Monday, March 23, 2009

Aku Di Hina!

2 comments
sejak kebelakangan ini, aku asyik tidak tenteram. duduk sedikit, terasa sakit. belajar sedikit, terasa sakit. makan sedikit, terasa sakit. aku pun tak tahu apa yang terjadi pada diri aku ini.

aku rasa macam ada tak kena dengan hidup aku sejak kebelakangan ini. aku cuba meneliti kembali apa yang aku telah aku lakukan, namun jawapannya masih samar samar dan belum kutemui solusinya. semakin hari semakin sakit [hipotesis menarik]. tapi, aku dapat menanganinya dengan tabah dan dengan penuh kesabaran.

sebenarnya hal ini melibatkan sahabat sahabat aku sendiri. aku rasa seperti aku dihina. ya, dihina! mereka seperti mempergunakan aku untuk kepentingan sendiri. aku dijadikan orang suruhan, kadang kadang. mereka langsung tidak menghargai aku dikala aku menolong mereka, dikala aku menghormati mereka. namun, aku tetap tabah. aku selalu memanjatkan doa kepadaNya supaya aku menjadi orang yang cukup sabar. sesungguhnya, Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar [1:153]. jadi, solusi untuk masalah yang aku hadapi ini ialah dengan memperbanyakkan bersabar.

kadang kala aku tak faham dengan sesetengah perwatakan orang. kadang kala ok, kadang kala sebaliknya. tidak stabil. mungkin hormonnya dijangkiti kulat berkaki lapan [pelik]. ataupun hormonnya dijangkiti virus yang tempang kakinya. tidak stabil. mungkin sebab itulah perwatakan sesetengah orang berubah rubah, mengikut masa dan tempat. disebabkan perubahan perwatakan itulah yang menyebabkan aku terkesima, terasa sakit. bukan sakit tubuh badan, bukan sakit hati tapi sakit emosi.

tapi yang pasti, aku dihina sejak akhir akhir ini oleh sahabat sendiri. memang tidak secara direct tetapi secara kiasan yang sukar untuk dilihat dengan mata kasar. tapi aku tetap tabah menghadapinya, walaupun terpaksa berdepan dengan masalah masalah lain. dengan kesabaran aku ini, aku yakin, aku percaya yang satu hari nanti aku akan dibalas dengan sesuatu perkara yang lebih baik lagi.

aku tahu entri kali ini penuh dengan repekan hati yang tidak ikhlas ini. apapun aku mohon maaf kepada semua para pembaca atas ketidak masyukan entri pada kali ini.

Saturday, February 28, 2009

Mari Lompat Ramai Ramai

4 comments
[perkataan kata ganti diri 'aku' dan 'kau' mungkin akan digunakan dalam entri kali ini]

penumpang 1: ok semua. jangan panik. relax. bertenang.

penumpang 2: attention. kepada sesiapa yang terambil beg dompet dan handset saya, tolong pulangkan balik. kalau nak duit, bagitau saya tapi jangan ambik dompet dan handset saya.

penumpang 3: waaa...nak balik!!!

penumpang 4: cuba awak call nombor ktm ni. mungkin orang ktm boleh tolong.

penumpang 5: #*%$#!@% [censored]


beginilah gelagat beberapa penumpang tren ktm pada minggu lepas. apa yang telah berlaku?

ceritanya begini. pada minggu lepas, aku ke mid valley untuk membeli sesuatu. tepat jam 8.30 malam aku tunggu tren di stesen ktm mid valley. tunggu punya tunggu, diumumkan tren ke kl sentral delay, ingatkan beberapa minit saja, rupanya 1 jam. pergh!!! aku memang panas gila time tu. tapi apa boleh buat. tunggu sajalah.

apabila jarum jam tunjuk tepat pukul 9.30 malam, barulah tren ktm datang. tapi apa yang mengejutkan semua penumpang termasuk aku sendiri, tren tersebut kosong. tiada sesiapa pun yang ada di dalm tren. jadi, apa lagi kami semua berebut rebut untuk mendapatkan tempat di dalam tren.

apabila tren sudah di isi dengan manusia manusia malang termasuk aku, tren mula bergerak perlahan lahan. selang beberapa minit tren tersebut berada di landasan tren di bangsar, tidak jauh dengan stesen kl sentral. tiba tiba...

lampu di dalam tren terpadam dan tren tersebut tidak bergerak. semua penumpang mula panik. tapi kami semua ditenangkan oleh pemandu tren. katanya, tren yang kami naiki itu ada gangguan elektrik dan ini penyebab tren tersebut tidak berganjak sedikit pun walau seinci.

tiba tiba, datang seorang gadis muda, mungkin dalam lingkungan 20an berteriak dari satu gerabak ke satu gerabak untuk mencari beg dompet dan handsetnya yang hilang dicuri orang.

gadis muda: attention. kepada sesiapa yang terambil beg dompet dan saya, tolong pulangkan balik. kalau nak duit, bagitau saya tapi jangan ambik dompet dan handset saya.

tapi semua penumpang diam membisu. takut takut dituduh menjadi pencuri. semua penumpang termasuk aku mengecheck semua barang barang yang ada pada diri sendiri, takut takut menjadi mangsa yang seterusnya.

tapi aku tertarik dengan ada 2 orang adik beradik ini, mereka banyak membantu semua penumpang ketika kejadian ini berlaku. yang aku tahu seorang namanya harith dan seorang lagi dipanggil angah. mereka berdua banyak menyelesaikan masalah ketika kami semua sedang terpinga pinga, tidak tahu nak buat apa. si harith bernegotiate dengan pemandu, apa yang perlu dibuat dan kemudian memaklumkan kepada kami semua. si angah pula menguruskan gadis tersebut yang kehilangan beg dompet dan handsetnya.

kejadian ini berlarutan sehingga pukul 10.15 malam, hampir sejam kami terperangkap di dalam tren. selang beberapa minit, pemandu mengumumkan bahawa semua penumpang perlu lompat parti. eh eh, silap. lompat dari tren. pintu tren di buka dan semua penumpang dikehendaki melompat keluar dari tren dan menunggu sebuah tren bantuan yang akan tiba sebentar saja lagi.

arahannya, semua lelaki dikehendaki melompat keluar terlebih dahulu, barulah diikuti oleh kaum hawa. tujuannya, supaya lelaki yang gagah seperti aku ni dapat menolong kaum hawa turun dari tren. ini bukan sebarang lompat tau. memang agak tinggi. tapi apa boleh buat, lompat saja.

apabila semua penumpang telah turun dari tren, kami semua menunggu di atas landasan. nasib baik tiada tren yang lalu lalang di landasan tersebut, kalau tidak semua penumpang menghabiskan riwayat mereka dengan begitu saja di situ. terus ditanam ditempat tersebut. apa tidaknya, ratusan umat yang terkandas, bukan seorang dua.

selang beberapa minit, tren bantuan tiba. kami semua bergembira apabila melihat tren tersebut datang membantu kami. tapi, apa yang membuatkan kami terkejut ialah, tiba tiba saja tren tersebut terbakar. serius. bukan satu tren terbakar, enjinnya saja tiba tiba berasap. aduh! buat masalah pula. tidak berapa lama kemudian, 4 orang bomba datang menyelamatkan keadaan. aduh sekali lagi! masalah lain pula yang timbul. jadi kami semua tunggu sajalah sehingga masalah tersebut selesai.

tiba tiba, kami semua diberitahu tren tersebut tidak boleh bawa kami semua. jadi kami dikehendaki menunggu sebuah lagi tren bantuan. aisey! penat beb! tapi nak buat macam mana, tunggu sajalah. dan akhirnya tren tersebut pun tiba. kami semua dapat naik tren tersebut, akhirnya. dengan bantuan bomba, semua penumpang dapat naik tren tersebut dengan selamat.

ding ding ding. stesen kl sentral. stesen kl sentral.

kami semua bersorak keriangan. ada yang menepuk tangan. ada yang bersorak. semua gembira. akhirnya tiba juga kami di stesen kl sentral. jam telah pun menunjukkan pukul 10.45 malam. aku bergegas ke platform 5 untuk ke laluan pelabuhan klang.

aku rasa ini merupakan pengalaman yang memang tidak boleh dilupakan. lagipun, amat jarang sekali masalah ini berlaku. tapi saya bersyukur kerana saya selamat sampai ke subang jaya dengan selamat dan dengan jayanya pada pukul 11.35 malam.

gambar gambar kenangan. kenangan ke?

Sunday, February 22, 2009

22 Feb : Hari Lahir Siapa?

0 comments
dengan ini, saya sebagai penulis ingin mengucapkan selamat hari lahir ke-19 kepada salah seorang sahabat saya.

semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia serta berjaya di dunia mahupun di akhirat.

saya juga ingin memohon maaf kepada kamu sekiranya saya pernah melakukan kesalahan dan kesilapan terhadap kamu. ingatlah, setiap manusia pernah melakukan kesalahan dan kesilapan. nobody's perfect in this world except His prophets. harap maaf diterima. syukran.

terima kasih atas segala galanya yang pernah kamu lakukan. syukran jazillan saya ucapkan. hanya Allah saja yang dapat balas segala jasa baik kamu sepanjang saya bersahabat dengan kamu. syukran.

akhir kata, selamat hari lahir ke-19.



p/s : maaf, namanya terpaksa dirahsiakan atas sebab musabab untuk tidak memalukan dan mendedahkan maklumatnya.

Friday, February 20, 2009

Apa Sudah Jadi?

0 comments
since blog ini sudah berhabuk dan bersawang dek kepadatan jadual penulis, ditambah pula dengan assignment yang diberi terlalu banyak serta kekeringan idea penulis, jadi penulis ingin mencoret sesuatu di dalam blog ini.

sejak kebelakangan ini, saya asyik tertekan atas sebab musabab yang mengecewakan. tapi, alhamdulillah sekarang saya dapat atasinya. fullstop.

dan sebab itu blog ini sudah bersawang dan berhabuk. lebih sebulan blog ini ditinggalkan begitu saja. kesian. tidak mengapa blog da great's story, sekarang saya sedang membersihkan kamu. bukan blog ini saja yang berhabuk, blog hidup seorang perantau yang baru dirasmikan sebulan yang lalu juga terkubur begitu saja.

tapi jangan risau, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengupdate kedua dua blog saya ini dalam masa terdekat dengan entri entri yang lebih menarik, berguna, bermanfaat dan mantap. semoga hasrat saya ini tercapai dan mendapat sambutan para pembaca.

ayuh, mari bersama sama menggegarkan dunia blog.

Wednesday, December 31, 2008

Tahun 2009?

0 comments
alhamdulillah, kita telah pun berada di dalam tahun 2009. semoga azam baru kita untuk tahun 2009 dan juga tahun 1430H ini akan terlaksana dengan jayanya.

ini sahaja refleksi yang saya dapat ingat. saya amat berharap agar tahun 2009 dan tahun 1430H ini lebih bermakna dan lebih baik daripada tahun tahun sebelumnya.


mungkin orang lain sedang sibuk dan bersiap sedia pada malam tahun baru untuk menyambut tahun baru 2009, tapi saya sekeluarga merapatkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan di eye on malaysia pada malam tersebut.



sekadar perkongsian. kita sepatutnya berasa simpati terhadap saudara saudara kita yang ditembak, dibom, disembelih dan sebagainya di bumi palestin. ayuh, bersama samalah kita berdoa agar mereka sentiasa mendapat rahmat dan berkat daripada Allah dan berjaya menentang dan memerdekakan negara mereka daripada anjing zionis yang sememangnya kejam dan tidak berperikemanusiaan.


hidup palestin!

kita sememangnya perlulah mengambil berat tentang saudara saudara kita di bumi palestin ini kerana mereka juga merupakan saudara saudara seislam kita juga. Rasulullah saw pernah bersabda:


barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang hal ehwal umat Islam maka dia bukanlah dari umatku.


maka, renung renungkanlah hadis di atas. akhir kalam, pastikan azam baru kita untuk tahun 2009 dan tahun 1430H ini akan terlaksana dengan jayanya dan mari bersama sama mendoakan kejayaan saudara kita di bumi palestin menentang penjajah yahudi yang zalim dan kejam. rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan


SELAMAT TAHUN BARU 2009


Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

2 comments

saya cuma mahu mengucapkan salam maal hijrah dan selamat tahun baru 1430H kepada semua pembaca blog ini serta kepada seluruh umat Islam di dunia ini. semoga hidup kita pada tahun 1430H ini sentiasa diberkati dan dirahmatiNya dan semoga tahun 1430H ini juga kita menjadi lebih baik daripada tahun tahun sebelumnya, amin. pastikan azam kita untuk tahun baru ini lebih bermakna dan lebih baik daripada azam kita pada tahun tahun sebelumnya. akhir kata, bersama samalah kita berubah menjadi lebih baik pada tahun 1430H ini supaya kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.

SALAM MAAL HIJRAH


Apa Ini?

2 comments
...

...

hurm hurm hurm

saya sebenarnya mahu berkongsi beberapa gambar yang saya rasa pelik-tapi-benar dan lucu-tapi-tak-terkeluar-bebola-mata ketika saya berada di alor star, kedah tempoh hari.

baik, mari kita lihat gambar pertama ini.


cuba kamu perhatikan betul betul gambar ini. apakah? adakah ini sebuah ambulans atau sebuah lori? agak pelik bukan. pasti para pesakit takut untuk menaiki ambulans ini.

gambar kedua


masa mula mula terlihat tulisan yang terpampang ini, saya tergelak keseorangan. saya mula berfikir, adakah orang akan datang ke 'klinik' ini? tukang gigi? agak lucu juga. sepatutnya klinik gigi bukan? mesti orang tidak mahu datang ke klinik gigi ini. bunyinya agak menakutkan. biasanya perkataan 'tukang' ini berkaitan dengan pertukangan yang melibatkan alatan alatan seperti gergaji, pahat dan tukul.

tidak mengapa. biarkan saja.

gambar ketiga.


ketika saya lihat perkataan yang terpampang ini juga saya tergelak keseorangan, ibarat orang gila. cuba kamu baca betul betul. everybody tukang jahit? ops, maaf. saya tidak mahu menjadi tukang jahit. saya mahu menjadi seorang engineer, bukan tukang jahit.

baik, ini saja gambar gambar yang saya sempat tunjukkan. bagi saya, gambar gambar ini agak pelik-tapi-benar dan lucu-tapi-tak-terkeluar-bebola-mata. tapi apa pula bagi kamu?

ini saja entri untuk hari ini. sekian.

Friday, December 26, 2008

Buatmu Yang Bernama Sahabat

0 comments
Buatmu Yang Bernama Sahabat

sahabat,
kau pengisi kesunyiaanku,
kau pendorong kejayaanku,
kau penyelesai masalahku,
kau sukar ku cari ganti,
walau sejuta kau yang satu,
yang sanggup berkongsi segalanya,
suka duka, pahit manis kita bersama,
masihkah kau ingat?

sahabat,
biar bintang hilang wananya,
biar bulan hilang serinya,
biar pelangi hilang coraknya,
jangan kita hilang hubungan,
hubungan yang terjalin atas dasar ukhwah,
yang terjalin secara rela,
bukan untuk seketika,
bukan juga sementara,
tapi untuk
selamanya...


SALAM UKHUWAH



sajak ini dituju khas kepada semua sahabat sahabatku yang mengenali diriku ini. semoga hubungan ukhuwah yang terjalin berkekalan selama lamanya. ingatlah, kita bersahabat biarlah kerana Allah. Nabi saw pernah bersabda:


dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:


ada 7 golongan yang dilindungi oleh Allah di bawah naunganNya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya, iaitu: pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dengan ibadah kepada Allah, seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid, dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik tapi ia mengatakan: aku takut kepada Allah, seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahsiakannya sampai tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah dalam kesendirian, lalu menitiskan air matanya.

[hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

kepada sahabat sahabatku sekalian, renung renungkanlah hadis sahih di atas. akhir kata, semoga ukhuwah antara kita terjalin erat kerana Allah untuk selama lamanya.


p/s: petikan sajak daripada blog saudara fakhrul