjek physics 1 & 2, engineering problem solving dan intro to computer bagi semester kali ini. nampaknya aku terpaksa lah belajar bersungguh sungguh. ini kerana semester pada kali ini merupakan semester terakhir aku di taylor's university college yang tercinta ini dan juga bertujuan bagi meningkatkan cgpa aku yang masih berada di bawah paras memuaskan. tuih! kau tengok lah nanti, aku akan berusaha bersungguh sungguh. malunya kalau aku tak lepas ke US kelak. nauzubillah!

heh! bangkit helmi. kau boleh lakukan yang terbaik bagi semester musim sejuk pada kali ini. kau boleh. serius. terus berusaha dan jangan leka leka lagi. tanamkan azam dan lakukan yang terbaik. ingat pesan ibubapa dan guru guru. belajar bersungguh sungguh. bak kata ibu sejak akhir akhir ini, "pulun! dapatkan yang terbaik. jangan leka." baik, aku akan lakukan sebaik yang mungkin. ayuh, bangkit dari tidur helmi. kau boleh. boleh. boleh!!!


usaha + doa + tawakal = kejayaan

dalam erti kata lain

kejayaan = melanjutkan pelajaran ke US +
menjadi seorang jurutera berjaya

jadi

usaha + doa + tawakal = melanjutkan pelajaran ke US +
menjadi seorang jurutera berjaya

aku mahu rumus sebegini. ayuh helmi!



p/s: perenggan terakhir adalah kata kata semangat untuk aku. abaikan saja.