Wednesday, June 12, 2013

Balik Kampung


tik tok tik tok.. lagi 3 hari je lagi aku akan balik ke Malaysia. perasaan? bercampur2. gembira ada, sedih pun ada. sebabnya macam2 benda aku kena fikir bila aku balik Malaysia nanti. tapi yang pastinya, aku nak makan puas2 bila balik nanti. nasi lemak, roti canai, nasi dagang, satay, ayam KFC etc, semua aku nak rasa. bukan takat rasa, nak makan sampai puas dan sampai nak termuntah. sumpah! asyik duk makan nasi arab, pizza, roti subway je kat sini. kalau rajin masak, dapatlah makan makanan Malaysia, takpun kalau family kat sini ajak makan2. tu pun takdelah sedap mana pun, i mean family2 masak sedap, aku yang masak je tak sedap. haih..

since tahun ni, ramai gila yang balik, termasuklah junior2 yang baru sampai, tak pasal2 bandar Ames ni sunyi sepi dengan ketiadaan golongan2 minoriti Melayu ni. kalau tak ramai yang balik, maybe adalah sikit aktiviti2 untuk yang tak balik ni. tapi ni takde langsung. macam dah tak hidup kehidupan orang2 Melayu kat Ames, Iowa ni. boleh kata, kalau satu rumah tu ada 3 orang, 2 orang balik Malaysia, seorang je yang tinggal. sedih. serius sedih. bukan nak sedih apa, kesian dengan dorang yang tak balik ni. dahlah puasa lama gila kat sini, pastu tak dapat raya bersama2 keluarga kat kampung. kesian tak? kesian kot. tambah2 lagi bila kawan masing2 post makanan2 sedap or post gambar2 happy dengan family kat Malaysia on Facebook, Twitter etc. lagi kesian.

maklumlah, bila kita balik kampung ni, adalah kaum keluarga tersayang kirim barang. kadang2 tu, bukan dorang kirim apa pun, aku yang sayang sangat kat dorang pun belilah something untuk dorang sebagai hadiah. sweet tak? hehehe.. aku tahu aku sweet. tapi kadang tu risau jugak sebab bukan barang2 family je kena bawak, barang2 kawan kirim pun kena bawak sekali. pftt.. harap2 tak terlebih beratlah bagasi2 aku kat airport nanti. aniaya je nanti tak pasal2 kena bayar extra charge.

so nanti perjalanan aku balik ke Malaysia makan masa almost 3 hari jugak. sebabnya aku transit kat New York satu hari. aku dengan kawan2 aku beli tiket domestik dan international berasingan. kitorang takut nak ambik risiko tertinggal flight kat New York sebab nak cari tiket yang murah dan elok2 je sebelum berlepas dari John F. Kennedy Airport (JFK), New York. so last2 kitorang beli je tiket sehari awal so that kitorang bolehlah berjalan2 dulu sekejap kat area New York City. last time aku ke New York City adalah dua tahun lepas, in 2011. so harapnya kali ni dapatlah merasa berjalan2 ke New York sekali lagi walaupun sekejap. sehari? ugh mana cukup bro.

untuk perjalanan kitorang nanti, kitorang akan berlepas dari Des Moines International Airport (DSM), Des Moines, Iowa ke Charlotte, North Carolina. after that baru ke JFK, New York. bila dah duduk satu hari di New York, kitorang nanti akan berlepas pulak dari JFK ke Riyadh, Arab Saudi dan kemudian baru ke Kuala Lumpur. kalau tak ingat pasal geografi, boleh rujuk peta kat atas hehe.. 2 commercial airlines untuk journey kitorang ni; US Airways dan Saudi Airlines. 3 transit dalam tempoh 3 hari sebelum sampai ke Malaysia. sumpah memang penat gila bila sampai Malaysia nanti. so itulah serba sikit cerita pasal aku bila nak balik Malaysia nanti. lagi 3 hari beb. tak sabar sangat2 ni walaupun tak start packing apa2 lagi. ughh..

rumah baru

dah alang2 post ni, nak lah jugak cerita pasal rumah aku sekarang. since 2 orang housemate aku balik for good masa Spring sem hari tu, so aku pun pindahlah keluar dari rumah tu. sayang sangat nak tinggalkan rumah apartment tu sebab banyak sangat kenangan. almost 3 years aku spend masa aku kat rumah tu, so of course banyak kenangan. patutnya boleh je aku stay dan tunggu je junior2 baru sampai ke Ames bulan Ogos nanti, tapi bila dah bincang dengan kawan2 yang lain, dorang suggest aku keluar. plus, sewa rumah tu bertambah pulak. so tanpa fikir panjang, aku pun pindah ke rumah junior. junior ni pun yang ajak aku, so aku pun setuju je lah dengan cadangan dia sebab kalau aku masuk, dah tentu sewa rumah makin murah. of courselah kan kita nak sewa rumah yang lebih murahkan?


alhamdulillah, rumah baru, bilik baru, housemate dan roomate yang baru. moga2 dengan suasana dan keadaan yang baru ni dapat boost kan lagi semangat dan motivasi aku untuk tempuh tahun akhir di sini, insyaAllah.

roger and out.

0 comments: