Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri 1430

4 comments

dikesempatan ini, aku dengan sukacitanya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau kalau aku pernah buat salah, tersinggung perasaan, terkasar bahasa, terambil barang tanpa kebenaran, terambil makanan & minuman tanpa izin, tersepak ke, terterajang ke, tersiku ke, tersekeh ke, terngumpat ke, terphysco ke, memang aku nak minta maaflah.

nanti kalau kamu ada buat open house ke, ajaklah datang ke rumah. dapatlah merapatkan silaturrahim. kalau ada duit raya lebih, pandai pandailah belanja orang, nani orang cop kita mat kedekut pula. so aku sebenarnya tak nak cakap panjang lebar, nanti ada pula yang terasa pula. so pandai pandailah jaga diri time raya ini, jangan putus jari, putus kaki, terkeluar biji mata sudahlah.

baiklah, sebelum berundur diri, aku nak ucap sekali lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

Monday, September 07, 2009

Flickr : Forum Kemerdekaan

0 comments


oh ya, tanggal 5 september 2009 yang lepas, aku telah menghadiri satu forum kemerdekaan yang dianjurkan oleh ISMA shah alam klang. forum ini telah diadakan di masjid negeri sultan salahuddin abdul aziz shah, shah alam. jadi aku ingin berkongsi beberapa gambar ketika menghadiri forum tersebut.

[Klik Sini]

[Klik Sini]

Sunday, August 30, 2009

Dah 52 Tahun Merdeka, Tapi Masih Bodoh Lagi!

0 comments


Saya dengan rasa bersyukurnya mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT
HARI KEMERDEKAAN KE-52

Semoga kita sentiasa hidup dalam keadaan yang
aman, makmur, harmoni dan sejahtera
sampai bila-bila.
Insya-Allah

___________

Dengan ini, bersempena dengan Hari Kemerdekaan Ke-52 yang
jatuh pada tanggal 31 Ogos 2009, dengan rasa rendah dirinya,
saya merasmikan laman web terbaru saya

Muhammad Helmi's Official Website

Saya berharap anda dapat meluangkan masa sedikit
untuk melawat laman web yang baru ini.

Digalakkan supaya anda dapat meninggalkan sebarang komen dan cadangan supaya penambah baikan akan dilakukan dari semasa ke semasa.


Friday, August 28, 2009

President Obama Gives Ramadan Message

0 comments
lets listen to the message from the most influential president in the world, president barack obama.

Tuesday, August 25, 2009

Burp~Burp~Burp

0 comments

alhamdulillah. aku baru balik dari rumah Allah yang terletak di ss15 yang diberi nama masjid darul ehsan atau nama famousnya mde.

aku berbuka puasa disana, berlaukan kurma daging, ikan masih dan sayur campur. heh! kenyang juga aku hari ini.

aku rasa memang best sungguh lah berbuka puasa di masjid. dapat bergaul dengan ramai orang, terutama yang sedang berada di perantauan. semoga suasana begini berterusan sampai bila bila.

ouh! lagi 20 minit lagi aku kena bergegas semula ke masjid, menunaikan pula solat isyak dan solat sunat tarawikh. heh! 8 rakaat, tapi macam 20 rakaat, ambil masa selama satu jam untuk selesaikan solat sunat tarawikh 8 rakaat. tapi alhamdulillah, banyak ganjaran yang boleh diperolehi sebenarnya. bersyukur saja pada Allah.

Monday, August 10, 2009

Ibu Terpijak Anak. Anak Gigit Kaki Ibu Sampai Putus. Apa Ini?

2 comments



tanggal 4 ogos 2009 yang lalu, aku telah dimasukkan ke wad sri delima, hospital pakar seremban. apa sebabnya?



pada mulanya aku berasa sakit di bahagian peha kaki kananku ini. kesakitan ini berlarutan berbulan bulan lamanya. jadi disebabkan aku tak mahu menanggung kesakitan itu lagi, aku bersama ayahku ke hospital pakar seremban [seremban specialist hospital] yang terletak di kemayan square, seremban. kami berdua ke klinik dr wan hazmy che hon, seorang pakar tulang dan kecederaan sukan di tingkat 1 hospital tersebut. setelah mendengar dan meneliti penjelasan dan kawasan kesakitan tersebut, dia mahu saya dimasukkan ke wad untuk dibuat pemeriksaan secara imbasan dengan menggunakan mri.






aku dimasukkan ke wad sri delima, tingkat 3, hospital pakar seremban. di situ aku dilayan sebaik baiknya. agak mewah berada di hospital itu. iya lah, hospital swasta katakan. tv ada disediakan disetiap katil, didatangi oleh jururawat jururawat yang baik lagi comel ke katil aku setiap masa dan kita boleh memilih makanan apa yang kita mahu [menu diberikan]. memang agak menyeronokkan.







pada malam 5 ogos 2009, aku ke bilik dianogsis pengimejan. disitu terdapat pelbagai mesin mesin yang digunakan untuk mengimej badan kita seperti x-ray, ultra sound, mri dan sebagainya. aku mula dimasukkan ke mesin mri bermula pada pukul 7.30 malam sehingga 9.00 malam. agak kebas badan aku ketika berada di dalam mesin tersebut sebab aku tak dibenarkan bergerak langsung walaupun seinci di dalam mesin mri.



aku berada di hospital tersebut selama hampir 3 hari sehingga 6 ogos 2009. setelah doktor meneliti semua imej yang telah dirakam menggunakan mesin mri, doktor kata salah satu disk di tulang belakang aku terkeluar sedikit dan terkena saraf tunjang di dalam tulang belakang. sebab itu aku sakit di bahagian peha kaki kanan. jadi doktor kata aku sudah boleh keluar wad kerana tak berapa serius, tapi doktor membekalkan aku beberapa jenis ubat untuk dibawa pulang supaya meredakan kesakitan itu.

begitulah kisahnya ketika saya berada di hospital pakar seremban tempoh hari. ini merupakan kali pertama saya di masukkan wad hospital dan pengalaman ini mengajar saya supaya sentiasa menjaga kesihatan pada masa akan datang.

Sunday, May 24, 2009

Hitler Kecewa Dengan Batch 6 SASER

6 comments
mari tonton ramai ramai


Tuesday, May 12, 2009

Memori SMKDHMR : Takkan Hilang Di Minda

0 comments
aku baru pulang dari smk dato' hj mohd redza [smkdhmr], sekolah lower form kesayanganku bersama sama sahabat sahabat baikku ketika berada di sekolah tersebut. amat menggembirakan. sumpah. aku tak tipu. aku dapat berjumpa dengan ramai cikgu cikgu aku dahulu, dikala mereka menjadi mencurahkan segala ilmu yang telah mereka ajarkan kepadaku pada waktu dahulu. amat menakjubkan.

kisah bermula begini [mungkin kali ini ceritanya lebih spesifik bagi mengenang kembali detik bersejarah dan bermakna ini].

7.30 pagi

aku keluar rumah bersama ibuku dan menghantar ibuku ke klinik kesihatan. baik. aku hantar ibuku di depan klinik kesihatan. kemudian aku balik ke rumah semula. aku, kamil dan cepoi sudah berjanji untuk bertemu tepat jam 9.00 pagi. jadi aku tunggu saja di rumah sehingga pukul 9.00 pagi. sambil menunggu, aku menonton filem death race yang baru dicopy dari laptop irfan. terima kasih irfan. sedar tak sedar, jarum jam telah menunjukkan tepat jam 9.15 pagi. adeyh. tak tepati janji.

9.15 pagi

*toot*. aku terima mesej. "mi nk amik cpoi ke x?". mesej dari kamil rupanya. aku balas yang aku akan jemput cepoi tapi aku tak tahu rumahnya, tapi kamil tahu. jadi aku terpaksa jemput kamil dahulu. aku ambil kunci kereta dan terus pecut ke rumah kamil. selang beberapa minit, aku sampai di depan rumah kamil. so aku pun ke rumah cepoi. setelah aku menjemput cepoi, kami semua ke rumah merul. owh, kami sebenarnya ingin buat lawatan mengejut ke rumah merul. surprise lah orang kata.

sesampai je di depan rumah merul, aku tengok sunyi sepi je rumah tu. tapi instinct kami cakap yang merul ada di rumah. jadi kami 'tertengok' ke dalam rumah. 'ter' je, bukan sengaja. owh, merul tidur di ruang tamu. apalagi, kami pun ketuklah pintu rumah ramai ramai. dia terjaga. haha. dia terkejut beruk. dia pun buka pintu rumah. kami semua berbual bual lah dengan dia sampai pukul 10.30 pagi.

10.30 pagi

heh! kami semua bergegas ke smkdhmr, menaiki kereta yang aku pandu. sesampai saja kami di hadapan sekolah, kami bergerak ke bilik guru. oh, ramainya cikgu. mula mula kami bertemu dengan pn rosia timah. dulu dia pernah mengajar kami subjek kemahiran hidup. oh ya, dia guru kesayangan aku masa dulu dulu. lol. kemudian kami bergerak ke kantin sekolah setelah guru yang dicari cari tidak ketemui: cik rose aina, pn saodah dan en khalil.

kami pun menjamah selera di kantin sekolah. menu: nasi goreng dan air soya. sedang kami menikmati kelazatan makanan yang dibeli, kami pun terserempak dengan pn hasnah atau lebih dikenali sebagai ustazah hasnah. oh, dia mengajar subjek bahasa arab. kami banyak juga berbual dengannya. dia kata dia nak aku bagi talk motivasi kepada para pelajar form 1 dan form 2. wah, aku rasa seperti dihargai. yang peliknya, tiba tiba je. mungkin dia dah lama nak contact aku, tapi disebabkan tiada nombor telefon aku, sebab itulah dia tak dapat contact aku.

kami bergerak ke bilik guru semula. oh, aku bertemu dengan ustaz wan ruzaha. dia pernah mengajar aku subjek pendidikan Islam di saser dahulu. oh, terkejut aku pabila aku bertemu dengannya. apa tidaknya, sebelum ini dia mengajar di sekolah saser, tiba tiba pula mengajar di sekolah lama aku. macam macam dia bagi aku nasihat supaya jaga tingkah laku dan akhlak, lebih lebih lagi aku akan ke luar negara. baik, ustaz. segala nasihat akan aku patuhi, insyaAllah.

kemudian aku bertemu dengan cik rose aina. dia mengajar subjek matematik. aku suka dia mengajar. seronok. dia kata kami ini anak soleh lah ni, jumpa cikgu cikgu. heh! insyaAllah cikgu. kami akan jadi anak yang soleh. oh, sedang kami berbual bual dengan cik rose aina, kami bertemu pula dengan pn zanariah. dia mengajar subjek english. kami pun sempatlah juga berbual bual rinngan dengannya sebab dia ada urusan.

kami juga sempat bertemu dengan pn nuridah [matematik form 1], pn zuraizah [pendidikan Islam form 4; sekejap saja dia mengajar kami kecuali cepoi, tapi dia banyak beri nasihat pada kami] dan en shamsudin [bahasa melayu; kami sempat bersalaman dengannya sebab masa itu dia mahu ke kelas].

12.15 tengah hari

kami pun pulang ke rumah merul. kami mahu lepak sekejap di rumah merul sambil main ps. haha. dah lama tak main ps. maklumlah aku tak ada ps di rumah. kami main ps sampai pukul 3.30 petang. kami main game winning [game bola].

3.30 petang

aku hantar kamil dan cepoi ke rumah masing masing. kemudian aku pun balik ke rumah. wah, penatnya hari ini. ya, saya rehat sepuas puasnya selepas itu.


oh, aku rasa agak terharu sebab akhirnya pada hari inilah aku bertemu kembali dengan sahabat sahabat baikku dan cikgu cikgu aku dahulu. bukan senang nak dapat bertemu seperti ini. insyaAllah cikgu, sebelum aku fly ke US, aku akan pastikan yang aku akan bertemu semula dengan semua cikgu cikgu. terima kasih cikgu atas segala galanya; mencurahkan kepada kami ilmu ilmu yang bermanfaat dan memberi kami segala nasihat dan dorongan supaya kami berjaya. terima kasih juga kepada kamil, cepoi dan merul. engkau semualah yang banyak menggembirakan aku sepanjang aku berada di sekolah tersebut. terima kasih atas segala galanya. insyaAllah, jika masih ada umur yang panjang kita semua akan bertemu kembali.


p/s: aku minta maaf banyak banyak sebab tiada gambar yang dapat dipertontonkan. aku terlupa nak ambil gambar. tidak mengapa, akan datang aku tak akan lupa, insyaAllah.